New Hope

965 61 0
                                    

Basah di pipi membuatkan lena Stella terganggu. Namun badannya terasa sangat lemah. Stella tidak terdaya untuk membuka kelopak matannya. Tanpa putus asa, Stella mencuba juga untuk menjagakan dirinya. Benda lembut yang asyik menjilat pipinya ditolak perlahan. "Leo! Knock it off!".

Stella ketawa apabila Leo masih berdegil mahu menjilat pipinya. Mungkin Leo risau kerana tuannya tidak bangun sedari matahari sudah mencacak naik. "Meow!".

"Yeah, I'm already bangun now, Leo. Janganlah jilat lagi," Stella mengusap lembut kepala Leo, sayang. Leo melompat naik ke dadanya. Masih menjilat lagi. "Berhentilah, Leo. Geli!".

"Awak dah bangun?" muncul satu kepala daripada muka pintu. Rambut panjang berwarna perang itu memukau mata Stella. Stella menjadi terpesona sendiri. Kemudian satu tubuh kepala berambut perang itu menghampiri katil yang Stella sedang duduk.

"Awak sangat cantik," ungkapan itu yang terkeluar daripada mulut Stella. Stella spontan menekup mulutnya. Haish! Stella! Apa kau cakap ni?! Pipinya memerah menahan malu.

Gadis berambut perang itu ketawa. "Thank you,Miss-".

"Stella. Call me Stella. Tak perlu ber'miss' dengan saya," senyum Stella.

Gadis itu membalas senyum. "Saya Jane."

Stella tiba-tiba merasa pelik dengan tubuhnya. Stella memandang bawah, memandang pakaiannya. Serta-merta wajahnya merah. "Er- mana pakaian saya? Si- siapa-".

Jane senyum lagi. Wajah comel Jane membuatkan Stella semakin terpukau. "Saya the one who changed you in this. Sorry, pakaian awak saya sudah basuh."

Stella menarik nafas lega. "Aahhh!" kepalanya sakit secara mengejut. Seingat Stella benda terakhir yang diingatnya, adalah ratu hutan yang mahu membahamnya. "Saya dimana?".

Jane melabuh duduk di birai katil yang diduduki Stella. "Tuanku Ray dan pengawal diraja yang membawa awak ke sini. Setahu saya, Gary jumpa awak semasa awak hampir dimakan oleh seekor singa betina. Gary yang selamatkan awak dengan menembak singa betina itu sehingga mati. Well, selepas itu saya rasa awak tidak sedarkan diri hinggalah hari ini."

Tekun Stella mendengar ujaran Jane. "Wait! Tuanku? Diraja?".

Jane memandangnya, bingung.

Adakah aku masih di dalam Mensis? Tapi, Mensis mana ada putera bernama Ray! So, who's the Ray's guy? Stella memandang Jane. "Where are we now?".

"Kerajaan Lux."

Kening Stella berkerut. Seperti pernah mendengar nama kerajaan itu. Stella asyik memikir. Dimana aku mendengarnya? Em.

"Awak patut bersiap. Tuanku Ray pasti mahu berjumpa dengan awak," Jane bangun dan berlalu ke muka pintu. Mahu menyiapkan meja santapan untuk sarapan.

"Uh! Jane!" Stella memanggil.

Jane berhenti dan menoleh. "Iya Stella?".

Senyum. "Terima kasih."

Senyum juga. "Bersiaplah."




"STORM!!" Ray berlari mencari Storm satu-persatu bilik yang ada di dalam istananya. Masih terpekik-pekik mencari Storm. Setiap pengawal diraja yang terserempak dengannya, menunduk hormat. Namun Ray tidak peduli dengan mereka, targetnya hanya Storm!

"Tuanku," akhirnya Ray bertembung dengan tubuh besar Gary. Ray terjatuh ke lantai. Gary yang bersikap tenang, membantu Ray berdiri kembali. Tubuhnya dua kali ganda besar daripada Ray membuatkan kerjanya senang untuk mengangkat tubuh Ray yang sememangnya sasa itu. "Seorang putera raja tidak sepatutnya berlari dan menjerit sana-sini, your highnest."

A Removed StarWhere stories live. Discover now