No Longer A Secret

948 59 1
                                    


"Stella," seruan itu menghentikan tangannya daripada asyik memberi makanan kepada Leo. Mujur Jane bermurah hati memberikan sedikit daging yang bakal dimasak untuk santapan tengah hari. Leo yang kekenyangan melompat naik ke peha Stella, tempat kegemarannya semenjak bertemu dengan gadis itu.

Stella terkebil melihat si pemanggil. "Storm-".

Storm mendekat kepada Stella yang sedang duduk di atas kerusi diraja kepunyaan Clara itu. Sememangnya kelakar apabila mengingati setiap kerabat diraja Lux mesti ada kerusi sendiri. Dan pertama kali mendengarnya, Ray ketawa tidak henti selama beberapa hari. Mengingatkan itu, Storm jadi malu sendiri kerana lelaki yang berperangai keanak-anakan itu adalah bakal peneraju Lux satu hari nanti. "Hey, full already?" Storm melutut dihadapan Stella supaya wajahnya setaraf dengan Leo yang sedang menguap kekenyangan. Lincah jari jemarinya membelai bulu cantik Leo.

"Storm, shouldn't you accompany Ray right now?" Stella yang sedia maklum dengan jadual padat Ray, bertanya. Ray cukup bertuah mempunyai sahabat rapat seperti Storm dan Gary. Walaupun Gary tua tiga tahun berbanding mereka berdua, Stella tahu Gary sangat sayang pada Ray yang sudah dianggap adik sendiri.

Storm tidak peduli dengan omongan Stella. Dia jadi leka dengan kecantikan yang terdapat pada Leo. Diangkat Leo daripada pangkuan Stella dan dibawa ke pehanya sendiri. Storm bersila di atas lantai sambil ketawa apabila Leo seakan mahu menelan jari jemarinya.

Stella berkerut. "Hey-!".

Mata Storm memandang Stella. "Is there something wrong, Princess Stella?".

Gulp-! Stella mati akal. Storm tahu mengenainya? Ba- bagaimana?! Stella berdiri kerana ketakutan. "How did you manage to know that? At my calculation, people in Lux should never know me! Or Estrela!" Stella panik. Namun masih dalam mengawal suaranya daripada bising didengari oleh Ray, Gary, Clara atau sesiapa di dalam istana Lux.

"Sebab Lux dan Estrela jauh beribu batu? Sebab Estrela adalah di barat dan Lux di timur?" Storm kembali menggomol Leo. Mata biru Storm menjeling Stella yang sudah menggigil panik. "Kenapa tuanku? Kenapa cuak sangat ni?" Storm senyum. Namun bukan untuk memerli. Dia senyum kerana Stella sangat cantik di matanya. Kerajaan Estrela. Bintang-bintang Estrela sangat cantik. Serenity-

Stella memandang kiri dan kanan. Takut perbualan mereka didengari sesiapa.

"Nobody's here. Mereka semua ada kerja. Pengawal Lux tidak akan berganjak daripada posisi mereka melainkan ada perkara yang cemas yang berlaku. Bilik yang kita berada kini, satu-satunya bilik yang bebas tanpa protokol diraja. This room called Liberum Room. Kerabat diraja Lux bebas untuk bersuara secara normal dan tidak berperilaku formal. Kepala batu tu yang mengarahkan pekerja buruh Lux untuk menyediakan satu bilik di dalam istana."

Stella tekun mendengar.

Storm menyambung apabila Stella bertindak sebagai pendengar. "Tukang masak diraja semua sibuk memasak untuk makan tengah hari memandangkan tuanku Armond dalam perjalanan pulang ke sini. Maka, mereka tidak dibenarkan berehat melainkan juadah santapan sudah tersedia semua. Itu, arahan daripada Puteri Clara." Keluh. "Kepala batu tu bantah. Nampakkan bahawa putera raja Lux sendiri rapat dengan orang yang tidak setaraf dengannya?".

Senyuman Storm membuatkan Stella kembali tenang. "Salah seorangnya, kau."

Angguk. "Kepala batu tu anak tunggal. Masa umur aku lima tahun, papa aku salah seorang tentera diraja Lux. Maka, dia meninggalkan aku dan abang aku, Gary untuk dilatih dan dilantik menemani Ray sehingga kami mati."

"Mana papa kau sekarang?" soal Stella. Sedikit hairan dengan cerita Storm. Mengapa seorang ayah meninggalkan anak mereka di istana?

Riak wajah Storm berubah muram. "Dia mati dalam pertempuran."

A Removed StarWhere stories live. Discover now