Viride Project

789 40 0
                                    

"Put the paper works, there. Thank you, Stella," suara tegas Ray hanya buat Stella akur sahaja. Setelah seminggu berlalu, mereka berdua bekerjasama membangunkan Lux seperti yang ayahanda mereka hajati. Raja Armond hanya tersenyum kecil melihat gandingan kedua mereka. Sangat gembira yang mereka sudah melupakan hal-hal yang pernah berlaku dahulu. Let bygones, be bygones.

Stella kembali duduk di meja kerjanya. Estrela dan Lux mempunyai satu projek yang amat besar dan kali ini, setiap warga kerja diperlukan untuk membantu dalam pelbagai aspek. Cuma malangnya kepada Raja Armond, awal-awal lagi Ray sudah menolak ayahandanya ke bilik untuk beristirehat. Disokong oleh Stella dengan katanya ayahanda sudah penat bekerja dan sekarang tugas mereka pula memajukan Lux.

Sarry dan Serenity tidak kurang sibuknya di istana Estrela. Kerap kali surat utusan laporan projek besaran mereka berbalas tiap hari. Yang membalasnya, semestilah Stella kepada kakak-kakaknya. Raja Ryuan juga sudah meletakkan sepenuh kuasanya ke atas bahu Sarry dan Serenity. Walaupun Serenity seorang ahli perubatan, dia tidak lokek untuk menyumbang bakti kepada negara tercintanya, Estrela.

Stella tekun menaip papan kekunci itu. Tidak lepas matanya memandang papan skrin dihadapannya. Stella sempat menggaru pipinya yang terasa gatal. Penat juga berhadapan dengan gadjet tidak henti. Selama ini, Lux tidak pernah mengendalikan projek sebesar ini. Idea gila daripada Ray, mereka semua seperti tidak menang tangan dibuatnya.

Ray kusut. Tiba-tiba ideanya tersekat daripada menyumbang. Dia mengetuk dahinya beberapa kali. Kurang sudah bunyi papan kekunci di tekan berulang kali. Yang ada Cuma Stella yang masih khusyuk menaip. Dan kerana itu juga, Ray mengambil kesempatan untuk merenung wajah gadis yang pernah didambakannya dahulu. Dan mungkin, sekarang, hatinya berdegup untuk nama gadis itu.

Rambutnya yang cantik dan ikal mayang, keningnya yang terukir menawan, mata yang bundar menggoda sesiapa sahaja yang memandang, hidungnya yang tidak mancung namun kelihatan comel disitu, bibirnya yang merah semerah ceri di taman buah Lux, ahh! Sememangnya Stella mampu memikat sesiapa yang dekat dengannya. Mujurlah Gerrard tidak menggantikan tempatnya. Jadi Stella masih kosong tanpa sesiapa di dalam hidupnya.

Berhenti. Stella terasa seperti dirinya diperhatikan sesuatu atau... seseorang? Stella mengangkat muka dan mata mereka berdua bertembung bersatu. Terkejut Stella Ray sedang cuba mengawal riak mukanya setelah terkantoi dengan Stella bahawa lelaki itu merenungnya sedari tadi. Stella cuba menahan gelak. Takut Ray marah pula apabila diketawakan. "Dah siap?".

Ray berdeham bagi menghilangkan rasa kesat di kerongkongnya. "Belum. Tidak the head management doesn't reply to my resume. The Loquitur should send the result to us by now. Maybe we can ask Storm to resend the proposal."

Stella mengangguk faham. Dia meneliti setiap apa yang ditaipnya di atas skrin itu. Tajuk besar itu dibaca berulang kali. Bagai tidak percaya yang idea ini semuanya datang daripada Ray seorang. Itulah anak kepada raja tersohor! Raja Armond! "I think we should use 'The Green Day for All' than 'Make Earth, be Earth'."

Ray mendengus. Tema kepada projek mereka masih dipersoalkan Stella. Mana taknya, sudah bertekak hampir satu hari, Ray dapat menawan hati warga Lux dan Estrela untuk memilih tajuknya berbanding Stella punya. Gadis itu menarik muka masam setelah Raja Ryuan mengiyakan bahawa idea Ray merupakan idea yang sangat bernas.

Projek hijau ini diusulkan oleh Ray sendiri. Usaha menjadikan Lux dan Estrela sebagai negara yang cintakan alam sekitar. Pernah juga terfikir namun mungkin Ray adalah penyumbang terbesar untuk mengadakan program sebegini. Gandingan dua negara ini akan mengadakan satu karnival besaran untuk para rakyat jelata untuk melihat pelbagai pameran dan beraneka kedai jualan yang anti-plastik dan serba hijau. Lux dan Estrela akan mengadakan karnival ini secara serentak pada lokasi yang berbeza. Ray dan Stella di Lux manakala Sarry dan Serenity berada di Estrela.

"Should or shouldn't we make the end, funs?" tanya Ray kepada Stella. Ligat berputar otaknya memikir pelbagai rancangan untuk hari hijaunya ini.

Stella menarik pandangan daripada komputer. "Which is?".

Tersengih Ray jadinya. "Royalty Green Fashion Show."

Sounds great! Stella menjerit di dalam hati. Namun egonya tinggi untuk bersetuju sama dengan Ray. Sejak kebelakangan ini Stella cepat tercabar dengan lelaki itu. Dia terasa tewas dengan lelaki itu. "Pertunjukan fesyen? Kerabat diraja? Dah siapa pulak nak tanggung baju-baju hijau tu? Nak tayangkan pada siapa?".

Makin mekar sengihan Ray. Dia menarik kerusi selesanya yang beroda dekat dengan meja Stella. Dia menongkat dagu dan merenung wajah Stella yang berada di belakang skrin komputer. Namun wajah itu masih dapat dilihat dengan sempurna tanpa halangan komputer besar itu. "You and I."

Merah. Walaupun Ray tidak berniat apa-apa, ianya tetap mengusik hati kecil Stella yang cepat tersentuh. Dia berdeham kecil dan langsung menaip kerjanya kembali. Walau Ray tidak mengerti, biar dia sahaja yang tahu. "Jangan nak mengarutlah."

Comel! Wajah Stella yang merah itu menawan hatinya. Aduh! Cepat-cepat Ray sedar. Fokus dekat Lux, ayahanda dan Raymond, Ray! "Tak, maksud aku, Lux dan Estrela boleh buat satu fashion show for people. Bukan selalu buat public attention macam tu, kan?".

Arghhhh! Ray! Please stay far from me. NOW! "Sounds good. Teruskanlah. I just one of your helpers. You are the mastermind."

Stella- Stella. "Okay then. Aku suruh Libby dan Xin uruskan fasal pakaian. Kita tinggal pakai dan peragakan sahaja." Ray kembali ke arah mejanya. Terus menaip kembali di skrin komputernya. Dan Stella langsung menarik nafas lega. Akhirnya!

Projek HIjau! Here we go!

"Um- Stella."

Sekali lagi. Apa yang Ray nak ni? "Ya?".

Ray kelihatan sangat serba-salah. "Hey, aku nak minta maaf."

Berkerut. Stella jadi pelik dengan bicara Ray. "For?".

Ray menggaru belakang kepalanya. Segan tetapi dia tetap mahu meminta maaf kepada gadis itu. "Last week. You were collapsed. Because... of me."

Stella ketawa kecil. Lagak Ray macam sudah buat satu kesalahan yang sangat besar! "Bukan salah kau. Janganlah bimbang."

"Tapi-".

"Back to work, Mr. Ray."

Tapi aku lega yang aku sudah memohon kemaafan daripada kau, bisik hati kecil Ray. Dia kembali meneruskan kerjanya dengan hati yang sangat tenang. Dengan adanya Stella disisi, Ray kembali bersemangat dengan projek ini. Dia akan pastikan gandingan Lux dan Estrela akan meletup setiap tahun! Niat dihati, Ray mahu program ini diadakan setahun sekali. Biarlah rakyatnya gembira. Itulah tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin. Dan bakal pemimpin Lux satu hari nanti. Ray berdesis di dalam hati.

"Thank you, Stella."

A Removed StarWhere stories live. Discover now