The Scars

818 45 0
                                    

Mayat Clara selamat ditanam di Perkuburan Kerabat Diraja Lux. Semedang dengan suasana, ramai yang berduka dengan pemergiannya. Daripada jauh Stella melihat Ray merenung kubur Clara lama. Dia hanya berdiam diri sahaja. Si anak kecil yang tidak mengerti apa-apa, diam tidak berkutik di dalam dakapan Stella. Ditepuk perlahan belakang badan bayi itu.

"Stella-" Serenity memegang bahunya buat Stella tersenyum kecil padahal hatinya sungguh bersedih dengan pemergian Clara dan juga nasib si kecil yang sudah kehilangan seorang ibu seusia muda sebegini. "Kak Serenity."

Serenity dan Sarry saling berpandangan. Mereka tiba agak lambat kerana Sarry baru sahaja menghabiskan kursusnya sebentar tadi. Mujur Serenity turut menemaninya di sana. "Maaf kami lambat."

Stella menggeleng perlahan. "Tidak mengapa." Senyum.

Susan dan Serena memampir mendekat. "Sarry, Serenity, macam mana dengan kursus?" soal Susan perlahan. Mengawal emosinya. Hatinya cepat tersentuh jika kematian menjadi persoalan.

"Baik sahaja, kakanda."

Stephen dan Andrew menyusul di belakang wanita-wanita mereka. Stephen tersenyum sambil mengangkat muka kepada Stella. Gadis itu kelihatan kusut dengan kelopak matanya yang lebam. Pipi Stella juga kelihatan sangat cengkung dan wajah itu tidak bermaya. Stephen tertanya. Mengapa dengan Stella?

"Stella, macam mana Clara-" Andrew tidak berani mahu meneruskan pertanyaannya. Dia memandang Stella yang setia menepuk Raymond sehingga bayi kecil itu selesa tertidur di bahu Stella.

Stella senyum juga. "Mari masuk ke istana. I'll tell you everything there. Wait. Abang!" Stella masih mengawal kotak suaranya. Storm menoleh kepadanya.

Pada masa yang sama, Ray turut menyaksikan perbuatan itu.

"Stella masuk ke dalam istana dulu."

Storm mengangguk mengerti. Dia masih berada di sisi Raja Armond bersama abangnya, Gary. Menunggu sehingga majlis pengebumian Clara tamat. Storm sempat menjeling tubuh adik angkatnya bersama enam tubuh yang lain hilang ke dalam istana. Wajah Serenity tetap direnung. Sayang Stella dan sayang Serenity, adalah antara anugerah yang sangat Storm hargai.

Stella mengajak mereka duduk santai di Liberum Room. Dijamu mereka dengan teh buatan Jane yang menjadi kegemaran Stella setiap hari. "Minumlah dulu," kata Stella sementara meletakkan Raymond di dalam buaiannya. Dienjut perlahan seiring dengan lagu dodoian untuk bayi kecil itu. Raymond beralih posisi tidurnya. Didakap patung kucing berwarna kelabu erat ke dadanya. Sekelabu matanya. Hadiah daripada sang ibu.

"Dik," panggil Susan. Dia nampak mata kesedihan Stella itu. Selagi mereka tidak mencungkil, selagi itu Stella akan kekal pendam dan diam. Itulah sifat Stella Estrela yang adik-beradik bintang yang lain tahu dan kenal. Stella, bukan seorang manusia yang suka menyusahkan orang lain.

Gadis itu kembali tenang dan melabuh duduk di atas kerusinya. Kerusi yang khas untuknya, atas arahan Raja Armond sendiri memandangkan Stella sudah dianggap sebagai anakandanya dan juga ahli keluarga Lux. Mereka semua bersedia untuk mendengar dan Stella terus membuka mulut untuk bercerita tentang segalanya.

Susan terangguk mendengar disamping Stephen yang bagaikan tidak percaya. Serenity pula sudah termenung jauh demi mendengar kisah menyedihkan pasangan ibu bapa Raymond ini. Sarry mengusap belakang badan Stella untuk menguatkan semangat adiknya apabila Sarry sendiri sudah melihat yang mata Stella sudah menakung air mata yang banyak. Serena terdiam kelu. Andrew hanya tersandar lemah.

"Dan sekarang Raymond di bawah jagaan Stella," akhir cerita Stella. Dia mengesat air matanya yang sudah turun sedikit. Dia senyum sahaja melihat reaksi adik-beradiknya.

A Removed StarWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu