He is Back

745 41 0
                                    

Stella menyelak satu-persatu helaian. Betapa gembiranya Stella apabila mesyuarat yang dikelola olehnya berjalan dengan lancar. Sempat pula dia bersembang mesra dengan kakaknya, Sarry yang hadir dalam mewakili Estrela. Turut bersama Stephen yang hadir demi nama Mensis. Mereka bertiga sempat duduk bersama dan menikmati kopi dengan santai di Loquitur.

"Dino," panggil Stella. Dia suka berbual dengan Dino kerana Dino seorang yang merendah diri dan amat sopan orangnya. Kerana itu juga Raja Armond menjadikan Dino sebagai pemandu Lux utama. Dino ditugaskan untuk membawa kerabat diraja Lux sahaja. Tiada orang lain yang dibenarkan dalam mencampuri tugas Dino kecuali kecemasan. Disaat itu juga, kenderaan mewah berwarna putih kepunyaan Lux ini sudah melepasi pintu gerbang Loquitur. Bermakna perjalanan Stella mempunyai empat puluh lima minit lagi untuk sampai ke Lux.

Dino yang sedang memandu melihat wajah Stella melalui cermin pandang belakang. Wajah Stella yang semakin matang akibat dimakan usia, dilihat sedang tersenyum kepadanya. Dino rasa sangat beruntung kepada sesiapa sahaja yang sudah memiliki hati Stella. Baik, cantik, rendah diri dan tidak malu untuk bergaul dengan orang bawahan. Disebabkan itu Dino sangat menyanjungi puteri Estrela yang membantu Raja Armond memerintah Lux itu. "Ya, puteri. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?".

Stella mencebik. "It has been the two of us. Janganlah berformal sangat. Ingat tak apa yang saya cakap? Depan orang ramai sahaja awak boleh panggil saya puteri. Sekarang kita berdua, so panggil saya Stella. Faham?".

Kekok. Dino tidak biasa dengan syarat Stella. Bikin rasa serba-salah sahaja. "Tapi puteri-".

"This is an order!" tegas Stella menyatakan. Dia tidak suka berformal. Lagi-lagi dengan orang baik seperti Dino. Lelaki itu mengangguk banyak kali. Terpaksa akur dengan arahan tuan puteri ini.

Keluhan berat dilepaskan. "Kalau itu yang Stella mahu, saya terpaksalah ikut."

Stella senyum gembira. "That's better."

Dino menggeleng seraya senyum kecil. "Apa yang Stella nak cakap dengan saya tadi?".

Riak Stella berubah serius. Wajahnya tegang apabila Dino berura untuk menaikkan semula topik yang Stella mahu katakan kepadanya. Melalui cermin pandang belakang, Dino sudah tahu apa yang Stella mahu katakan kepadanya. Wajah Stella yang satu itu, tiada lain, tiada bukan mengenai Ray dan Clara. Sudah sebulan juga Stella mengupahnya untuk menyiasat tentang Ray dan isterinya.

"Tuanku Ray? Kali terakhir yang saya pasti, Ray dan Clara sedang bercuti di Hyeni."

Stella terdiam. "Hyeni? Pusat percutian yang terkenal itu?".

Dino mengangguk. "Tak silap saya, Jinia ke Hyeni memerlukan masa selama tiga hari untuk sampai. Kira-kira mereka berdua baru sahaja sampai semalam."

Stella menunduk. "Oh, terima kasih Dino."

Kasihan melihat reaksi Stella. Dino mengenggam stereng kereta lebih kuat. Selama lima tahun berkhidmat dengan Lux, lima tahun juga Dino sudah berkawan dengan Stella. Dalam lima tahun itu, Stella selalu mengadu macam-macam cerita kepadanya. Suka dan duka. Kisah Stella dihalau. Cinta sewaktu kecil dan bermacam lagi. Kata Stella lagi, sahabat baik Stella sendiri, Gerrard sendiri yang menjauhkan diri daripada puteri malang itu. Hanya Sandra yang menjadi pengantaraan mereka berdua. Gerrard enggan berkomunikasi dengan Stella lagi. Dan kerana itu juga Stella bertindak mahu ke Lux, membantu Raja Armond kerana mahu jauh daripada Gerrard yang masih bekerja di istana Estrela.

"Stella, you are getting old. Raja Armond dan tuanku Ryuan pasti mahu zuriat ataupun waris daripada Stella sendiri," sengaja Dino menaikkan topik itu. Dia mahu Stella keluar daripada dunia yang ada Ray dan Gerrard.

Memerah wajah Stella jadinya. "Bodoh! Kenapa awak naikkan topik ini?!".

Dino ketawa. "Awak tahu? You look cute in that face."

Bertambah merah lagi wajah Stella. Dino selalu mengusiknya dengan perangai playboynya itu. Namun sekarang Dino bukan lagi kaki perempuan. Sejak bertemu dengan Stella, Dino perlahan-lahan cuba untuk berubah.

Stella menongkat dagu dan melihat ke pemandangan luar. "Dino- mungkin saya sudah tidak percaya kepada cinta lagi. Saya, dikhianati oleh orang-orang yang saya cinta sehingga saya tidak tahu, adakah cinta itu wujud untuk saya. Stephen, Gerrard dan Ray, masing-masing tidak mengerti perasaan saya. Saya, terlalu letih untuk bercinta."

Dino memusing stereng ke kiri. Ketawanya juga hilang apabila Stella membangkitkan tajuk ini. Berulang kali Stella mengatakan bahawa dia sudah tidak percaya dengan cinta kerana cinta mempermainkannya. Dino menekan pedal brek dan menghentikan kereta betul-betul dihadapan pintu besar istana Lux.

Stella mengesat air mata yang keluar sedikit. Dia memandang ke depan, ke arah Dino. "Terima kasih Dino atas maklumat tadi. Dan terima kasih kerana berkawan dan sudi mendengar cerita saya selama ini. Kalau suatu hari nanti, Ray dan Clara sudah kembali, saya nak awak yang memandu mereka keluar masuk Lux, okay? Pasti, satu hari nanti saya akan pulang ke Estrela semula," dengan senyuman semanis gula, Stella keluar daripada kenderaan mewah Lux.

Dino tergamam. Entah kenapa dia tersentap dengan ucapan Stella. Dia menghentak kepala pada stereng kereta. "Bodoh! Sedar diri sikit yang kau tak berhak jatuh cinta dengan Puteri Stella! Kawan baik kau sendiri, Dino!".

Kaki melangkah perlahan mendaki anak tangga satu-persatu. Peristiwa lampau mengajarnya perkara yang penting. Stella kini tahu siapa yang menyintainya. Bukan Stella tidak tahu yang Dino sebenarnya ada hati dengannya namun Stella hanya berdiam diri. Dia tidak mahu memberikan peluang kepada orang secepat ini. Lima tahun, tidak cukup untuk mengenali hati Dino. Stella mengeluh. Adakah jodohnya, Dino? Stella sendiri tidak tahu.

"Puteri Stella," sapa pengawal pintu diraja Lux. Stella mengangguk hormat dan senyum. Dia melangkah masuk dan-

"Mam- mama."

Terkejut Stella melihat seorang bayi lelaki yang sangat comel dengan mata yang berwarna kelabu cair. Mengingatkan Stella kepada Clara. Clara? Stella mendukung bayi itu. Tergamak ibu dan ayahnya meninggalkan anaknya bersendirian di muka pintu Lux. Stella ingin memarahi sesiapa sahaja yang mempunyai ikatan dengan bayi comel ini.

"Ah, Stella!".

Stella melihat sahaja Jane tercungap-cungap berlari kepadanya. "Jane."

"Raymond, here you are," Jane menghulurkan kedua tangan untuk mengambil bayi lelaki itu. Stella teragak-agak untuk memberikan bayi yang bernama Raymond itu kepada Jane. Akhirnya Stella akur sahaja. Lagipun, Stella tidak kenal siapa ibu dan ayahnya. Adakah bayi baru Jane? Tetapi, Jane tidak pula mengatakan bahawa Jellal dan Joshua akan mendapat adik lelaki baru. Ada ke?

"Siapa punya bayi ni Jane?" soal Stella. Sempat diusik pipi gebu milik Raymond. Comel sangat! Geram Stella jadinya.

Jane tersenyum hambar. "Tuanku Armond menunggu Stella di Liberum Room."

Kening Stella berpaut. "Liberum? Sejak bila ayahanda membuka semula bilik Liberum?" terkejut Stella jadinya. Ayahandanya menutup bilik itu kerana bilik itu empunya Ray seorang. Ayahanda kata Liberum Room akan dibuka semula jika-

Stella terdiam. "Jane-".

Jane mengusap belakang badan Stella perlahan. Sukar bagi Stella untuk menghadam berita ini. "Pergilah. Mereka sudah lama menunggu Stella."

Takut. "Jane, saya nak balik Estrela. Saya-".

"Stella."

Stella kaku. Suara itu. Setelah lima tahun berlalu, Stella mendengar semula suara itu. Suara milik lelaki yang sepatutnya dikahwini Stella. Yang sepatutnya bergelar tunang kepada Stella.

"Ray-".

Menggigil Stella untuk menoleh ke kanan. Jane yang mengundur diri tidak dihiraukannya. Stella memandang sekujur tubuh itu. Tubuh yang semakin tinggi. Badan yang semakin besar. Dan wajah yang semakin matang. Itulah Ray.

"Finally, I'm found you!" Ray berlari mendakap tubuh Stella. Dia rindu kepada Stella. Dia sayang dan rindu dan dia- "I love you, Stella."

"R- Ray-".

A Removed StarWhere stories live. Discover now