The One Who Care

837 51 0
                                    


"Hari Bahagia Lux?" terkebil Stella mendengar ujaran Raja Armond. Nama yang pelik untuk sebuah festival di Lux. Dan apabila mendapat tahu bahawa nama itu daripada Ray, Stella akhirnya ketawa kecil. Ray yang mendengar tawa Stella merenung tajam.

"What's so funny about the name?" Ray meradang kepada sahabat barunya itu.

Storm mengeluh. "Otak kau fikir itu je ke selama mesyuarat dekat Loquitur? Apa punya nama kau bagi ni?".

Semakin merah wajah Ray jadinya. Malu tambah marah. Dia terlalu tertekan dengan kehadiran Stella yang misteri, perubahan Storm yang semakin rapat dengan tetamu Lux itu dan Clara yang semakin menjauh. Apabila ditanya kepada ayahandanya mengenai Stella. Ayahandanya cuba mengatakan bahawa Stella adalah tunangnya. Itu sahaja. Dicari pula Claire untuk bertanya mengenai Clara, namun pembantu peribadi Clara itu pandai melarikan diri daripadanya. Dan sepanjang hari jika Ray tiada kerja, dia akan mengintip Stella dan Storm yang berbincang akan sesuatu. Dan apabila dia dekat, pasti mereka akan berkelakuan lain.

Ray menarik kolar baju Storm. "Kalau kau pandai sangat, kaulah fikir!".

Storm senyum sinis. "Buat apa aku fikir? Bukan aku yang putera raja. Kau yang berpangkat itu, kau yang kena fikir. Apa, kau nak rakyat Lux gelakkan bakal raja diorang yang pemikiran macam budak-budak ni?".

Ray menetap gigi. "What the-".

"Storm, behave of yourself." Tegur Gary apabila melihat Raja Armond hanya ketawa kecil sambil menekup mulutnya. Dia sendiri tidak kisah kerana Raja Armond sudah menganggap dua lelaki yang sentiasa bersama anak tunggalnya itu seperti anak sendiri.

Pada Gary pula dia berasa malu dengan perangai Storm yang sentiasa mencari nahas dengan putera raja Lux itu. Walaupun berkali Raja Armond mengatakan tidak mengapa.

Stella hanya memandang dengan penuh minat. Sungguh dia sudah jatuh cinta dengan keadaan di Lux. Lagi pula, Raja Armond yang mengajar dia dahulu untuk berbaik dengan orang ramai. Tidak kira sesiapa. Selain raja Lux itu, ibundanya juga mengajarkan benda yang sama. Dia jadi- rindu. Bonda-

Storm berdeham dan serta-merta Ray melepaskan pegangannya. Dia kini memandang Stella yang berubah riak. Muram. "Stella, kau kenapa?".

Tersentak. "No- um- nothing important," Stella menunduk.

Raja Armond mengeluh. Diusap sayang kepala gadis itu. "I know you miss your mother. I can be your mother if you want."

Stella akhirnya ketawa semula. "You can't, your highness! You just too manly to be my mother."

Raja Armond turut sama ketawa.

Gary menatap kertas kerja dihadapannya. Perlu diubah semula kertas kerja yang disiapkan oleh Ray ini. Memandangkan tajuk besar iaitu nama festival ini akan berubah, maka seluruh kerja ini akan diubah. "Kita kena ubah nama ini bukan?".

Mereka berdua berhenti ketawa. Storm menjeling Ray yang seperti tidak bersalah. Bukan salah dia. Dia sendiri tertekan dengan keadaan sekeliling. Maka otaknya tak mampu berkerja.

"Beatus Day?".

Empat pasang mata memandang Stella. Kosong reaksi mereka. Stella jadi takut. Adakah cadangannya ditolak? Stella menunduk. Harapan untuk membantu mereka akhirnya Stella bertindak untuk berdiam diri.

"That's great, my dear!" Raja Armond memeluk Stella.

"Re- really?".

Gary mengiyakan. Ligat tangannya membetulkan apa yang salah dimatanya.

A Removed StarWhere stories live. Discover now