Serenity

885 46 0
                                    



Stella tersandar lemah di palang katilnya. Hari ini sahaja tiga kebenaran telah diungkapkan. Stella merenung katil Susan. Sekurangnya, satu daripada tiga sudah terlerai. Mujur Stephen masih membalas rasa hati Susan. Susan selama ini hanya mendiamkan dirinya apabila mendapat tahu bahawa Stephen menyintai Stella pula padahal, Stephen lakukan itu semua kerana mahu menarik perhatian Susan sendiri. Cinta itu pelik bukan?

Begitu juga cinta Clara yang tidak terbalas. Ray melarang dan menggunakan kuasa veto ke atasnya. Kuasa sebagai seorang tunang kepada dirinya. Tetapi, Ray menggunakan kuasa itu atas dasar apa? Mengapa Ray beria sangat mahu Stella pulang semula ke Lux? Satu lagi perkara yang buat kepala Stella berserabut.

Gerrard. Benar. Tidak pernah Stella tidak sedar bahawa dia sudah jatuh sayang kepada sahabat baiknya itu tetapi, ada sesuatu yang menghalang dirinya untuk membalas kata cinta daripada Gerrard. Maka dengan itu, Stella akan buat Gerrard sayang kepada Storm dan Gary sebelum dia benar-benar fikir tentang keputusan untuk hidup dengan siapa.

Tak mungkin Stephen. Dia pasti bersama Susan. Ray? Clara sentiasa menanti. Yang tinggal hanyalah Gerrard. Tetapi- status bukan masalah apabila cerita tiga lelaki ini diceritakan kepada ayahanda. Bahkan ayahanda boleh mentertawakan Stella dengan ketawa yang maha besar. Katanya dia bangga apabila anakandanya menjadi rebutan ramai. Setelah daripada itu, Stella mogok makan sehingga Raja Ryuan terpaksa mengarahkan makan malam berada di dalam bilik anakanda-anakandanya kerana Stella tidak mahu keluar bilik. Kakak-kakaknya yang pada awal berasa hairan, turut sama seronok dengan sesi makan malam di atas katil bersama ayahanda mereka.

Ada sesuatu yang menghalang dirinya untuk membalas cinta Gerrard. Tetapi apa dia? Stella mengeluh perlahan. Disaat dia mahu menekan punat mati di lampu tidurnya, panggilan Serenity mematikan gerakan tangannya. Wajah kakak ketiganya itu kelihatan gelisah. Stella jadi hairan. Bukankah Serenity adalah manusia pertama yang melelapkan mata?

"Kak Serenity, kenapa tak masuk tidur lagi?" Stella tegak kembali. Tidak mengapa. Matanya masih belum mengantuk.

Serenity menggeleng. Sedari tadi dia tidak bisa untuk memejamkan mata. Dia asyik teringat kepada seseorang. Storm-

Stella menolak selimut ungu lembut yang membaluti kakinya. Dengan langkah yang perlahan agar tidak mengejutkan kakak-kakaknya yang lain, Stella bergerak mendekati katil bersaiz sederhana besar milik Serenity itu. Di duduk di birai katil Serenity. Serenity masih diam. Sedang memikir. Adakah patut dia menceritakan perkara ini kepada adiknya? Tetapi, mungkin Stella tahu sesuatu mengenai Storm tetapi-

Stella merenung wajah gelisah Serenity. Dia tersenyum kecil. "May I ask you something, big sis?".

Serenity mendongak. Mata mereka saling berkait.

"How did you met Storm?".

Detak jantungnya kedengaran laju berkerja. Serenity menunduk lagi. "Do you want to heard a story?".

Stella mengangguk. Serenity berganjak ke dalam sedikit, memberikan ruang kepada Stella supaya berbaring bersebelahan dengannya. Stella senyum manja. Jarang dia dapat masa sebegini bersama Serenity. Serenity selalunya bersendirian. Serena, kembarnya sendiri juga kadang-kadang tidak tahu bagaimana mahu membuatkan Serenity bercerita tentang masalah yang dihadapinya. Sering kali juga Serena mengadu kepada Susan, Sarry dan Stella sendiri. Dia kembar, mereka mempunyai rasa yang sama. Hidup yang sama. Muka yang sama tetapi mereka masih dapat bezakan mereka berdua kerana Serena mempunyai rambut yang lebih pendek daripada Serenity.

"Actually-"




A Removed StarWhere stories live. Discover now