PROLOG

1.3K 91 18
                                    

DIA termenung memandang siling. Pagi ini semakin berbeza menjelang hari ke hari. Rasa sunyi mula menusuk sanubari. Dalam keadaan separa sedar, dia membiarkan air matanya terus mengalir seraya dia mengimbau masa lalu.

   "Papa!"

   Seorang kanak - kanak perempuan memakai gaun menghampiri dirinya. Tubuhnya dipeluk erat oleh kanak - kanak tersebut. "Papa, bila mama mahu datang?"

   Kepala anaknya diusap lembut. "Sekejap lagi mama datang. Pergilah main. Tapi jangan main dekat dengan tasik. Bahaya."

   Hari ini ialah hari ulang tahun perkahwinan mereka. Jadi, dia ingatkan mahu membuat kejutan kepada isterinya yang tercinta dengan berkelah di tepi tasik. Tasik itu berada di seberang jalan rumahnya. Sedang dia sibuk menyusun pinggan, dia tiba - tiba mendengar jeritan anak perempuannya.

   "Hana!" Satu teriakan keluar dari mulutnya melihat Hana terkapai - kapai di dalam tasik. Sudahlah dia tidak tahu berenang!

   Ditarik kain yang mengalas juadah makanan itu lalu dicampakkan ke dalam tasik. "Hanna! Tarik kain tu!"

   "Tak... gulp... boleh, papa!" Tangisan Hana mula kedengaran. "Papa, gulp... tolong."

   Secara kebetulan, sebuah kereta melalui seberang kawasannya. Dia menoleh ke belakang dan tersenyum lebar melihat Dato' Othman di dalam kereta itu. "Dato'! Tolong saya, Dato'! Anak sa..."

   Dato' Othman cepat - cepat mengarahkan pembantu peribadinya. "Jalan cepat! Jalan!"

   Matanya terbuntang melihat kereta itu dipandu laju meninggalkan dirinya. Dia mengalihkan pandangan ke arah anaknya. Air matanya meluncur laju tatkala tubuh anaknya ditarik ke dalam tasik.

   "Papa..."

   "Hana! Tak!" Dia terus terjun ke dalam tasik tanpa memikirkan apa - apa risiko.

   Semakin dia mengejar anaknya, semakin Hana menjauh darinya. Dia terbuka mulut tanpa sengaja lalu air tasik itu berlumba masuk ke dalam rongga mulutnya. Pemandangannya kabur buat seketika sebelum tubuhnya dibawa ke darat oleh seseorang.

   Dalam keadaan separuh sedar, dia merasakan dadanya ditekan seseorang. Dia kemudian terbatuk - batuk serentak dengan air yang keluar dari mulutnya. Dia bingkas bangun dari terbaring.

   "Saya Rama." Lelaki yang menyelamatkannya memperkenalkan diri. "Kenapa kamu terjun ke dalam tas..."

   Minda dia teringatkan sesuatu! Hana! Anak perempuannya! Langkah kakinya terbuka menuju ke tepi tasik, mencari kelibat anaknya. Sayang seribu kali sayang, semuanya sudah terlambat. Jasad Hana naik ke atas, terapung di permukaan tasik. Jantung si ayah ketika itu seakan ingin berhenti melihat situasi itu.

   Rama terkedu melihat jasad gadis kecil itu. Dia terus berenang masuk ke dalam tasik lalu membawa mayat Hana ke daratan. Tanpa apa - apa, si ayah terus memeluk tubuh anaknya sebelum menangis teresak - esak.

   Nama anaknya diseru beberapa kali walaupun dia tahu, anaknya tidak akan kembali menyahut. Usapan Rama pada bahunya ditepis berkali - kali.

   "Hana..."

   Ciptaannya kini dipandang. Sejak peristiwa itu, isterinya menjadi gila sehingga menamatkan nyawanya sendiri. Keluarganya termasuk keluarga mertuanya turut menyalahkan dirinya di atas apa yang terjadi. Ini semua salah pemimpin sampah itu!

   Alat itu diusap lembut. Hana, tunggu papa, ya? Papa akan ubah masa lalu dan selamatkan kamu.

.
.
.
.

AliYa
-----------
"Satu I.R.I.S, dua pengguna"
  

AliYa (EA) Where stories live. Discover now