The Only One Stella

822 47 0
                                    

"Ray hilang?" Stella berhenti daripada menaip. Dia mengangkat muka apabila mendengar dua perkataan yang keluar daripada mulut ayahandanya yang sedang berbicara dengan seseorang melalui telefon diraja Estrela. Walaupun tidak diberitahu, Stella mengagak bahawa itu panggilan daripada ayahanda angkatnya, Raja Armond kerana Raja Ryuan sedang berbicara mengenai anak tunggal raja Lux itu.

Sarry memerhatikan riak wajah Stella yang asyik merenung Raja Ryuan dengan reaksi yang tidak dapat Sarry menduga. Adakah adiknya menunggu perkhabaran mengenai Ray? Sejak bila adiknya mula suka kepada Ray? Serenity pernah bercerita mengenai kehidupan Stella di Lux. Gaya penceritaan Serenity menunjukkan bahawa Stella hanya menganggap Ray sebagai temannya sahaja. Tidak lebih.

"Here you go. Two cups of tea, coming up!" Serena meletakkan dua buah cawan yang berisi teh panas di atas meja kerja dua beradiknya itu. Khusyuk sungguh Stella dan Sarry bekerja sehingga waktu makan tadi dibawa sekali kertas kerja yang disediakan oleh setiausaha diraja Estrela ke meja makan. Mereka yang lain hanya menggelengkan kepala.

Sarry senyum. "Thank you, sister."

Serena mengangguk. "Kerja itu memang kerja. Lagipun deadline projek Ecozims ni kan minggu depan. Tidak perlulah kerja sampai tak ingat dunia." Serena menggulung beberapa kertas kerja yang sudah siap dan diasingkan di tempat lain. Takut bercampur dengan kertas kerja yang belum disiapkan lagi. "Uh?" Serena terperasan yang Stella masih tidak menyentuh cawan yang dihidangkan.

"Stella?".

Stella tersedar. "Kak Serena, oh terima kasih untuk teh ini. Teh Kak Serenalah yang paling best!" Stella berlagak macam biasa. Jarinya sudah berpaut pada cangkir cawan berwarna putih itu. Disisip perlahan air teh panas buatan Serena sendiri. Sejak kebelakangan ini, adik-beradiknya sudah rajin menjengah ke dapur diraja buat Stella gembira sekali kerana adik-beradiknya termasuk ayahandanya sudah bergaul dengan rakyat biasa. Sama seperti yang diajar oleh ibunda yang tercintanya, Permaisuri Lily. Mother, I missed you so much.

Bunyi gagang diletak buat Stella tersentak sekali lagi. Hatinya kuat mahu mengetahui adakah benar Ray mahu pergi jauh sama seperti kiasannya kepada Stella semalam. "Ayahanda,".

Raja Ryuan memandang anak mata Stella dalam-dalam sebelum menggeleng dengan keluhan yang maha berat. "Just like you said, Stella. Ray's run away from us."

Sarry dan Serena berpandangannya. Dilihat adik mereka sudah menunduk. Rasa sebak pula dengan keadaan yang dialami oleh Stella. "Sister, he's gonna be fine. You should trust him. He asked you to wait for him, right? You will wait for him, Stella?" pujuk Sarry perlahan. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan kini.

"Nak akak hantar pasukan tentera cari Ray?" Serena meletakkan dulang ke atas meja dan menghampiri adiknya semula. Apakah perasaannya jika Andrew turut sama melarikan diri jauh daripadanya? Serena tidak dapat membayangkan bagaimana dirinya nanti.

Raja Ryuan mencelah. "I've sent them to find Ray. Sampai sekarang ayahanda tidak tahu bagaimana keadaan mereka. Tiada perkhabaran langsung."

"It's okay. If it's Ray, I'm sure that he'll come back. He promise me to wait for him, right?" terkejut mereka melihat wajah basah Stella yang dipenuhi dengan air mata yang mengalir. Namun di atas wajah itu juga terukirnya senyuman yang sangat ikhlas dan manis sekali. Buat Sarry dan Serena makin bertambah kasihan kepada adiknya itu.

Stella rasa hairan melihat riak wajah Sarry, Serena dan ayahandanya yang sedang menunduk. Mereka semua berwajah muram. Setitik air jatuh di atas jarinya. Stella terkejut. Dia menangis? Diraba wajahnya. Baru yang dia sedar yang wajahnya basah dengan air mata. "Air mata-?".

"Oh my sister!" Serena menangis teresak menarik tubuh adiknya ke dalam dakapan. Adiknya yang disayangi. Adiknya yang baru sahaja ditinggalkan dengan orang yang disayang. Dan mungkin adiknya tidak tahu bahawa yang sebenarnya yang dia menyayangi Ray.

"I don't know why am I crying, sisters," Stella memandang Sarry yang juga memandangnya dengan pandangan yang muram. "It's true father! I don't know why am I crying about! I-" dan hujan gerimis bertukar kepada hujan yang lebat. Membuatkan suasana semakin pilu.

"Susan," Serenity dan Susan yang sedari tadi berdiri di luar bilik hanya menjadi pendengar kepada sketsa mereka di dalam. Tadi mereka berdua termasuk Serena sedang memasak di dapur. Memang niat mereka untuk memasak untuk semua orang pada hari ini. Mereka berasa hairan apabila Serena tidak pulang-pulang daripada memberikan teh panas kepada warga yang sedang bekerja. Maka mereka bertindak untuk menyiasat. Tidak jadi niat mereka untuk meluru masuk apabila mendengar nama Ray disebut oleh Raja Ryuan.

"I feel sorry for her, Serenity," Susan tidak dapat menahan diri daripada marah. Marah kepada Ray yang mensia-siakan adik mereka.

"Tetapi ini bukan salah Ray. Stella told Ray to gave Clara chance but Clara langsung tidak mahu memberikan peluang kepada dirinya sendiri kerana daripada dulu Clara dah tahu yang Ray sudah bertunang. You know? When Stella said that, Ray, who is already in love with our sister, follow Stella's order. Lagipun, sebenarnya Ray serba-salah kerana tidak menyedari cinta Clara kepadanya."

Terdiam Susan apabila mendengar cerita Serenity. "Macam mana kau tahu?".

Serenity senyum. "Clara's actually is my best friend. She also the one who told me where Stella when she is missing last month."

Susan mengangguk faham. "So, whose to be blamed?".

"No one."

Lagi serabut Susan mendengar jawapan Serenity. Dia mengusutkan rambut hitamnya, sekusut mindanya sekarang. Dia paling benci melihat orang menangis, lagi-lagi jika adik-beradiknya yang sedang bersedih. Dia mahu halang mata itu daripada menghasilkan air jernih lagi.

Serenity memandang Susan yang seakan tertekan dengan keadaan ini. Serenity mengeluh. Walaupun dirinya yang memujuk Clara untuk memberi peluang lagi kepada Ray, gadis itu tetap enggan kerana katanya Ray adalah milik Stella seorang. Jadi dia sudah belajar untuk membuang rasa hati kepada Ray. Sejak daripada Stella muncul di istana Lux juga, Clara selalu berjumpa dengan Serenity. Clara sekarang bercadang untuk berhijrah ke negara lain.

"What about Lux? Kau adalah pesaing kepada Ray. Takkan kau nak lepaskan takhta kau senang-senang macam tu?" terkejut Serenity apabila Clara menguarkan rasa hatinya.

Clara menggeleng dalam senyum. "Ray yang lebih layak. Aku just sepupu dia tak lebih."

Serenity mengeluh lagi. Sesungguhnya, Clara adalah seorang gadis yang sangat degil.

Stella, I hope you are tougher than your looks. We just love you so much that we doesn't want to see your tears again.

F}q

A Removed StarWhere stories live. Discover now