21 • Club

424 59 1
                                    

Sebulan kemudian, Jungkook telah berubah daripada lelaki naif ke lelaki liar. Disebabkan perkara yang berlaku padanya sebulan lepas sehingga tidak mengenali Seokjin, dia berubah.

Setiap malam, dia akan pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Haera agak kecwa dengan perubahan yang ditunjukkan oleh lelaki naif tersebut. Baginya, bukan senang untuk Haera atau Seokjin memulihkan ingatan.

Setiap hari, mereka cuba pulihkan ingatan Jungkook tetapi balasan dari lelaki itu adalah, dia menengking dan lebih teruk memukul Seokjin ataupun Haera. Apa lagi cara untuk Haera dan Seokjin pulihkan Jungkook?

" Abang nak pergi mana? " Haera menyoal sebaik sahaja dia ternampak Seokjin mengambil kunci kereta dan membuka pintu seperti ingin keluar dari rumah tersebut. Dia menoleh ke arah Haera.

" Abang nak pergi ambil Jungkook. Dah pukul 2:00 pagi tak reti agaknya nak balik. Haera duduk rumah dulu ya. " Ujar Seokjin. Haera akur lalu mengangguk. Tanpa banyak soal, dia terus keluar dari rumah.

Haera bersandar pada kepala sofa dan berfikir tentang Jungkook. Lelaki naif yang berubah agresif. Dia harap Haera sendiri dapat mengubah lelaki itu kerana dia rindu Jungkook dahulu.

-

Seokjin masuk ke dalam kelab itu dan serta merta kepalanya agak sakit dengan bau arak dan rentak muzik di situ tambahan lagi perempuan tidak cukup kain menghampirinya tetapi dia menepis mereka.

Tujuan utama dia datang ke sini untuk mencari Jungkook. Telinganya menangkap bunyi nama adiknya oleh ramai perempuan. Siapa sahaja tidak tergoda dengan keseksian Jungkook apabila sedang mabuk.

Dia berjalan ke hadapan agak laju lalu dia terlihat adiknya duduk di atas sofa dengan memeluk perempuan di situ. Seokjin menepis rasa sakit lalu menghampiri Jungkook. Tangannya itu direntap kasar.

" Kook, balik! "

" Kau siapa nak arahkan aku sial? " Soal Jungkook dengan suara mabuk. Seokjin mengendahkannya lalu dia menarik tangan Jungkook keluar dari kelab malam tersebut. Seokjin sedaya upaya untuk menarik Jungkook yang berat daripadanya.

Dengan perlahan, Jungkook masuk ke dalam kereta dengan bantuannya. Dia perlahan-lahan masuk ke dalam kereta dan memicit pelipisnya. Sakit itu lebih dari biasa sehingga bibirnya digigit akibat sakit.

Seokjin menutup mulut apabila dia mula menangis dengan teruk. Dia tak mahu Jungkook mendengar tangisan Seokjin kerana sakit. Ubat sakit yang diletakkan di dalam poketnya diambil dan dua biji pil ditelan rakus.

Dia mengeluh lega. Dia menoleh ke arah Jungkook yang sudah lena. Bibir Seokjin terukir senyuman lalu enjin kereta distart dan pedal minyak itu ditekan.

To Be Continued

Kalau ada kesempatan, boleh baca Si Pengemis 1 , Jeon Jungkook dan Si Pengemis 2 : Deaf , Park Jimin. You can check on my works ❤️

[√] Pregnant.Where stories live. Discover now