Five Years

773 42 1
                                    

"Ayahanda, Stella sudah terlambat untuk ke mesyuarat! Sangat lambat!" Stella berlari anak daripada biliknya turun ke ruang makan. Daripada atas lelaki berumur itu boleh mendengar suara anakanda kesayangan itu. Stella amat cantik dan segak dalam sepersalinan formalnya. Menunjukkan lagi ciri-ciri kepimpinan Stella. Atas hingga ke bawah, Stella memakai kot dan skirt sepanjang buku lalinya berwarna merah manakala tainya berwarna biru gelap. Kemeja dalamnya pula dipilih warna hitam. Wajah Stella naik dengan kombinasi warna-warna sebegitu.

Stella mencapai tangannya dan dicium lembut. Sama seperti rutin hariannya. Stella menggapai lagi roti yang sudah dibakar kemudian disalut dengan jem nutella. Beg bimbit yang sedia ada di kerusi makan miliknya, dipegang. "Stella jumpa ayahanda tengah hari nanti, okay? Maaf tidak dapat bersarapan dengan ayahanda! Stella sudah lambat yang amat ini!".

"Hati-hati dan good luck, Stella!".

Stella sempat menghadiahkan senyuman kepada Raja Armond. Lelaki itu turut membalas senyumannya. Stella berlari ke limousin Lux. Kelihatan Gary baru selesai daripada melatih tentera-tentera yang baru dipilih semalam kerana badan Gary basah dengan peluh juga ada pedang peribadinya di pinggang. Stella senyum kecil. "Baru habis training Gary?".

Gary senyum dan menunduk hormat. "Ya Puteri Stella."

Stella menggeleng. Berkali-kali dia memarahi Gary supaya tidak terlalu formal dengannya. "Gary, kau tahukan yang aku hanya mengganti tempat Ray dan Clara? Aku Cuma sementara dekat sini. Ayahanda Armond makin lama makin uzur. Sebab itu aku berada di sini supaya ayahanda tidak tertekan dengan soal kerajaan. Could you please stop calling me princess? I'm not worth it."

Gary ketawa. Begitulah bebelannya setiap kali Gary memanggilnya dengan pangkat puteri. "Kami harus berterima kasih dengan kau Stella. Sebabkan kau Lux selamat daripada jatuh muflis. Kalau bukan kau, pasti Raja Armond sudah berada di hospital. Entah apalah yang Ray dan Clara fikir sehingga mahu meninggalkan Lux terbengkalai sebegini," kesal Gary. Setahu mereka, Ray dan Clara sudah berkahwin namun kerana rasa serba-salah kepada Raja Armond dan juga Stella, mereka berdua tidak mahu kembali ke Lux. Mereka mulakan hidup baru disuatu tempat yang sukar untuk mereka jejaki.

Stella menunduk. Soal perkahwinan Ray dan Clara sebenarnya memberikan banyak pengaruh kepada dirinya. Yang pertama, Stella berasa sedih kerana cinta Ray hanyalah palsu. Difikirkan cinta Ray memang ikhlas untuknya namun dia salah. Mujur Stella menyuruh Ray untuk mengejar Clara semula. Yang kedua, gembira kerana Clara bersatu juga dengan pujaan hatinya setelah sekian lama memendam perasaan. Yang ketiga, Stella rasa bengang kerana mereka bertindak untuk meninggalkan ayahanda Armond seorang diri. Tergamaknya mereka.

"Puteri Stella, kita akan lambat untuk sampai ke Loquitur nanti," ujar pemandu limousin Lux kepada Stella yang dikenali sebagai Dino.

"Ahh! Gary aku dah lambat! Pergi dulu! Jagakan ayahanda Armond untuk aku tau! Kirim salam kepada Storm!" tergopoh Stella masuk ke dalam kenderaan mewah milik Lux itu. Meninggalkan Gary yang menghantar pandang sehingga kenderaan berwarna putih itu hilang daripada perkarangan Lux. Gary mengeluh dan menuju masuk ke dalam istana.

"Oh Gary," seru Raja Armond. Lelaki itu tersenyum manis kepadanya. Gary menunduk hormat. "Dah habis latihan tentera Lux?".

Gary mengangguk kecil. "Yang tinggal untuk diuji sahaja, tuanku. Tuanku pasti tidak mahu saya mengambil mereka pulang?".

Raja Armond mengeluh. Dilipat suratkhabar yang dibaca tadi dan diletak semula di atas meja seperti mana disediakan oleh tukang gaji diraja Lux. Kemas dan rapi. "Tidak usahlah, Gary. Menyusahkan awak sahaja. Lagipun, jika Ray memang memikirkan soal beta, pasti mereka akan pulang lima tahun yang lepas. Pasti mereka akan meminta maaf dan hidup bersama beta disini. Pasti Stella tidak akan bersusah payah untuk bekerja demi nama Lux. Pasti bintang-bintang Estrela tidak berpecah dan beta amat berterima kasih kepada Ryuan kerana membenarkan beta untuk meminjam anak bongsunya."

Gary melihat wajah sedih rajanya itu. Sedikit marah kepada Ray dan Clara yang menyusahkan semua orang. "Tuanku jangan rasa sebegitu. Raja Ryuan sendiri yang mengatakan bahawa Stella itu juga adalah anakanda kesayangan tuanku. Pasti Raja Ryuan senang hati apabila sahabat baiknya dijaga oleh anaknya sendiri."

Raja Armond tetap merasa tidak sedap. "Gary, beta amat rindu kepada mereka berdua. Kenapa mereka berdua tidak memikirkan perasaan beta? Beta berasa amat sedih sekali. Beta malu."

Terkejut ketua pengawal Lux itu apabila melihat air jernih menitis d pipi Raja Armond. Tidak pernah sekali pun dia melihat rajanya sebegini. Sewaktu pertama kali mengetahui yang Ray dan Clara hidup dinegara orang, Raja Armondlah yang paling tenang. Padahal orang lain sudah meroyan mahu mencari anakandanya itu.

"I'm home," Gary menoleh ke belakang. Adiknya sudah pulang daripada pengembaraannya. Storm dilihat sedang menuju ke arah mereka. Ditunduk hormat kepada Raja Armond yang sedang sibuk mengesat air matanya. Dia tidak mahu orang ramai tahu yang raja mereka sedang berduka.

Storm yang mengeluh kecil. Dia nampak dan dia tidak bodoh. Serasa sekarang dia mahu menghadiahkan dua biji penumbuk kepada Ray. Satu untuk Raja Armond dan satu lagi demi Stella. Storm kini sudah menganggap Stella seperti adiknya. Kerana Gerrard yang dulunya yang menyintai Stella sepenuh hati, sudah bahagia dengan wanita pilihannya sendiri. Gerrard dan Sandra mempunyai dua bayi perempuan yang sangat comel dan dua bayi itu menunjukkan bahawa Gerrard tidak lagi sayang kepada Stella. Storm rasa kasihan juga kepada Stella. Ray bersama Clara kerana difikirkan Stella akan bahagia memilih Gerrard tetapi Gerrard pula membawa diri kerana memikirkan yang Ray akan menjaga Stella dan akhirnya bertemu Sandra. "Tuanku, Raja Ryuan menyampai salam khabar kepada tuanku. Doanya moga tuanku berada di dalam keadaan yang sihat sejahtera. Turut sama dipesan supaya tuanku bertemu dengan anakanda Raja Armond, Puteri Serenity untuk pemeriksaan yang seterusnya."

Raja Armond ketawa kecil. "Baiklah. Beta akan bertemu dengan Serenity petang ini."

Storm mengangguk dan meminta diri untuk beredar. Dia mahu segera membersihkan diri kerana dia sudah tidak tahan dengan bau dan rasa melekit di badannya. Perlahan Storm berlalu ke biliknya.

Lima tahun berlalu, dua daripada lima adik-beradik bintang Estrela sudah berkahwin dan bahagia. Susan dan Stephen yang masing-masing sibuk menguruskan Mensis dan juga seorang bayi lelaki yang pasti membawa nama Mensis suatu hari nanti. Manakala Serena dan Andrew sedang menjelajah ke negara orang sebagai pengembara mencari idea untuk Sarry bekerja ke atas kerajaan mereka. Raja Ryuan sedang pula sedang menyiapkan anakanda keduanya, Sarry untuk menjadi pemerintah Estrela yang seterusnya memandangkan anakandanya itu sangat sayang dengan Estrela. Sarry juga dikhabarkan sedang bercinta dengan putera kedua kerajaan Coellum, Putera Ash. Serenity sudah menjadi ketua perubatan di kerajaan Estrela. Dan salah seorang pesakitnya adalah Raja Armond sendiri. Dan Storm masih menunggu masa yang sesuai untuk melamar gadis itu.

Stella? Dia berada di Lux untuk memastikan Lux dan Raja Armond bahagia dan maju.

"Psst! Storm!".

Baru sahaja tangannya mahu memulas tombol pintu itu, Gary menggapai bahunya membuatkan Storm menarik muka. "Kau nak apa, bang? Aku dah busuk dan melekit ni, penat pun ada juga. Kau nak apa lagi?".

Gary membisikkan sesuatu di telinga Storm. Mata Storm terus membesar. "Apa?!".

A Removed StarWhere stories live. Discover now