Anger of The Star

955 54 0
                                    


"Stephen, kau tahu tak benda yang kau buat sekarang ni adalah perkara bodoh. Kau dengar tak aku cakap ni?" Andrew menerpa bilik Stephen dengan keadaan yang marah. Sungguh Andrew terkejut apabila mendengar khabar berita mengenai kehilangan Stella melalui kekasih hatinya, Serena. Apabila Serena menyatakan bahawa Stephenlah penyebab Stella membawa diri, seluruh darah merah Andrew menerpa ke kepala.

Lelaki itu hanya memandang sepi. "So what? I don't even care about her."

Andrew menahan bengang. "Kau tahu tak yang Tuanku Ryuan amat marah dengan Stella dengan cerita acah-acah Stella nak fitnah kau dengan buat perkara semua tu. Kau fikir tak Stella, the one who broken her heart because of you! Kau ingat tak Stella si budak kecil yang selalu happy bila kau datang Estrela? Budak yang suka kau tu?".

Diam. Stephen malas mahu mendengar.

"Kau juga yang hilangkan Stella si riang kepada Stella si pendendam. Remember that?".

Stephen berdengus. "Perlu ke nak throwback balik? Aku aware dahlah dengan sejarah semua tu."

Andrew menghampiri dan menarik baju Stephen kasar. "Did you know that Raja Ryuan chase Stella out from the country?".

Berubah riak wajah Stephen. "Do what? Excuse me?".

Sebiji penumbuk dihadiahkan ke wajah Stephen. "Bodoh! Sebabkan cerita bodoh kau tu, Stella kena halau daripada Estrela!! Now, the stars siblings semua meroyan cari adik diorang balik! Manusia jenis apa kau ni? Tak ada perasaan ke kau? Kau buat cerita buat fitnah pada Stella! Kau mainkan hati dia dulu! Now, kau nak dia balik. Bila dia tolak kau, kau buat cerita bodoh kau tu! Kau ni memang-".

"Okay!! Okay!!! Aku tahu semua salah aku. So can you please shut your mouth for a second!" Stephen mengesat darah yang keluar daripada corong lubang hidungnya. Andrew berbadan sasa. Mujurlah latihan khas diraja Mensis melatih mereka berdua menjadi kebal. Jika Stephen keding, pasti melayang jauh apabila ditumbuk oleh Andrew sebentar tadi!

"Tu- tuanku!" pembantu diraja mereka, Alice menerpa dengan riak cemas.

"What?! Tak nampak ke kitorang tengah tegang ni?" Andrew merenung tajam ke arah pembantunya. Sememangnya merosakkan mod mereka.

"Ma- maaf mengganggu tuanku berdua tetapi-".

"STEPHEN!! WHERE ARE YOU! COME OUT NOW!!".

Susan!!




Stella asyik bermain dengan Leo yang mula manja dengannya. Makhluk comel itu bagaikan memahami apa yang dirinya rasa. Stella ketawa apabila Leo mengejar ekornya sendiri. "You are so cute, Leo!!" Stella ketawa lagi.

"Em, dah lama rasanya tak happy macam ni," Stella menggosok lembut perut Leo. Leo bertindak balas dengan mencuba untuk menggigit jari Stella namun gigitan itu tidak terasa langsung. Mungkin kerana gigit Leo tidak setajam mana memandangkan Leo masih lagi dalam usia bayi.

Stella berhenti. Kemudian memandang langit senja. "Well, aku rasa kita akan duduk sini sampai bila-bila. And another night, tidur beralaskan batu," Leo naik ke pehanya dan membuat bunyi. Stella membelai lembut bulu cantik Leo.




"What the hell are you doing here?" Stephen terkejut melihat Susan yang muncul. Sebentar tadi jeritan Susan mengejutkan seluruh pihak istana Mensis. Mujurlah ayahanda dan ibundanya tiada di istana. Mahu Stephen dibebel mereka kerana melakukan sesuatu yang sangat buruk.

"The hell are you asking me, Stephen?" Susan tidak dapat mengawal rasa marahnya. Tiga adik-adiknya cuba menahan dirinya namun kesabarannya ada had. Dan sekarang sudah melebihi had yang sepatutnya. Secara senyap, Susan mendapatkan Hilia, kuda putih peribadinya untuk sampai ke Mensis. Dengan ketangkasan Hilia, perjalanan mereka lebih singkat daripada menaiki kenderaan.

Andrew cuak. "Susan, take a deep breath. Relax Susan."

Susan memandang Andrew dengan pandangan membunuh. "At time like this, kau suruh aku bertenang? Aku akan bertenang. Aku akan bertenang." Andrew menarik nafas lega. "Selepas aku bunuh keparat ni!" dia menghunuskan pisau kecil di leher Stephen.

"Woah Susan! Take it easy. Kau main-mainkan? Put that knife down Susan!" arahan Andrew tidak masuk ke telinganya. Pengawal diraja Mensis yang melihat turut terhenti apabila Susan menekan sedikit pisau itu mengena kulit sawo matang Stephen. Sedikit merah kelihatan disitu.

"Susan- I'm sorry- I-" Stephen kehilangan kata. Dia dalam keadaan terkejut. Niatnya untuk memfitnah Stella supaya Stella akan disatukan dengannya jika khabar bohongnya sampai ke pendengaran Raja Ryuan. Namun dia silap penghitungan. Keputusan Raja Ryuan untuk menghalau Stella keluar adalah lebih drastik dan mengejutkan. Dia hanya mahukan Puteri Stella walaupun memaksa gadis itu dalam keadaan hina sebegitu!

"Mana adik aku?!" Susan menekan lagi dalam. Dia sudah hilang sabar!

Stephen menahan ngilu di leher. "Better kau lepaskan aku. Aku tak nak kau pulak yang dapat susah nanti. Estrela mempunyai hubungan yang baik dengan Mensis sejak dulu. Jangan sebab ni, kita bermusuhan."

"Engkau yang cari nahas dulu!".

Andrew rungsing. "He's right Susan. Apa kata kita bincang baik-baik?".

Susan nampaknya termakan dengan pujukan Andrew. Dia melepaskan Stephen kemudian kedua lutut Susan jatuh longlai ke tanah. Gadis itu menangis teresak-esak di hadapan ahli-ahli istana Mensis. "I just can't hold it anymore. I lose my lil sis since young and now I'm totally lose her!".

Kedua lelaki itu memandang dengan pelbagai perasaan di dada. Stephen menunduk. "Bodohnya aku!".

Andrew mengambil langkah pantas. "Dengar sini semua, beta tidak mahu cerita Puteri Susan datang menyerang Mensis bocor ke tangan ayahanda dan ibunda beta. Tak juga kepada Raja Ryuan. Faham atau tidak?".

"Mengikut perintah tuanku!" sebulat suara pengawal diraja Mensis. Kemudian Andrew mengarahkan mereka untuk beransur ke posisi asal. Hal ini hanya di antara mereka. Takut bocor atau menjadi bual mulut rakyat Mensis dan Estrela pula nanti. Andrew berdoa agar pengawal-pengawalnya tidak bermulut celopar.

"Now what?".

Susan dan Stephen masing-masing memandang Andrew.




"Okay! Dah boleh berdiri!" Stella gembira. Perlahan-lahan dia berjalan. Dia tidak tahu mahu ke mana asalkan tidak tinggal di tempat batu itu lagi. Sampai bila batu itu mahu berjasa dengannya? Mungkin batu itu akan menolong orang yang sepertinya.

Sepertinya? Oh, anak yang dibuang ayahnya. Anak yang tidak tahu mahu ke mana. Anak yang difitnah sehingga jadi sebegini. Stella kesal dengan apa yang berlaku.

Leo kekal mengekori Stella. Kerana Stella, Leo sudah boleh berlari tetapi tidak selaju mana. Cukuplah Leo tidak membebankan gadis yang membantunya itu. Leo mengiau apabila Stella seperti mahu tumbang. Lekas Stella mengimbangkan badannya dengan bertahan di sebuah pokok. Ketawa Stella meledak apabila Leo seakan prihatin padanya. "I'll be fine. Don't worry okay?".

Leo mengiau lagi. Stella meneruskan perjalanannya. Walaupun tidak sepantas mana, asalkan boleh bergerak daripada berada di tempat yang sama. Stella mula rimas dengan keadaannya yang busuk. Sudah seharian Stella tidak membersihkan diri. Pakaiannya juga comot dan kotor. Stella mengeluh. Adakah dia masih di dalam Estrela? Atau dia kini di dalam hutan Mensis? Memandangkan Estrela dan Mensis adalah kerajaan yang berdekatan maka Stella bimbang jika dia dalam kawasan Mensis. Sia-sialah rancangannya untuk melarikan diri jika pihak Mensis dapat menangkapnya.

Tiba-tiba Leo berdiri di hadapannya dan berbunyi garang. "What's wrong Leo? Kenapa ni?".

Pandangan Leo hanya tertumpu pada semak di hadapannya. Stella menelan liur. "Si- siapa?".



A Removed StarTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang