33 • Vomit

424 50 2
                                    

" Kau tahu macam mana keadaan Jungkook sekarang? " Soal Taehyung. Dia meneguk sekaligus cawan berisi wine anggur itu. Namjoon tersentak lalu menoleh ke arah Taehyung. Dia mengeluh perlahan.

" Haera kata keadaan Jungkook dah baik, memori dia pun dah okay. Cuma memori tentang Haera dan mungkin memori tentang kau pun dia tak ingat juga. " Balas Namjoon. Taehyung agak tersentak dengan kata-kata Namjoon.

" Though, apa jenis otak dia pakai? Dulu tak ingat semua, sekarang ingat ni tapi tak ingat tu. Jungkook teramat complicated sia. " Balas Taehyung. Dia tahu kehilangan memori bukan salah Jungkook sendiri.

" Entalah, sekarang ni hubungan dia dan Seokjin hyung semakin baik. Tapi, dengan Haera, aku tak pasti langsung. " Namjoon mengeluh panjang. Banyak masalah membuatkan dia buntu. Dia takut dan risau akan sesuatu.

" Kau ada masalah ke, hyung? " Soal Taehyung.

" Hm, tak adalah. " Balas Namjoon.

" Aku tahu kau ada masalah. Kalau kau tak kisah, kau ceritalah pada aku. " Balas Taehyung. Namjoon mengeluh lalu menutup wajahnya. Dia tidak tau mengapa dia terasa hidupnya seperti tidak tenteram.

" Aku takut kalau Seokjin hyung dah tak ada dalam kehidupan aku lagi nanti. Aku dah tak ada sesiapa untuk luahkan perasaan aku. " Balasnya dan cuba untuk menahan tangisan yang akan pecah bila-bila masa sahaja.

" Kau tak nak cuba jumpa dia ke? " Soal Taehyung. Soalannya tak dibalas tetapi Taehyung tidak kisah. Mungkin Namjoon perlukan masa. Taehyung di situ hanya mengusap belakang badan Namjoon lembut.

" Kalau kau ada masa, pergi jumpa dia. "

-

" Haera dah belikan makanan. Jom makan sama-sama. " Jungkook hanya akur lalu melabuhkan punggung atas kerusi berhadapan dengan Haera. Dia mengambil makanan bungkus dalam plastik itu. Haera mengambil satu lagi untuk Seokjin.

" Abang makan sikit pun dah cukup untuk beri tenaga. " Haera membuka penutup pembungkus dan menyuap makanan ke dalam mulutnya. Seokjin hanya menerima walaupun seleranya semakin hilang akibat kesakitan yang dialami.

Beberapa minit kemudian, Haera memandang ke hadapan, perbuatan Haera terhenti dan dia terasa sesuatu yang tak enak. Tekaknya loya seperti ingin memuntahkan isi perutnya itu.

Haera tidak sengaja memuntahkan isi perutnya dengan banyak. Dia jatuh daripada kerusi. Perbuatan Jungkook terhenti lalu menghampiri Haera. Dia memandang Seokjin yang cuak tidak bergerak.

" Jungkook, tolong panggil doktor. " Arah Seokjin. Jungkook akur lalu dia berlari keluar daripada wad. Seokjin cuba untuk menghampiri Haera. Dia memegang cadar katil. Kakinya agak lemah untuk berjalan.

" Haera, gwenchana. Doktor akan sampai sekejap lagi. " Belakang badan Haera ditepuk perlahan. Tidak lama kemudian, badan Haera tumbang lalu jatuh. Seokjin menangkap Haera dari terjatuh. Dia risau tambahan lagi dia mengandung.

Jungkook dan doktor masuk dalam wad Seokjin. Doktor Park berlari arah Haera. Nadinya diperiksa. Seokjin dan Jungkook hanya memerhati kelakuan doktor Park itu.

" Saya perlu hantar cik Haera ke wad pemeriksaan. " Tidak menunggu masa, doktor Park menyuruh seorang jururawat membantunya mengangkat Haera ke wad pemeriksaan. Jungkook dan Seokjin hanya akur.

To Be Continued

Petang ni maybe last update since hari isnin dah sekolah ksksksk

[√] Pregnant.Where stories live. Discover now