Storm.

354 24 0
                                    

"Rrrr-".

Mata Stella tidak beriak selain sayu di dalamnya. Ray nampak itu. Dan dia rasa bodoh. Dia tidak dapat menyelamatkan Stella. Ego lelakinya tercabar. Terguris kerana dia yang lemah tidak dapat melakukan apa-apa untuk kekasih hatinya. Ray menyumpah seranah Claudia dalam hati. Tenaganya banyak terbazir dan darah tidak berhenti mengalir. Ray juga benci pada dirinya yang lemah sebegini.

Stella tidak mampu meloloskan dirinya. Ikatan kaki dan tangannya terasa sakit akibat ikatan yang terlampau ketat. Mahu berbirat pergelangan kaki dan tangannya nanti. Stella berasa amat jijik. Setiap sentuhan daripada lelaki-lelaki gila ini, amat meloyakannya. "Ray-" dengan sendu, Stella memanggil namanya.

"Rrrr-".

David berhenti seketika. Walau tubuh Stella menggiurkan naluri kelelakiannya, ada sesuatu yang mengganggu niatnya. David memerhatikan sahabat-sahabatnya yang lain. "Korang nak buat ni jangan bising-bising, kacau betullah."

"Mana ada, Vid. Lagipun, tak syoklah kalau tak bising-bising," salah seorang daripada mereka menjawab. Lincah jemarinya mengusap pipi mulus Stella.

"Stella! Stella!!!".

David berdecit geram. Dia mengeluarkan pistol daripada lilitan pinggang seluarnya lalu dihunuskan tepat pada kepada Ray. "Bising," komennya.

"NO!!! Jangan! Ray!" Stella kembali mengganas. Dicuba menyepak tetapi tidak boleh. Semakin sakit pergelangan kaki dan tangannya namun tidak dipeduli. Stella harus memastikan Ray selamat!

"Nghh-".

"ARGHHH!!!" David berguling kesakitan di atas tangan. Dipegang lengan kanan yang sudah terputus dua dengan tangan kiri. Berjurai-jurai air merah jatuh ke tanah.

Masing-masing terkedu. Masih nyaring jeritan kesakitan milik David apabila lengan kanannya terputus dua.

Stella hampir menangis melihatnya. Dengan kekuatannya sebagai raja rimba, Leo memutuskan tali yang mengikat Stella pada batang besi. "L- Leo!". Stella menerpa Leo dan memeluknya kuat. Leo kini sudah besar dan gagah. Leo menjilat wajah comot Stella. Disentuh kulit Leo yang berupa harimau bintang tetapi rupa Leo lebih kepada singa yang berbulu lebat disekitar leher. Bingung Stella seketika namun Stella masih menangis. "Thank god. Leo, thank you!".

Leo mendengus dan merenung tajam lelaki-lelaki yang cuba untuk merogol Stella tadi. Ngauman kuat jelas terdengar demi menakutkan mereka.

"Don't move, or I'll take your life," Serenity menghunuskan bilah tajam ke arah muka mereka. Mereka sudah dikepung dengan tentera diraja Lux.

Claudia yang masih tergamam melihat perilaku ngeri yang berlaku tadi, berang serta-merta. "Bodoh! Kau jangan buat naya Serenity Estrela. Nyawa Ray masih dalam tangan aku!".

"Heh- jangan begitu yakin, tuanku," pistol milik Claudia terbelah dua. Mata merah Storm tertangkap olehnya. Claudia jatuh ke belakang. "S- Storm!".

Ray berbaring lega. Dia senyum. I'm so glad that you're my bestfriend, Storm.

Storm bergerak mendekati Claudia. Sakit hatinya melihat Ray yang sudah nyawa-nyawa ikan itu. Digenggam erat pedang miliknya, hadiah Raja Armond. "How dare you-".

Claudia gerun. "Storm, aku masih lagi berdarah diraja. Walau seberat mana pun kesalahan aku, kau tak boleh bunuh aku. K- kau baca tak peraturan Lux?".

Makin galak Claudia mengesot ke belakang. Sehingga dia terhalang dengan sesuatu. Didongakkan kepala ke atas dan melihat Leo sedang berdiri dibelakangnya.

"Walau seberat mana kesalahan kau huh?" Storm mengangkat tinggi pedang miliknya. Fortitudo, pedang yang mampu memotong apa sahaja walau besi tebal. Pedang kebanggaan Storm kerana Raja Armond melantiknya sebagai pengawal peribadi Ray menggunakan pedang itu sejak pertama kali mengenali Ray.

"S- Storm- jangan-".

Storm berdecit. "Ray, dia hampir bunuh kau tahu? Dan kemungkinan kau akan lumpuh seumur hidup! Tiada sebab lagi untuk perempuan ini hidup setelah mencederakan kau bagai gila."

Ray senyum. Pandangannya sudah berbalam. Tinggal gelap sahaja. "Aku mohon- jangan Storm."

Storm masih berdegil. Dia mula menghayunkan pedang ke bawah. Mahu membelah wajah Claudia yang sudah membuat sengsara kepada Ray, sahabat baiknya.

"Storm-" Serenity menahan pergerakan Storm menggunakan pedangnya sendiri. Walau bukan arahan Ray, Serenity tetap merasakan Storm tidak layak untuk membunuh perempuan itu. Sedari tembakan pertama, Serenity sudah membuat perancangan rapi dengan memanggil bala tentera Lux untuk menyelamatkan Ray dan Stella. Serenity juga bergelut apabila terpaksa memeluk tubuh Storm yang menggila apabila Ray sudah ditembak berkali-kali. Mereka tidak mampu melakukan apa-apa sehinggalah Storm terlihat Leo disebalik semak.

"Jangan halang, Serenity," Storm menguatkan daya tolakannya. Sempat dikerling wajah membiru Claudia. Pasti takut apabila melihat bilah tajam yang mahu merobek wajah dan nyawanya sepuasnya.

Serenity sedikit terganggu. Apalah daya kekuatan Storm untuk dibandingkan dengan Serenity yang kurang mahir berpedang berbanding Sarry dan Susan? Serenity tiada pilihan. Digenggam erat pedangnya lantas sekuat hati menolak pedang Storm ke atas. Berpusing pedang itu melayang jauh daripada mereka.

"Kita tiada hak nak menghukum mereka, Storm. Memang membunuh kerabat diraja adalah kesalahan yang paling besar. Saya tahu risiko itu tetapi biarlah undang-undang yang menghukum mereka Storm."

Walau selembut mana pun suara Serenity, tidak dapat memujuk baran Storm. Dipandang sinis tentera Lux yang sudah mengheret Claudia masuk ke dalam kereta berwarna hitam, berlambang Lux. "Awak tak faham Serenity. Saya sebagai pengawal peribadi Ray, tercalar maruah saya. Saya rasa bodoh! Disebabkan kelalaian saya, Ray tercedera teruk seperti ini."

Serenity diam. Diperhatikan tubuh longlai Ray yang dibawa pergi masuk ke dalam kenderaan perubatan khas milik Lux.

"Apa guna perempuan tu hidup? Dia layak dipancung, walaupun dia juga berdarah Lux, tetapi Claudia tidak layak hidup lagi. Dia harus mati!" Storm menarik pedangnya semula dan berjalan ke arah kenderaan yang dimasuki Claudia.

"Abang, tolonglah. Stella tak mahu abang rasa bersalah seumur hidup."

Stella berdiri dihadapannya, menghalang langkah-langkah seterus Storm. Dibelakang Stella, Leo mendada bangga sambil memberi amaran pada Storm untuk akur pada kehendak Stella.

"Dik, tepi. Aku nak habiskan tugas aku," Storm berjalan kembali. Sehingga melepasi tubuh Stella, Storm berhenti bergerak. Stella sedang memeluknya erat daripada belakang. "Stella-".

Terasa basah belakang badannya. Storm terkedu. Sedikit sebanyak, air matanya mengalir keluar. Bukan setakat Ray, Storm tidak mampu melindungi Stella, adiknya. "Maafkan abang. Abang tak mampu nak bagi keselamatan yang cukup pada Stella. Dan juga Ray. Ini semua salah abang."

Makin kuat tangisan Stella jadinya. Leo yang setia, hanya menggesel tubuh badan gagahnya pada kaki Stella. Tanda untuk Stella bertenang. Leo cuba untuk memujuk sahabatnya itu.

Storm menekup wajah dengan sebelah tangan. Pedang sudah jatuh ke tanah. "I've failed Stella. I've failed to protect you. And my one and only Ray. Macam mana aku nak hadapi akan datang? Bila Ray sudah menjadi Raja Lux, makin banyak halangan yang akan Ray lalui. Dan aku kena ada sentiasa disisinya. Untuk melindunginya. Untuk keselamatannya."

Stella masih teresak. Debaran didada akibat peristiwa tadi, membuatkan gigilan Stella bertambah. Dia masih takut untuk berjalan sendirian. Stella perlukan Ray malangnya Ray sudah kritikal kerana kehilangan darah yang melampau. Digigit bahagian bawah bibirnya. Masih menangis seperti kanak-kanak yang kehilangan emaknya.

Satu daya memaksa Storm untuk mengalihkan tapak tangannya. Selepas membuka mata, senyuman Serenity menghiasi pandangan. "Bukan salah awak, Storm. Awak tak patut memikul beban sebegini seorang diri. Awak pelindung yang bagus, Storm. Don't you ever doubt of yourself."

Stella, kekal menangis dibelakangnya.

"Y- yeah."

Serenity senyum. Kedua-dua orangnya disayangnya, sedang menangis lagak bayi baru melihat dunia. Dialih pandang ke persekitaran. Kenderaan perubatan khas milik Lux sudah hilang sejak lima minit lalu. Dan konco-konco Claudia sudah diberkas lalu dibawa ke penjara Lux.

Dikesat lembut pipi Storm yang basah. Dielus penuh kasih. Wajah ini yang menemani impiannya sekian lama. Cinta pertamanya.

A Removed StarWhere stories live. Discover now