16 • Die

515 67 2
                                    

" Aku nak balik. " Ujar Jungkook sebaik sahaja dia terjaga dari pengsan yang agak lama. Haera yang berada di dapur agak terkejut apabila Jungkook tersedar tanpa pengetahuannya. Dia terus berlari mendapatkannya.

" Jungkook, awak sakit lagi. " Ujar Haera tetapi Jungkook seakan tidak mendengar. Haera menarik tangan Jungkook yang cuba keluar dari situ. Dia risau jika apa-apa terjadi kepada Jungkook.

" Lepaskan aku! " Jerit Jungkook lalu menepis tangan Haera dengan kuat. Haera agak tersentak dengan perlakuan Jungkook tetapi dia tahu semua ini berpunca dari abangnya.

Jungkook membuka pintu rumah utama lalu langkahnya terhenti bila Seokjin berada di hadapannya hanya menatap Jungkook tanpa sebarang perasaan.

Tanpa sebarang kata, Jungkook keluar dari rumah dan melanggar bahu Seokjin dengan sengaja. Dia tidak mahu bersemuka dengannya. Buat apa mahu bersemuka jika dia sudah bencikan kita.

Seokjin hanya berdiam tidak buat apa-apa untuk menghalang. Seokjin masuk ke dalam rumah dan menutup pintu utama. Haera memandangnya tajam lalu masuk ke dalam dapur.

" Haera, tunggu dulu. " Ujar Seokjin.

" Jangan cakap dengan saya untuk kali ni. " Balas Haera. Keluhan demi keluhan dilepaskan lalu naik ke atas untuk merehatkan dirinya. Haera di dalam dapur tidak menghiraukan dia.

-

" Lebih baik mati dari menghadap orang yang tak suka aku. " Jungkook duduk di atas lantai, memeluk lutut dengan matanya yang sembap akibat menangis terlalu banyak. Inilah diri dia yang dahulu. Lemah dan banyak menangis.

" Kenapa aku kena hidup dengan orang yang bencikan aku? Apa salah aku? " Soal Jungkook sendirian. Mata Jungkook mula berair dengan kain di kepalanya dibuka dan dibuang rata.

" Omma, Jungkook nak ikut jumpa omma. " Telefon yang ada di sebelahnya diambil. Nombor Haera ditatap lama. Dia teragak-agak untuk menelefon Haera. Dia rindukan belaian Haera.

" Haera, Jungkook perlukan Haera. " Ujarnya dengan suara yang bergetar. Kepalanya mula merasa pusing dan berdenyut lalu dia rebah di atas lantai yang sejuk itu. Jungkook tersenyum nipis sebelum dia menelefon.

Bukan nombor Haera tetapi tidak sengaja dia menekan nombor Seokjin. Jungkook tersenyum apabila Seokjin mengangkat telefonnya. Ini mungkin kali terakhir dia mendengar Seokjin.

" Yeoboseyo? " Soal Seokjin.

" Hyung, saranghae, " Ujar Jungkook dengan suara yang lemah. Seokjin di dalam panggilan terdiam apabila dia mendengar suara Jungkook. " Kook nak jumpa omma. "

" Jungkook, jangan buat apa-apa. Kau kat mana? " Soal Seokjin tetapi suara Jungkook seakan menghilang. Mata Jungkook tertutup perlahan dan telefonnya terlepas dari tangannya.

" Jungkook! "

To Be Continued

Sabar, sabar belum ending 😂

Konflik yang merapu baru nak mula 😗

[√] Pregnant.Where stories live. Discover now