34 • Wedding gown

414 47 4
                                    

Aku pulang ke rumah untuk ambil pakaian-pakaian Haera serta Seokjin hyung. Inilah rutin harian aku untuk membantu mereka. Aku selalu hairan dengan diri aku sendiri. Aku tidak tau mengapa.

Apabila aku melangkah ke rumah ini, aku akan terdengar bunyi-bunyi pelik seperti bunyi pekikan seseorang. Bunyinya seperti Seokjin hyung atau Haera. Satu-persatu memori yang tak jelas akan berada di depan mata aku.

" Ah, mengarut. " Aku tahu semua yang aku lihat adalah mengarut dan mungkin ianya satu mimpi. Aku cuba menepis segalanya supaya kepala aku tidak sakit lagi memikirkan hal yang mengarut itu.

Aku naik ke tingkat atas, beg besar yang berada di atas almari aku ambil dan membuka almari tersebut. Segala pakaian aku ambil dan pakaian abang aku. Aku membelek baju-baju Haera yang tersangkut lalu terhenti.

Aku terhenti apabila aku terlihat satu gaun pengantin berwarna putih tersangkut di dalam almari tersebut. Aku teringat ini adalah gaun favorite hyung aku untuk future wife dia.

" Ah!, " Kepala aku mula berdenyut sakit. Satu memori mula terlihat dari kotak memori aku. Aku terjatuh lalu menunduk sambil memegang kepala aku yang sakit dan berdenyut hebat.

" Kenapa kau belikan aku gaun tu? Lagipun tarikh berkahwin aku belum dekat lagi. " Soal Haera sambil ambil angin di sungai Hana.

" Alah, biarlah aku beli awal pun. Kalau kau tunjuk pada tunang kau tu mesti dia suka punya. " Balasnya dan dia juga melihat pemandangan. Haera terhenti lalu memandang Jungkook.

" Aku nak kau pakai gaun putih ni. " Ujar Jungkook.

" Untuk apa? " Soal Haera. Jungkook memanggil seorang perempuan yang menjaga kedai itu untuk mengambil gaun berwarna putih susu itu. Haera masih memerhati tindakan Jungkook.

" Nah, pakai. " Arah Jungkook lalu gaun itu diberi kepada Haera. Haera mengambil gaun tersebut lalu masuk ke dalam bilik mencuba pakaian. Dia masih tertanya.

Aku cuba bangkit. Aku tidak mahu pengsan kerana perkara ini. Keringat di dahi dan leher dikesat dan bangkit dengan bantuan di sekelilingku. Aku mengambil beg besar dan keluar dari bilik tersebut.

-

Aku membuka pintu wad Haera itu dan melangkah masuk. Haera sedang tidur dengan nyenyak. Seorang nurse sedang melakukan record kesihatan Haera. Nurse di situ tersenyum lalu menghampiri aku.

" Nurse, boleh saya tahu kesihatan Haera macam mana? " Nurse di situ memandang aku dan tersenyum pada aku. Dia meneliti rekod kesihatan dari kertas itu dan menoleh ke arah aku semula.

" Tahap kesihatan cik Haera adalah normal dan bayi di dalam kandungan cik Haera juga adalah baik. " Hairan. Ya, itulah yang aku rasa sekarang. Dia tersenyum tetapi aku... masih keliru.

" Bayi? Dia mengandung? " Soalnya.

" Tak akan encik tak ingat? Haera sudah mengandung dan encik sendiri yang menghantarnya ke hospital dulu untuk pemeriksaan. Saya ingatkan dia adalah isteri encik. " Balas nurse yang merawat Haera tempoh lalu.

Kring! Kring!

Telefon aku berdering. Aku segera mengangkatnya dan nombor itu dari doktor Park. Aku mula panik dan juga cemas. Aku tidak tahu mengapa aku terasa tidak sedap hati.

" Jungkook, datang ke wad abang awak sekarang. " Aku hampir sahaja diserang panic attack lalu kakiku laju sahaja berlari keluar dari wad Haera untuk ke wad Seokjin hyung. Aku di sini tertanya, kenapa dan apa.

Aku harapkan satu...

supaya Seokjin hyung selamat.

To Be Continued

Sana nak cakap je, fanfiction ni dah nak sampai ke penghujungnya hehe :)❤️

[√] Pregnant.Where stories live. Discover now