38 • D-day

386 48 8
                                    

" Jungkook, awak yakin yang awak memang nak kahwin dengan saya ke? " Soal Haera sambil memegang gaun putih tersebut. Jungkook menoleh ke arahnya dan tersenyum lebar. Haera hanya berdiri statik di situ.

" Ya, saya yakin dengan keputusan saya. Awak tahu yang saya sedar yang selama ni ingatan saya hilang. Haera, demi awak ingatan saya akan pulih. " Balas Jungkook. Jungkook memeluk Haera dengan erat.

" Apapun, saya nak hubungan kita dan Seokjin hyung rapat seperti dulu. " Jungkook bersuara lagi. " Awak tahu, perkahwinan kita berlangsung tidak lama lagi. Seokjin hyung pun ikut juga tau. " Haera tersenyum.

Dia gembira melihat Jungkook yang kini berubah menjadi gembira. Haera juga berharap agar semuanya berlaku baik sahaja selepas perkahwinannya bersama lelaki yang dicintai.

-

Dua minggu sudah berlalu, hari ini adalah hari yang dinantikan oleh sang pengantin, Haera dan Jungkook. Hari ini hari yang dinantikan oleh Seokjin. Dia juga ingin melihat adiknya angkat Seokjin, Jungkook dan Haera.

Seokjin tersenyum memandang ke arah Jungkook yang memakai tuxedo hitam dan Haera memakai gaun putih kesukaannya daripada dulu. Akhirnya hasratnya tercapai. Tanpa disedarnya, air jernih tumpah dari tubir matanya.

" Hyung, tengok kami berdua. " Dia tersentak lalu mengesat air mata yang tumpah. Dia tersenyum manis. Haera juga berada di sebelah Jungkook. Dia tersenyum tapi Haera sedar tangisan Seokjin. Senyuman kian menipis.

" Wah, Jungkook dan Haera nampak secocok bila bersama. Patutlah jodoh. " Ujar Seokjin. Jungkook pergi ke arah Seokjin dan memeluk tengkuk Seokjin dari belakang. Seokjin tersenyum dan mengusap rambut Jungkook lembut.

" Apapun, Jungkook jaga Haera dan jangan sakiti hati Haera, okay? " Soal Seokjin. Jungkook mengangguk dan melepaskan pelukannya. Kerusi roda ditarik untuk menuju ke majlis Haera dan Jungkook.

-

" Jeon Jungkook, sudikah kamu menjaga dan mencintai isteri kamu, Jung Haera dengan baik dan berjanji tidak akan sakiti dia? " Soal si paderi. Jungkook menoleh ke arah Haera dan tersenyum.

" Ya, saya sudi. " Balas Jungkook.

" Jung Haera, sudikan kamu menjaga dan mencintai suami kamu dengan baik dan berjanji tidak akan sakiti dia? " Soal paderi lagi kepada Haera.

" Ya, saya sudi. " Balas Haera.

" You may kiss your bride. " Haera dan Jungkook semakin gugup. Dengan perlahan, Jungkook mencapai tangan Haera dan berhadapan dengan Haera. Seokjin dan tetamu yang lain menjadi penonton tetapi tidak pada Jimin dan Taehyung.

" Hoi, kiss cepat! Jangan lambatkan masa, aku nak kau berdua kiss! " Park Jimin, rakan masuk air yang menjerit. Jungkook dan Haera tergelak dengan telatah Jimin. Namjoon menggeleng pasrah dengan rakan-rakannya.

" Cepatlah, aku nak makan. Haera, kau sendirilah yang kiss suami kau tu. Jungkook pemalu, mana nak cepat dia tu. " Sampuk Taehyung pula. Yoongi di situ menepuk dahi dan menggeleng.

" Diorang bukan kawan aku. " Jung Hoseok menutup wajah kerana malu. Semua tetamu di situ memandang ke arah mereka. Jungkook menggeleng dan menoleh ke arah Haera. Bibirnya tersenyum lalu wajahnya didekatkan.

Chup!

Sekali ciuman, semua tetamu yang ada di situ bersorak gembira. Seokjin berasa gembira yang tidak terhingga dan kini Haera atau Jungkook tak lagi keseorangan. Mereka sah bersama.

" Jangan sedih bila hyung pergi. " Ujar Seokjin perlahan tetapi Namjoon dapat mendengari setiap bait kata si dia. Namjoon mengeluh lalu makanan disuapkan ke dalam mulutnya.

To Be Continued

Double update!

[√] Pregnant.Where stories live. Discover now