Lima bintang menyinari Kerajaan Estrela menjadi kebanggaan mereka. Salah seorang daripada lima bintang itu mempunyai masalahnya yang sendiri apabila ayahandanya mendengar kata fitnah daripada lelaki yang membuatkan dia berubah menjadi sebegini. Satu bintang telah dihalau keluar daripada legasi Estrela. Lux, tempat yang ditinggalnya kini setelah dijumpai oleh pengawal diraja Lux. Stella tiada lagi tempat bergantung. Hanya disitu sahaja Stella mampu untuk bertumpang hujan dan panas. Lagi pula, Stella mula selesa dengan ketidaksombongan pihak Lux dengan orang bawahannya. Semuanya ramah dan ceria. Keadaan semakin sukar apabila Stella mengetahui status sebenar dirinya. Tunangan kepada lelaki kepala batu itu. Gelaran yang diberi oleh Storm, sahabat barunya kepada putera raja Lux itu. Stella sendiri terkedu. Ayahandanya tidak pernah menceritakan hal ini kepadanya. Sayu, Raja Ryuan tidak pernah ada masa dengannya. "I'm the worst father ever," - Raja Ryuan. "Stephen-" - Susan. "Ray, I still love you." - Clara. "What should I do now?" - Stella.