The Ignis ; Kebakaran

354 19 0
                                    

Dada Stella bagai nak pecah apabila mendengar tembakan sekuat itu. Mahu sahaja dia menekup kedua telinganya namun tangannya masih berikat. Stella tidak dapat melakukan apa-apa selain daripada menangis.

"Arghhhh!" Ray menjerit dengan kuat. Peluru bersaiz 9mm tepat menusuk ke peha kirinya. Claudia memang gila! Hanya kerana takhta, Claudia sanggup membunuh sebegini.

"HAHAHA!!! Puas hati aku puas!" Claudia ketawa bagai orang gila. Demi melihat darah pekat yang keluar daripada peha Ray yang ditembaknya sebentar tadi, Claudia rasa bangga! Akhirnya darah kerabat diraja Lux jatuh ke tanah jua!

"Ray!!! Bertahan Ray!" Stella tidak tahu dimana kekuatan yang dia dapat sedangkan dia sudah menggigil habis. Basah belakang gaunnya apabila gemuruh sebegini. Lencun dengan air peluh ketakutan.

Claudia berdecit. "Kau pun nak kena tembak juga ke?" diacukan muncung pistol ke arah Stella. Sakit hatinya apabila orang seperti Ray, disayangi oleh orang.

Stella cuba mengesot ke belakang. Terkejut apabila senjata yang baru sahaja digunakan untuk menyakiti Ray kini ditalakan kepada dirinya pula. Air mata Stella tidak habis daripada meluncur keluar.

"Claudia, ini- ini antara a- aku dan kau. Let Stella away from this mess. Kau nak bunuh aku, just kill me!!! Jangan nak libatkan Stella! Dia tak ada kaitan dengan kita!" lemah jiwa Ray apabila melihat Stella sebegitu. Maafkan saya, sayang. Saya bawa awak ke dalam masalah seperti ini. Sayu matanya melihat Stella yang menggigil ketakutan.

"Tak ada kaitan? Bodoh! Kalau aku tak bunuh dia, Uncle Armond akan pilih dia juga sebagai pewaris Lux yang seterusnya! Aku tak sebodoh tu nak lepaskan peluang ni, Ray. Sebab tu aku akan membunuh kau dan kemudian dia," Claudia mengesat pistol dengan sehelai kain putih.

Konco-konco Claudia sudah tersengih senang. Selepas Claudia menjadi pemerintah Lux, mereka semua akan mendapat ganjaran setiap mereka! Tiga jongkong emas setiap seorang! Itu janji Claudia kepada mereka.

"Please Claudia, I'm begging you. Jangan libatkan Stella," Ray masih merayu. Biarlah dirinya yang terkorban bukan orang yang disayanginya.

Claudia senyum senang. "Make me."

Dengan kudrat yang ada, Ray menggerakkan tubuhnya untuk sujud pada Claudia. Stella menggeleng kepadanya supaya tidak melakukannya. Ray senyum supaya hati Stella senang. Dia tidak akan takut! Selagi Stella masih bernyawa, dia harus lindungi Stella! Ray menundukkan kepala. "Please Princess Claudia, don't involve Stella into this. I am very sorry for what happen back then. Just please, don't hurt her."

Akhir sahaja kata-kata Ray, Claudia ketawa besar dan menendang Ray ke belakang.

"Ray!!!" makin menggila tangisan Stella dibuatnya.

"Hiburan yang menarik Ray! Aku suka! Aku suka!" Claudia melepaskan beberapa tembakan ke kaki Ray. Bagaikan orang gila dia melepaskan tembakan beserta ketawa yang nyaring. Konco-konconya juga terhibur dan melepaskan beberapa peluru ke awangan. Kemenangan milik mereka!

Ray menggigit bibirnya menahan sakit. Sehingga bibirnya pecah dan berdarah. Dia tidak mahu menjerit kerana jeritannya akan membuatkan Stella bertambah sedih. Jadi Ray harus melaluinya dengan kuat.

"Ray-".

Ray membuka mata. Clara sedang memangku kepalanya. Dan sebuah senyuman terukir di wajah ayu Clara. Air mata Ray menitis secara tiba-tiba. "Clara-".

Clara menggeleng supaya Ray tidak banyak bicara. Dia mendongak dan melihat kakaknya yang sudah tidak menembak lagi kerana kehabisan peluru. Pandangannya tertacap pula pada Stella yang tidak habis-habis menjerit nama Ray.

A Removed StarOnde histórias criam vida. Descubra agora