Ray's Mind

799 36 1
                                    

Ray's Point of View

Dia tertekan sehingga tidak sedarkan diri sebegini? Apa yang aku dah buat? Kenapa aku terus menyeksa dia? Kenapa dengan aku yang tetap mahu membuat Stella menderita? Tangan mengusap perlahan mukaku yang sudah berserabut dengan pelbagai masalah.

"Ray," Storm memegang bahuku. Mungkin bersimpati dan serba-salah dengan kehadiran Gerrard yang tiba-tiba muncul mahu merampas Stellaku. Stellaku? Aku tetap sayangkan Stella daripada dulu sampai sekarang tetapi, aku dah tidak nampak pandangan kasih Stella kepadaku.

"Storm, aku memang bodoh. Aku tak layak untuk adik kau," kataku perlahan kepadanya. Storm mengeluh perlahan namun tetap telinga aku dapat mendengarnya. Kami memerhatikan adik-beradik Stella yang sedang bersoal dengan doktor peribadi Estrela, Doktor Wendy.

"Doktor, Stella macam mana?".

"Is she save?".

"Please doctor, say something!".

"Wendy, Stella will be just fine, right?".

Tubuh Stella dibaringkan di atas sofa. Setelah Stella jatuh, aku segera meletakkannya di atas sofa. Nasib Doktor Wendy tinggal berhampiran dengan istana Lux.

Ayahanda memandang aku dengan pandangan yang sukar aku fahami. Aku mengerti. Akulah pembawa kesakitan kepada Stella. Lebih bagus kalau Stella bersama Gerrard. Gerrard lebiih lama mencintai Stella berbanding aku. Baiklah jika aku mengundurkan diri.

"Armond-" suara Ayahanda Ryuan! Aku menoleh ke arah pintu. Ayahanda Ryuan menghampiri Stella. Diusap perlahan dahi Stella yang dilihat berpeluh sebelum berlalu ke arah Ayahanda Armond yang sedang bercakap sesuatu dengan Doktor Sherry, doktor peribadi Lux. Ayahanda Armond sangat sayangkan Stella. Aku tahu. Semua sayangkan Stella.

Perlahan aku mengorak langkah keluar daripada istana. Mahu jauh daripada Stella, yang pasti. Maaf Stella. Aku banyak menyakiti kau. Langkah demi langkah. Aku mahu ke mana? Rumah? Luxlah rumah aku bukan di Jinia. Clara-

"Clara tahu yang Ray tidak cintakan Clara seperti mana Ray cintakan Stella, kan?".

Suara Clara menerpa gegendang telinga aku. Clara? Oh, itu yang Clara katakan dengan senyuman yang sangat cantik. Setelah berkahwin dengan Clara, aku cuba untuk cintakannya lebih daripada Stella. Namun tidak, Stella lebih banyak mempengaruhi hidupku. Maafkan Ray, Clara. Sungguh tabah Clara pada Ray.

"Tuanku Ray," Claire- sahabat baik Clara. Dia senyum. Dan- dia tidak berpakaian formal seperti lima tahun lepas. Mengapa?

Claire ketawa apabila dia sedar yang aku sedang perhatikan pakaiannya. "Oh, ini? Saya dah berhenti daripada Lux. Kerja saya hanya untuk Clara tetapi, dia dah tak ada sini, maka tiada guna saya di sini juga."

Pedih. Aku tahu Claire tak bermaksud nak memerli aku namun aku terasa sangat. "Maafkan saya, Claire. Saya ambil kawan baik awak tanpa izin."

Claire menggeleng. "Adalah impian dia untuk bersama tuanku."

"Uh- Claire."

Claire menggeleng. "Saya nak cakap sesuatu dengan tuanku."

Lantas kami mendekati meja batu yang ada. Duduk disitu sambil memerhatikan kuda-kuda Lux dilepaskan bebas di padang besar Lux. Aku menongkat dagu, bagai terimbau saat Stella masih baru di dalam Lux.

"Clara, she loves you the most."

Aku tahu, Claire. Tapi aku diam. Nak dengar cerita selanjutnya mengenai Clara.

"Everyday, Clara pasti akan bercerita tentang tuanku. Sentiasa sehinggakan gambar tuanku dan dirinya sendiri, didakap semasa tidur. Jika tuanku masuk ke dalam bilik Clara, pasti ada gambar tuanku di bawah bantalnya."

A Removed StarWhere stories live. Discover now