The Five Stars

899 43 0
                                    


"Memandangkan semua sudah tiba, beta sebagai puteri bongsu Estrela akan menerangkan agenda yang bakal dia lakukan tiga bulan daripada sekarang," lantang suara Stella memenuhi ruang Bilik Mesyuarat Istana Estrela. Sudah seminggu Stella pulang ke Estrela, kepulangannya merubah segalanya.

Raja Ryuan yang sentiasa ingin bersamanya, Susan yang ambil berat tentangnya. Sarry yang mengajarkan hal-hal politik kepadanya. Serenity yang menunjukkan koleksi buku-buku barunya kepada Stella. Dan Serena yang mengajarnya tentang pemakaian seorang puteri. Seminggu ini jadual Stella padat dengan pembelajaran dan pengajaran daripada ahli keluarganya. Tak lupa juga kepada Gerrard yang menjauhkan diri daripada Stella.

Raja Ryuan meneliti kertas kerja yang diberikan oleh Clive kepada setiap ahli di dalam bilik ini termasuklah empat anaknya yang lain. Kertas kerja itu telah disediakan oleh Stella.

"Seperti mana yang kalian semua mengetahui, Estrela kini menghadapi masalah dalam sistem ekonomi negara. Jadi saya, selaku puteri bongsu Estrela menyusulkan beberapa cadangan bagi menstabilkan ekonomi kita."

Susan tersenyum bangga. Adik kecilnya sudah dewasa dan hubungan antara mereka sudah sedia pulih. Dan Stella kembali menjadi si kecil Stella yang periang dan peramah. Susan kelegaan jadinya.

"Akhirnya, kita telah mencapai masa yang ditetapkan. Untuk itu, mesyuarat pada hari ini telah berakhir. Minta maaf jika ada tersalah kata," Stella berlaku formal dengan menundukkan separuh badannya ke udara. Tepukan gemuruh kuat kedengaran diseisi ruangan.

Seorang demi seorang mengucapkan tahniah kepada Stella. Stella mengangguk gembira kerana mesyuarat yang dikendalikannya sendiri berjaya dengan jayanya. Empat kakak-kakaknya mendekati Stella.

"Great work, sis," Serena mengenyitkan mata kepadanya.

"You did good," Serenity tersenyum kepadanya.

Sarry mengusap kepala Stella. "Tak sia-sia usaha kau selama seminggu ini dik. Akak bangga sangat," Stella tersenyum dan ketawa.

"Sis," tubuh Susan memeluk Stella kuat. "You're grown up now!".

Stella menjerit kecil. "Nae Susan! I can't breath!".

Ketawa.

"Sekarang, anakanda sekalian pulang berehat ke bilik. Malam ini ada jamuan kecil di Mensis," ujar Raja Ryuan kepada anakanda-anakandanya.

Demi mendengar nama kerajaan itu, Stella terus hilang mood. Dia menggeleng perlahan. "Maafkan anakanda, ayahanda. Bukan niat anakanda untuk berkasar atau biadap dengan ayahanda namun, Stella merasakan bahawa Stella masih tiada kekuatan untuk ke sana."

Susan, Sarry, Serenity, Serena dan Raja Ryuan sendiri terdiam. Mereka terlupa yang Stella melarikan diri atau, dihalau keluar daripada Estrela kerana fitnah daripada Stephen.

Raja Ryuan jadi serba-salah. Dia hampir terlupa. "Jikalau begitu-" kata-kata Raja Ryuan terhenti apabila Susan memegang bahu ayahandanya. "Janganlah bimbang, ayahanda. Kami ada untuk menjaga Stella."

Serena menarik kepala Stella yang lebih rendah daripadanya ke dalam pelukan. "My dear little sister, no need to worry okay? Kakandamu sentiasa ada disisimu nanti."

Serenity dan Sarry saling berpandangan dan mengangguk.

Raja Ryuan menarik nafas lega. "Anakanda Stella, ayahanda meminta maaf-".

Stella memegang kedua belah pipi Raja Ryuan. "Sudah berjuta kali ayahanda melafazkan kata maaf. Ayahanda tak perlulah bimbang. Dengan adanya kakanda yang lain, pasti Stella kuat berada di sana."

A Removed StarWhere stories live. Discover now