8️⃣ Spending Time Together

18 2 0
                                    


Sebaik sahaja Kaizo meminta mereka bersurai, dia lantas keluar daripada bilik itu, membiarkan mereka berkenalan dengan lebih lanjut. Dia ada tugasan terakhir yang perlu diselesaikan sebelum meneruskan tugasan baru dia sebagai ketua kumpulan. Sebelum ini, dia selalu bergerak solo. Kini Ethan mengarahkan dia menjadi ketua kumpulan, jadi dia harus patuh arahannya.

"Haish kalau ikutkan aku tak mahu orang lain terlibat... Tapi malangnya aku tidak berkuasa untuk berbuat begitu.."

"Maafkan aku kerana libatkan kau.."

"Kadang kala setiap apa yang bakal kita lakukan akan ada risiko yang besar. Ada juga yang menjadi korban. Aku... Terpaksalah korban korang.."


...


"Kaizo memang jenis yang serius sahaja kah?" Soal Mia kepada Kaito. Kaito hanya ketawa kecil lalu mengangguk.

"Sejak aku kenal dia, jaranglah nak tengok dia gelak or senyum. Muka ketat je memanjang." Jawab Kaito.

"Nak borak, borak juga. Apa kata kita lepak di salah satu rumah? Nanti orang lain terganggu dengan perbualan kita." Cadang Rin.

"Rumah siapa?"

"Rumah aku sahaja. Dekat dengan tempat ini. Marilah." Pelawa Raina. Mereka hanya mengikut sahaja.


...


"Woah Rai-chan! Besarnya rumah!" Kata Mia dengan teruja.

"Woah kalah rumah aku.."

"Rumah kita kecil sahaja.."

"Ni rumah peninggalan nenek saya. Dia serahkan rumah ni di bawah nama saya. Masuklah, kita berbual-bual di dalam." Ajak Raina. Mereka lantas masuk ke dalam rumah banglo satu tingkat itu.

"Cantiknya hiasan!"

"Woah antik!"

"Ada habuklah.."

"Hei Lyran jangan cakap macam tu!"

"Tak mengapa. Aku tak sempat kemas lagi rumah ini. Baru semalam aku sampai di tempat ini, jadi tak sempat nak kemas elok-elok." Kata Raina.

"Aku nak tolong kemas! Aku pantang tengok tempat tak bersih." Kata Lyran.

"Ehh kau tetamu! Tak perlu lah!"

"OCD dah kembali! Hahaha!"

"Kau OCD kah, Lyran? Woah pertama kali aku dengar.." kata Kaito dengan kagum.

"Nampak sangat baru lagi dengan dunia luar.."

"Alang-alang Lyran juga mahu membantu kau bersihkan rumah ini, aku juga turut serta. Nanti bila dah siap kemas, kita sambung berbual." Kata Rin pula.

"Aku turut serta! Rumah ni besar, ambil masa yang lama jika kau kemas seorang diri sahaja."

"Aku juga!"

Raina tersenyum kecil melihat semangat mereka untuk membantu dia membersihkan rumah. Dia tidak pernah mempunyai kawan rapat seumur hidupnya, entah kenapa dia dapat rasakan bahawa mereka akan jadi rakan yang sangat rapat nanti. Walaupun mereka baru sahaja berkenalan, mereka semua peramah dan baik hati.

"Baiklah, ayuh kita mulakan!"

"Aye!!"

Raina dan Mia memilih untuk membersihkan setiap bilik di aras atas. Lyran pula memilih untuk membersihkan ruang tamu. Kaito dengan rela hati membersihkan halaman rumah. Akhir sekali Rin, dia membersihkan dapur.

Silent Encounter (repub)Where stories live. Discover now