Pluere

703 40 0
                                    

Pada awalnya Ray tidak menyangka yang hari ini akan turunnya air daripada langit. Jadi kerana itu Ray bercadang mahu berjogging di pagi hari untuk membakar kalori-kalori dan lemak-lemaknya yang sudah lama terkumpul sejak mula berkahwin dengan Clara. Sejak itu dia sudah berasa sangat malas untuk melakukan perkara itu. Dan kini, Ray mengeluh lagi. Kesal yang tidak sudah kerana tersilap menjangka.

Di bilik Liberum, Ray menyisip cawan berisi kopi. Kenal lagi Jane pada dirinya, sentiasa menginginkan kopi panas sewaktu air hujan membasahi bumi. Sambil itu Ray membelek surat khabar pagi ini dengan begitu khusyuk. Ray masih lagi berpakaian seperti ingin bersukan. Dia malas mahu naik ke bilik dan menukar. Dia selesa sebegini.

"Puteri, janganlah keluar."

"Kan saya sudah cakap jangan panggil saya puteri. Bila awak tak panggil saya puteri, saya bebas untuk lakukan apa sahaja yang saya suka. Jangan bimbang tentang Tuanku Armond atau Putera Ray. Tahulah saya terangkan pada mereka nanti."

Suara-suara itu mengganggu konsterasi Ray untuk membaca artikel mengenai pencemaran air yang semakin berbahaya di negera Vilia. Lagi-lagi apabila suara yang sangat dikenalinya, menyebut namanya sekali. Ray melipat surat khabar dan diletakkan di ruangan makan Raja Armond. Ayahandanya pasti akan turun tidak lama lagi. Ray berjalan keluar daripada bilik istimewa itu.

"Tapi tuan puteri, kat luar sana itu hujan. Setiap sebulan dua kali, diwaktu hujan, pasti puteri akan bermandi hujan. Saya takut puteri demam je nanti. Habis Tuanku Armond dan Tuanku Ray marah pada saya kerana tidak menjaga puteri dengan baik," lemah Jane membela dirinya. Dia risau kesihatan Stella dan keselamatan kerjayanya.

Stella senyum. "Jangan bimbang. Saya tidak akan membangkitkan nama awak jika saya tertangkap nanti. Sebagai Puteri Raja Estrela, di atas nama Lux, saya menitahkan awak supaya menyambung pekerjaan awak tanpa mengendahkan saya sehingga saya sudah selesai bermandi hujan. Adakah awak mengerti?" Stella tidak suka menggunakan kuasanya sesuka hati tetapi dia tiada pilihan. Rasa ingin membasahkan diri dengan air hujan itu begitu kuat di dalam dirinya.

Jane tiada pilihan. "Menjunjung perintah, tuanku." Gadis itu berlalu pergi dengan rasa hati yang berat. Sempat dia menoleh ke belakang semula untuk melihat Stella. Stella menghalau dengan isyarat tangan. Jane mengeluh. Stella yang baik dan cantik namun pelik.

Stella senyum. Dia terus berlari ke arah pintu. Beberapa orang pengawal diraja istana yang menyapa, dihadiahkan senyuman sahaja. Mereka sudah naik lali dengan keadaan Stella sebegitu. Tandanya gadis itu mahu bermandi hujan yang mencurah turun ke bumi.

Ray memerhatikan daripada jauh. Mahu menghalang namun ditahan dulu hasratnya. Mahu melihat wajah Stella yang ceria apabila bertemu dengan air hujan. Ray mendongak ke langit. Mujurlah langit tidak meragam dengan menurunkan sekali petir. Mahu sahaja Stella hangus rentung kerana dipanah petir. Ray bersandar di pintu utama Lux. Terkejut pengawal diraja yang ada disitu dengan kehadiran Ray. "Tu- tuanku-!" mereka berasa takut. Takut mereka dimarahi kerana tidak menghalang Stella.

Ray senyum. Dia meletakkan jari telunjuk dibibirnya. Isyarat supaya mereka tidak mengganggu kesayangannya yang sedang menari-nari di bawah air hujan. Tiga pengawal diraja itu turut sama tersenyum dan kembali di posisi normal mereka. Sambil itu mereka memerhatikan perkarangan istana Lux. Memastikan persekitaran selamat daripada musuh ataupun haiwan buas.

Stella ketawa sepanjang air lembut hujan menitik di atas mukanya. Kemudian dia menari-nari kegembiraan. Kejap dia berlari, kejap dia berjalan, kejap dia menghalakan wajahnya ke langit. Sungguh dia suka dengan hujan. Kerana hujan adalah perkara pertama ibundanya memperkenalkan kepada Stella tentang dunia.

"Ingat my dearest Stella, there's no sad feelings in rain. There was only happiness. People always thought that rain was for sadness and frustrated. But your mother told you that rains gave you happiness. Remember that, Stella Estrela."

A Removed StarWhere stories live. Discover now