1️⃣8️⃣ Kaito's Problem

22 2 0
                                    

Kini jam telah menunjukkan pukul 2.30 pagi, kedua-dua kumpulan iaitu Silent Encounter dan Shadow Hunter berkumpul di ruang tamu rumah milik Raina.

"Bagaimana dengan misi tadi?" Soal Kaizo.

"Tiada masalah yang berlaku. Kami bernasib baik kerana ahli lebih ramai daripada pihak musuh. Kau pula? Urusan apa yang mustahak sehingga terpaksa undurkan diri daripada misi?" Soal Suwon seraya menjawab soalan Kaizo.

"Ahh itu.." mereka bertiga saling berpandangan sebelum Kaito menjawab soalan tersebut.

"Aku terjebak dengan masalah lain, aku keluar daripada rumah Rai kerana ingin ambil angin.. Kaizo dan Raina datang bantu aku." Jawab Kaito lalu tersengih.

"Kenapa masalah suka datang pada kau?" Soal Jisoo.

"Mungkin aku bernasib malang.."

"Betulkah apa yang dia kata?" Soal Joshua lalu memandang ke arah Mia.

"Masalah tu betul tapi.. tak detail." Kata Mia, agak ringkas.

"Ceritakan perkara sebenar.. aku tahu korang bertiga rahsiakan sesuatu.." kata Joshua dengan nada serius.

"Itu perkara benar!" Kata Raina pula. Rin menghantar telepati kepada Suwon.

"Raina tak tahu apa-apa. Perkara yang Kaito cakapkan tadi adalah benar."

"Silent Minder, jangan fikir aku tak tahu kelebihan kau.." kata Suwon lalu tersenyum sinis. Kaito cuba berlagak tenang ketika itu.

"Kau tak mahu cerita, aku ada kawan yang boleh lihat masa lalu.. kuasa dia lebih details berbanding kuasa Silent Timer. Nak aku panggil dia? Pelindung magis kau tak akan mampu halang kebolehan dia." Kata Jisoo dengan nada sinis.

"Kaito, ayahanda telah sihat sepenuhnya! Kakanda tak tahu apa yang terjadi, tadi tiba-tiba sahaja ayahanda sedarkan diri. Kamu ada buat sesuatu kah?"

Kaito terdengar suara telepati milik abangnya lalu tersenyum gembira.

"Sambungkan Kaito dengan bonda dan kakanda. Kaito ingin berjumpa." Kaito menghantar telepati itu kepada abangnya. Dia kemudian tersenyum sinis.

"Kenapa kau tiba-tiba diam?" Soal Lyran.

"Tak ada apa-apa. Aku cuma nak cakap yang aku ceritakan perkara benar. Aku tak tipu.." kata Kaito.

"Kaizo kenapa kau diam?" Soal Jisoo. Dia mula berasa curiga dengan mereka berdua. Ada sesuatu yang berlaku antara mereka.

"Huhh apa? Korang cakap apa? Aku tertidur tadi.." kata Kaizo lalu menguap. Dia terlelap sambil matanya terbuka. Kaito tergelak melihat gelagat Kaizo.

"Kaizo memang tak akan cerita hal tadi kerana dia mengantuk. Masuk pukul 3 pagi merupakan waktu dia akan tidur. Raina pula aku dah selesaikan.. maafkan aku.. aku tak mahu sesiapa pun tahu.. bukan sebab aku tidak percayakan mereka, tetapi aku tak mahu membebankan orang lain dengan masalah aku.."

"Kau menyusahkan!!"

"Hei budak menyusahkan, nak menangis kah? Dasar anak manja!"

"Kaito! Hentikan!"

"Kau merancang sesuatu bukan? Kau nak balas dendam ke atas kami kah?"

"Kau fikir kau putera, kau boleh buat sesuka hati?"

"Siapa nama kau?"

"Siapa aku?"

"Itu mungkin kesan akibat kuasa terkuat dia.. kejadian itu.. dia hilang memorinya.."

Silent Encounter (repub)Where stories live. Discover now