30 • Am I Wrong?

398 51 1
                                    

" Hyung, tak baiklah kalau kau buat macam tu pada Jungkook? Kau faham macam mana keadaan dia sekarang. " Ujar Namjoon dengan bibirnya yang dicebikkan tanpa sebarang alasan.

Seokjin menoleh ke arah Namjoon. Matanya memandang tajam padanya. Namjoon agak tertanya dengan riaksi Seokjin. Dia terlalu marah apabila dia bercakap tentang Jungkook.

" Aku... aku rasa macam aku masih tak dapat nak terima dia. Aku tau aku menyesal bila dapat tahu dia langsung tak ingat aku tapi bila kejadian hari ni berlaku, aku tak dapat terima.

Aku kasihankan Haera. Dia kecewa disebabkan Jungkook hadir. Entahlah, aku tak tahu macam mana nak terang pada kau. Kalau aku terang, kau pun bukan faham. " Ujar Seokjin. Dia pun menghadap siling putih semula.

" Jadi, kau nak kata Jungkook ialah pemusnah kehidupan kau dan Haera? Sedangkan kau yang susahkan diri tu untuk turunkan ego. Disebabkan kau, kehidupan kau macam inilah.

Kenapa Jungkook pengsan dan juga hilang ingatan? Dia rindukan diri kau yang dulu. Kenapa Jungkook tak habis cakap tentang kau? Dia rindukan kau. Bila dia pijak kau, kau menyesal.

Bila dia dah baik semula daripada amnesia, kau pula yang buat perangai kau yang dulu. Walhal, kau boleh saja cakap pada Jungkook tentang perkara sebenar. Lama-lama, semuanya akan menjadi baik.

Kalau kau macam inilah, kehidupan kau, Haera dan Jungkook kucar-kacir. Semua ni tak akan habis kalau susah sangat kau nak turunkan ego. " Ujar Namjoon dengan perasaan geram.

Seokjin terdiam sejenak. Kata-kata Namjoon mampu menusuk ke dalam hati. Dia seperti sedar ke alam realiti selepas itu. Dia sedar semua ini punca dari dirinya. Dia ego, sukar menerima Jungkook.

" Fikirkanlah apa yang sepatutnya kau buat selepas ni, hyung. " Namjoon menambahnya sebelum keluar dari wad Seokjin. Dia perlu meninggalkan Seokjin untuk sementara.

-

Keesokan harinya, Haera pergi ke hospital untuk menjemput Jungkook. Dia tahu Jungkook mungkin tak akan mengenalinya lagi tetapi sekurangnya dia dapat juga berikan hadiah kepada Jungkook.

Tipu, kalau dia kata dia bencikan Jungkook. Semuanya bukanlah salah lelaki itu melainkan semua yang jadi, sudah tertulis. Dia tahu kegelapan ini, akan berakhir dengan sinar bahagia.

Dia menolak pintu wad Jungkook dengan perlahan-lahan. Langkahnya diteruskan sehinggalah dia melihat Jungkook sedang tertidur tetapi agak tidak menyenyakkan lelaki itu.

Nafas Jungkook seakan tak teratur tambahan lagi kain kasa yang dibalut di kepalanya tercabut. Haera berlari mendapatkannya dan menekan satu butang merah di sisi katil Jungkook.

Keadaan mencemaskan sebaik saja doktor dan jururawat masuk ke wad. Haera hanya melihat Jungkook yang seperti sedang bertarung nyawanya.

Air jernihnya mula mengalir dari tubir mata Haera. Dia lemah apabila melihat keadaan Jungkook. Tiba-tiba sahaja Jungkook meraung, tangannya seperti menghalang perbuatan doktor dan jururawat tersebut.

Akhirnya, jururawat di situ terus menyuntik lengan Jungkook berhenti daripada meraung. Doktor merawat Jungkook dengan keadaan cemas dan takut.

" Jungkook, jangan macam ni. " Ujar Haera.

To Be Continued

[√] Pregnant.Where stories live. Discover now