The Beatitudinem

596 32 0
                                    

Raymond menarik lembut gaun berwarna putih Stella. Stella yang ketika itu sedang khusyuk menaip terpaksa mengalihkan pandangannya untuk si kecil Raymond. Walaupun ketika ini dia sedang sibuk, kehendak anakandanya ini perlu dilayan. "Ya anak bonda? Perlukan sesuatu daripada bonda?".

Raymond ketawa menunjukkan dua batang giginya yang baru tumbuh. Kali ini sahaja, Stella sudah banyak kali terpesona dengan kecomelan bayi ini. Raymond hampir menginjak ke usia tiga tahun, maka makhluk comel ini sudah pandai menggunakan kedua kakinya dan tidak berhenti mengacau warga Lux.

Raymond memasukkan ibu jari ke dalam mulut. Stella senyum ringkas. Dia tahu simbol kepada itu. Stella berdiri dan mula mengendong Raymond. Dibawa lelaki muda ini ke dapur diraja Lux. "Are you hungry, my handsome boy?".

Anak Clara ini menepuk kedua tangannya seraya ketawa comel. Seperti gembira apabila Stella tahu apa yang diingininya. Stella sempat mengucup lembut pipi kiri Raymond sebelum sampai ke dapur diraja Lux. Kesibukan warga dapur diraja membuatkan mereka tidak perasan bakal permaisuri Lux sudah datang memampir.

"Oh tuanku Stella!".

Sam. Ray sentiasa bercerita tentangnya. Dahulu waktu Stella tiba di sini, Sam masih lagi kanak-kanak kecil yang bermain-main di sini sehingga waktu bekerja tamat. Katanya, Sam bosan dan teringin menjadi ketua cef di sini suatu hari nanti. Dan akhirnya, kanak-kanak lelaki itu sudah membesar menjadi seorang remaja lelaki yang sangat kacak dan bakal menerajui semua tukang masak diraja.

"Sam, how are you?" soal Stella lembut. Sebenarnya, dirinya terasa lapar juga. Setelah Ray keluar daripada penjara, Stella harus membuat laporan kepada Loquitur mengenai kisah mereka. Stella mengeluh. Terlalu banyak kerja sehingga tiada masa untuk diri sendiri. Stella yang sudah terbiasa, melabuh duduk di ruang beristirehat bagi tukang memasak diraja Lux.

Sam kaget. Walau Stella dan Ray sendiri gemar turun ke dapur diraja, Sam masih rasa malu dengan mereka. Mereka tidak jijik untuk turun ke dapur malah mereka sanggup duduk dan makan bersama orang bawahan sepertinya.

Stella perasan yang Sam mengelamun malah soalannya tadi dibiarkan sepi. Manakala Raymond di pautan lehernya sudah gelisah kelaparan.

"Sam? Awak okay?".

Tersentak. Dia tersengih sebentar. "Saya akan siapkan makanan untuk tuanku dan tuanku Raymond."

Stella menggeleng. Sam masih kalut dengan dirinya. Stella mengagah si kecil itu supaya menunjukkan dua batang giginya yang putih dan kuat. Awal-awal lagi Stella sudah pesan kepada semua orang, jangan beri Raymond gula-gula sehingga bayi lelaki ini berumur tujuh tahun. Stella mahu memelihara gigi Raymond supaya cantik dan bersih. Itulah petua Permaisuri Lily kepadanya. Bonda-

"My favourite daughter," Raja Armond melabuh duduk di sebelah. Terkebil Stella jadinya. Sejak bila pula raja Lux ini singgah di sini? "Ayahanda, bukan ayahanda ada appointment dengan sis Serenity?".

Raja Armond sempat senyum kepada beberapa orang tukang memasak yang tidak percaya Raja Armond berada disini. Memandangkan Raja Armond sedang sakit, Raja Armond dilarangkan untuk berkeliaran di sekitar istana. Jadi ramai warga kakitangan Lux yang rindukan raja mereka yang santai dan tidak bongkak. "Kakak kamu kena temankan ayahanda kamu pergi ke Loquitur. Selesaikan apa yang sepatutnya."

Stella tunduk. Memahami maksud Raja Armond yang sebenarnya. Sam tiba dengan bubur khas untuk Raymond dan secawan teh herba yang lazat. "Tu- tuanku-!".

Raja Armond mengangguk kepadanya. "Sam, macam mana dengan awak sekarang? Seronok?".

Sam terpegun. "Sa- saya merasakan saat di Lux adalah saat yang paling bermakna bagi saya!".

A Removed StarWhere stories live. Discover now