Explanation

648 32 1
                                    

Stella hanya merelakan wajahnya ditacap oleh Sarry. Kakandanya itu amat pakar dalam bidang menyolek. Sepatutnya kakaknya itu kekal cantik walaupun kuat bekerja. Malah, adik-beradiknya semua tahu menggunakan make-up. Stella bukan seseorang yang suka menyolek. Dia sudah terbiasa dengan wajahnya yang kosong tanpa sebarang celak atau lipstick.

Sarry tersenyum melihat hasil kerjanya. "You're beautiful, sister. Believe me."

Dia sendiri tidak terkata apabila melihat pantulan wajahnya di cermin solek itu. Sentuhan Sarry benar-benar menjadi! "Terima kasih Sis. Ini semua kerana hasil tangan Sis."

"Nope. It's all yours, baby. You're the beauty."

Sejenak kemudian, riak Stella berubah. Sebentar lagi akan berlangsung persidangan secara besaran dan langsung di dalam istana Estrela. Yang turut sama adalah adik-beradik bintang dan Steve Estrela sendiri. Raja Ryuan sebagai Raja Estrela. Dan- mungkin hadir sama adalah Ray. Stella menunduk. Tidak mahu Sarry nampak wajah murungnya.

"She's ready?" Susan menjengah di muka pintu. Melihat anggukan Sarry, Susan menerpa masuk dengan lembut. Menampakkan aura kewanitaannya. Susan senyum nipis. Mengangkat ibu jarinya kepada Sarry. Adiknya itu hanya ketawa kecil. Dalam pada yang sama, dia berasa bangga. "Stella Estrela."

Sepi.

"Stella Estrela," panggil Susan lagi.

Sarry berlalu pergi. Dia harus menyiapkan diri sendiri juga! Khusyuk menyiapkan orang lain, diri sendiri boleh lupa! Sempat juga Sarry menepuk bahu Susan untuk memberikan semangat kepada Stella yang sedari semalam tiba, hanya berdiam dan murung sahaja. Adik mereka bukan sebegitu.

Stella mendongak. Menampakkan matanya yang sudah berkaca.

"Oh, no Stella Estrela. Habis celak awak nanti. Penat Kak Sarry buat," Susan memegang kedua belah pipi Stella. Dihembuskan nafasnya ke arah kedua mata itu. Membuatkan Stella menjadi bertambah sebak. Susan senyum lagi.

"You've grown up well to become a proper princess. Now, you're facing your life. You have to conquer your own heart so you can get strong, strong and stronger. This tear is the proof that you are strong, baby."

Stella tidak bersuara. Hanya matanya sahaja yang membalas kata-kata Susan.

"Stella, Susan. We are up now!".

"Now, Stella Estrela. Show the world that you are strong!" Susan tidak jemu memberi kata-kata perangsang kepada adiknya. Sememangnya tugas si kakak untuk terus mendorong dan memberi semangat kepada adik yang sudah jatuh tersungkur. Dialah yang seharusnya menghulurkan tangan kepada Stella untuk membantunya mengenal dunia.

Stella berusaha mengawal air matanya supaya tidak jatuh. Habis celak yang dibuat Sarry. Kasihan kakaknya nanti. Stella senyum dan berdiri. Dia harus kuat. Stella dan Susan beriringan keluar daripada bilik persalinan Stella.

"Tuanku Stella!".

Stella berhenti. Sama juga Susan. Ingin tahu siapa yang memanggil adiknya. "Jane!". Kelihatan Jane sedang mengendong Raymond yang nyenyak tidur di bahu wanita itu. "Awak pun datang Jane?".

Jane mengangguk. Sempat menunduk hormat kepada kakak sulung Stella, Susan Estrela. "Hampir semua warga Lux datang untuk memberi dorongan kepada tuan puteri. Raymond pun saya bawa atas arahan Tuanku Armond."

Stella mendapat satu akal. "Beri Raymond kepada saya, Jane."

Kening Jane mendekat. "Kenapa tuan puteri?". Serentak Raymond mula sedar daripada lenanya. Merengek bayi itu apabila banyak cahaya yang menusuk masuk ke dalam rongga matanya.

A Removed StarWhere stories live. Discover now