Gerrard

801 43 0
                                    

Stella berjalan sendirian di pekan Lux. Tidak lupa juga, dia kini di dalam pakaian seragam orang gaji istana Lux. Penyamarannya langsung tidak dikenali oleh sesiapa. Sudah cukup menyusahkan orang di Lux, kini Stella harus pergi lagi. Memandangkan kedatangannya membawa punca Raja Armond dan orang di istana Lux hampir sahaja mati.

Surat yang diterimanya itu memberinya amaran untuk segera beredar daripada Lux. Jika dia tidak pergi meninggalkan Lux dalam masa tujuh puluh dua jam, pasti pemberi surat itu akan mencuba untuk membunuh lagi. Stella mengeluh. Tidak disangka bahawa kehadirannya dibenci di dalam Lux.

Tersandar letih Stella jadinya. Penat berjalan selama tiga jam tanpa henti. Pekan Lux semakin ramai dengan manusia yang sedang menyiapkan Lux's Beatus Day. Festival kegembiraan untuk orang di dalam Lux. Stella senyum pahit. Harapan untuk menyambut kerayaian ini dengan orang di Lux, terkubur begitu sahaja.

"Sana! Sana!".

Stella bersembunyi di sebalik dinding. Pengawal diraja Lux! Stella masuk lagi dalam. Pasti Raja Armond yang menyuruh mereka untuk mencarinya. Stella mula panik. Bagaimana dia mahu lepas daripada sini? Dia perlu keluar daripada Lux secepat yang mungkin!

"Kenapa ramai sangat pengawal diraja yang berlari kat sini?" Stella terdengar suara perempuan tua bertanya. Jelas nampak kebingungan di wajahnya. Stella meneguk liur. Takut jika tertangkap. Jika tertangkap pasti mereka akan mengheretnya pulang ke Lux. Dan itu, pasti Raja Armond akan murka dengannya. Storm, Gary dan R- Ray.

Stella muram sendiri. Ray, kau memang-

"Putera Ray!!!! Arghhhhh!!!!".

Stella bagaikan tidak percaya dengan matanya sendiri. Ray sedang menunggang Jimmy di dalam pekan Lux. Ray juga turut sama dalam misi mencarinya! Dilihat juga Storm dengan Thor yang bercakap sesuatu dengan Gary yang juga menunggang kuda berwarna perang.

"Tuanku Armond!".

Mereka semua turun juga. Stella terharu. Dengan itu, laju air matanya jatuh. Orang-orang di Lux semua sayang akannya. Namun, perasaan sebegini tidak mampu menghalang niatnya untuk pergi jauh daripada Lux. Jika dia kembali, nyawa orang yang sayang akannya akan terkorban. Kejap-

Ray sayang akannya? Stella merenung wajah Ray. Tampak kerisauan yang ada di wajah lelaki kacak itu. Stella bagai terdengar suara Ray memetir mengenai dia tidak tahu satu apa pun mengenai Lux kepadanya. Stella berundur lagi. Tidak! Dia tekad tidak akan kembali di Lux. Maafkan Stella, ayahanda Armond. Storm. Gary. Clara. Jane. Ray-

"Puteri-".

Stella tersentak. Suara itu! Stella berpaling. Matanya terbuka luas melihat figura yang sangat dikenalinya. Stella jatuh ke dinding di belakangnya. Nampaknya, Stella sudah tertangkap. Dia tiada kudrat untuk berlari lagi.

"Masa untuk pulang tuan puteri," ujarnya lagi. Buat Stella mengeluh lemah. Dia tidak mampu untuk lari lagi.

"Kejap-" Stella memandang mereka buat kali terakhir. Leo yang lena disisinya sedari tadi diangkat sayang. Patutkah aku tinggalkan Leo di Lux? Atau membawanya pulang bersama?

"Meow!" Leo memandang Stella. Bila kucing itu bangun juga Stella tidak tahu. Mungkin semasa Stella angkat tadi, Leo sudah terjaga. "Baiklah, aku akan bawa kau pulang sekali. Kita akan tinggalkan mereka."

Gerrard hampir menangis apabila bertemu dengan pujaannya semula. Memang benar dia yang menyiasat tentang Stella berada di Lux. Kerap kali dia merayau di pekan Lux untuk mencari Stella. Cabaran paling besar apabila Stella sebenarnya berada di dalam istana Lux. Gerrard tidak tahu bagaimana mahu mencerobohi Lux. Dan apabila mengetahui bahawa malam ini adalah kerayaian kepada rakyat Lux, Gerrard bertindak untuk menunggu kerabat diraja Lux untuk keluar daripada istana. Tidak disangka pula bertemu dengan Stella dengan keadaan sebegini. "A- aku rindu kau."

A Removed StarWhere stories live. Discover now