Tears of Happiness

739 38 0
                                    

Handsomenya! Memerah wajah Stella memerhatikan langkah Ray yang makin mendekat. Dengan pakaian yang bakal diperagakan nanti, dimana sepadan dengan gaun hijau muda yang tersarung di tubuh Stella, Ray kelihatan sangat kacak! Stella menggeleng kepalanya laju. Fokus Stella!

Ray tersenyum kecil melihat wajah gadis yang paling dicintainya. Cantik sahaja Stella dilihatnya. Ray mendekat kepadanya. Terbau haruman vanila manis milik Stella. Membuai dirinya seketika.

"My princess," Ray melutut dan menggapai tangan Stella. Dikucup lembut belakang tapak tangan Stella. Lelaki itu berlagak seperti tiada siapa disisi mereka namun berpasang mata sedang memerhatikan mereka.

Storm berdeham. Membuatkan Stella secara spontan menarik tangannya. Wajahnya kini sudah merah sepenuh. Hasil perbuatan Ray yang menawan hatinya tadi. Dia tidak pernah merasa perasaan atau dilayan sebegitu. Stella berpura-pura membetulkan gaun hijaunya.

Ray berdecit geram. "Storm!".

"Kepala batu."

"Pengacau daun."

"Acah gentleman."

"Mulut longkang."

Gary menepuk dahinya. Sudah lama dia tidak merasa menjadi pendamai antara Storm dan Ray akibat Ray melarikan diri daripada Lux dulu. Kini dia menjadi lega kerana Ray sudah kembali kepada mereka. "Sudah tu Storm. Tuanku Ray, please stand by for the next perfomance."

Ray dan Storm masing-masing tercungap penat berlawan kata. Mereka menunjukkan riak tidak puas hati apabila Gary mengganggu acara pergaduhan mereka. Ray mendengus dan menjeling Storm. Storm pula hanya memeluk tubuh. Dia berlalu ke bilik persalinan untuk menukar pakaiannya. Sesi individual bagi Stella dan Ray sudah lama tamat maka mereka berdua perlu bersiap untuk sesi kedua – pakaian berpasangan antara Ray dan Stella. Storm melihat jam. Ada lagi sepuluh minit sebelum masanya untuk berjalan catwalk di atas pentas.

Ray terus mendekat pada Stella yang memeriksa telefon bimbitnya. Mungkin bertanya pihak Estrela bagaimana Royalty Green Fashion Show di Estrela. "Stella-".

Stella tidak sempat berpusing, dia merasakan tangan yang besar dan gagah memeluk pinggangnya. Terus Stella menjadi malu kembali. Kenapa dengan Ray? Dia langsung berubah laku selepas daripada luahan tengah hari tadi. "R- Ray-".

Ray meletakkan hidungnya di kepala Stella. Mahu menghirup haruman wangi daripada tubuh wanita kesayangannya itu. "Kenapa? Takut?".

Stella menelan liur berkali-kali. Jujur, dia tidak pernah dilayan seromantik begini. Dia gugup dan juga malu. Krew Lux ada yang sedang memerhatikan mereka berdua. Memandangkan Gary juga sudah beredar pergi, tinggal mereka berdua sahaja di situ. Padahal krew Lux sibuk berlari ke sana-sini untuk memastikan acara ini berjaya dengan jayanya.

Stella menggeleng. "Malu."

Ray ketawa kecil. Tangannya sibuk mahu memeluk pinggang Stella. Buat kedudukan mereka menjadi lebih rapat dan dekat. Ray mahu dekat dengan Stella. Dia benar-benar rindukan Stella. "No need. I'm fully yours, remember?".

Stella merungkai genggaman jari-jemari Ray di pinggangnya. Berjaya dia melepaskan diri daripada cengkaman Ray. Lelaki itu sedang tersengih nakal memandang ke arah Stella. "Tahulah tapi janganlah buat dekat sini. Apa orang gosip nanti tentang kita."

"Biarlah mereka tahu," Ray menguap. Dia mula bosan.

Stella bercekak pinggang. "Cukup senang. Nanti siapa yang susah? Ayahanda juga!".

Ray mengusap telinganya. Banyak mulut juga Stella ni. Kenalah Ray belajar mentulikan telinga demi hidup bersama dengan Stella nanti. Ray dapat idea.

A Removed StarWhere stories live. Discover now