New Friend

939 60 0
                                    


Bunyi burung berkicauan. Cahaya terang yang menusuk mata. Ianya mengganggu si bintang yang asyik lena bersandaran di batu itu. Perlahan-lahan Stella mencelikkan matanya. Silau, Stella menutup seketika matanya.

Oh lupa, kini Stella berada di dalam hutan yang tidak tahu lokasi di mana. Lupakan mengenai bilik tidurnya yang cantik, katilnya yang empuk, bilik air yang besar dan pakaian-pakaiannya yang mewah. Stella benar-benar kehilangan.

"Auch!" Stella tidak mampu menahan sakit dikaki. Mungkin terseliuh akibat semalaman berjalan. Stella menoleh ke kiri dan kanan. Perut berkeroncong. Stella hanya mampu menahan ketawa. Seingatnya, kali terakhir dia menjamu selera adalah pagi semalam. Stella mencapai beg sandangnya dan membawa keluar sepaket keropok. Jika kerabatnya tahu ini, mati dikerjakan Stella oleh mereka. Makanan tidak bermanfaat seperti itu adalah makanan yang haram bagi kerabat diraja.

Stella mengunyah perlahan. Silapnya kerana tidak membawa bekalan makanan yang banyak. Namun, apakan daya, perkara ini berlaku tanpa dirancang. Jika Stella tahu perkara ini akan berlaku, pasti Stella akan bersiap sedia lebih awal.

"What I'm gonna do now?".

Mentari yang masih awal, membuatkan Stella mengambil nafas dalam. "Sekurangnya, aku bebas sekarang."




Sarry mengeluh. Tanpa pengetahuan ayahanda, mereka berempat bertindak mengupah penyiasat peribadi untuk mencari lokasi adiknya. Sarry tidak dapat menahan sebak melihat ketiga-tiga manusia yang paling dia sayang kini bermuram durja. Susan yang asyik melayan perasaan di tepi tingkap bilik mereka. Serenity yang memegang novel kegemaran adiknya ;Celestial World. Dan jari Serena yang tidak lepas mendail nombor pelbagai pihak untuk membantu operasi mencari ini.

"Tuanku,".

Mereka berempat bangun mendapatkan Clive yang datang menghadap. "Any news Uncle Clive?".

Clive menggeleng. "Maaf tuanku."

"Damn!" Serena mencampak telefon bimbitnya ke lantai. Berkecai gadjet itu jadinya. "Mana Stella pergi? Kenapa susah sangat nak cari budak kecil ni?!".

Tekanan demi tekanan. Mereka semua tertekan.

Susan menarik kolar baju Clive. "I don't care macam mana but-".

Serenity menarik Susan lembut. "Marah, bertekak, it's not gonna change anything, Sue."

Mendengar itu, Susan terjelepok ke lantai. "I just want my lil sis back. Please-".

Clive hanya membatu melihat sketsa adik-beradik bintang itu. "I'll try best. Again, your highnest." Kemudian Clive berlalu pergi. Dia juga tidak dapat menafikan bahawa kehilangan Stella membawa kegembiraannya juga pergi. "Stella, uncle so worried about you. Gerrard-" setitik air mata kerinduan menitik di pipi.




"Alright!" Stella berusaha untuk berdiri namun gagal. Dia kembali terduduk ke tanah. "Auch!" mengerang kesakitan. Terseliuh di kaki lebih teruk daripada dijangka. "Come on! Takkanlah selama-lamanya nak tinggal sini!" Stella memarahi kakinya sendiri.

"GET OUT!!!".

Stella tersentak. Suara ayahandanya yang memetir mengejutkannya. Stella memandang kiri dan kanan. "Ayahanda?".

Bunyi alam sahaja yang didengarinya.

"Well, I guess-"

Bunyi sesuatu bergerak di dalam semak mematikan suara Stella. Degupan di jantung membuatkan Stella mengesot menjauhi. Dia kini di dalam hutan, dan hutan mempunyai banyak haiwan buas yang mencari sumber makan.

"Si- siapa?".

"Meow- meow-".

Terkebil Stella jadinya. "Ku- kucing?". Dengan kudrat yang ada, Stella mengesot ke arah semak tersebut. Diselak beberapa batang semak. "Aah!" jari Stella tertusuk duri. Tidak disangka semak sebegitu mempunyai duri.

Makhluk itu menarik perhatiannya. "Look what we got here." Stella menarik kucing itu berhati-hati. Jelas kucing itu sedang merana dalam kesakitan. "Oh! You're broke your leg!".

Stella menarik beg sandangnya. Mencari kain sapunya. Sempat pula dicari ranting kayu. Dibalut kaki kucing malang itu berikatkan kain dan ranting kawan. "Aku tahu tak sembuh tapi ia akan membantu untuk kau recover."

Kucing itu mengiau. Kemudian menjilat jari Stella yang berdarah tercucuk duri tadi. "Aww! Look how cute aren't you?" Stella menggomol kucing itu. "Mesti kau sunyi kan?" kucing itu mengiau lagi.

"Tapikan-" Stella mengusap badannya. "Bulu kau macam cheetah. Maybe kau ni jenis kucing serval. Tapi-" Stella mengangkat kucing itu supaya sama tinggi dengan wajahnya. "Bentuk kau macam munchkin. Kaki pendek-" Stella menyentuh kaki-kaki comel itu. "Ekor panjang-" ekor pula dibelai. Dan kucing itu hanya mengiau. Mungkin geli dengan sentuhan penyelamatnya.

"Oh, dengan kaki macam ni, mana boleh kau bergerak. Tapi-" Stella memandang kakinya pula. "We were at the same level."

"Meow!".

Stella senyum. "Sekurangnya, ada yang teman aku." Stella meletakkan kucing itu di dadanya. "I'll call you Leo."


A Removed StarWhere stories live. Discover now