Protector of The Star

897 44 0
                                    


"Tuanku! There's something outside the Big Gate. What we should do?" pengawal pintu diraja Lux menerpa masuk ke dalam bilik Raja Armond. Ketika itu raja mereka tidak keseorangan. Wajah gadis itu memerah dan membasah. Membuktikan Stella sedang menangis. Pengawal pintu diraja Lux menjadi serba-salah secara tiba-tiba. "Er, I think-".

Raja Armond menggeleng tidak mengapa. Memandangkan Stella membenarkan pengawal pintu itu dengan isyarat mata yang dihantarnya sekilas tadi, Raja Armond menyuruh lelaki itu masuk. Dia tidak mahu Stella terganggu. Tetapi, bukan senang pengawal pintu diraja Lux itu mencerobohi biliknya tanpa alasan yang munasabah. "Apa dia?".

Pengawal diraja itu masih serba-salah kerana mengganggu. Ray tidak ketemuinya. Gary juga dikatakan sedang melatih tentera diraja di dewan kelatihan Lux, maka dia tidak mahu mengganggu ketua pengawal diraja Lux itu. Storm juga tidak dikenal pasti dimana. Clara lagilah sudah untuk dijumpai memandangkan Claire memberitahunya bahawa Clara tidak mahu diganggu. Akhirnya, dia terpaksa menghadap raja Lux itu sendiri. Dia tiada pilihan lain. "Ada sebuah kereta mahu masuk ke dalam. Namun kami masih menahan mereka di Big Gate. Apabila kami menghalang pemandunya, mereka tetap berkeras mahu masuk. Kami tidak boleh melepaskan mereka masuk ke dalam istana Lux. Mereka tiada temu janji bersama tuanku atau tuanku Ray."

Raja Armond berdiri dan melihat melalui cermin biliknya. Mujur biliknya berhadapan dengan pintu utama istananya. "Siapa mereka? Mengapa ke sini?" jelas pengawal pintu diraja Lux yang lain sedang bertekak dengan manusia yang berada di tempat pemandu. Limousin? Kejap-

Stella turut sama berdiri. Terkejut!

"Katanya daripada Estrela, tuanku. Mereka mencari puteri mereka. Mereka katakan bahawa puteri mereka berada di sini," jawab pengawal dirajanya terus. Dia sudah panik. Takut Raja Armond murka pula apabila kereta itu mengganggu tengah hari yang cerahnya.

Stella memegang lengan Raja Armond. Dia menggeleng dengan wajah yang basah. "Please uncle. Don't tell them that I'm here. Please! I'm begging you!" tangisannya kembali semula. Stella bukan tidak mahu kembali, namun dia tidak tahu mana mahu menyembunyikan wajahnya apabila bersemuka dengan Raja Ryuan sendiri. Dia merasakan bahawa dia adalah anakanda yang tidak berguna kerana telah memalukan ayahandanya juga Estrela yang disayangi.

Raja Armond berwajah sayu. Dia meletakkan tangan di atas kepala gadis malang itu. "Let them in. Ask them to wait at Liberum Room. I'll be there." Katanya kepada pengawal itu. Setelah menerima kata putus, pengawal itu berlalu segera ke Big Gate.

Stella menunduk. Adakah Raja Armond akan berlaku jujur kepada sesiapa yang datang menaiki limousin Estrela itu? Stella jadi takut.

"Hide in your room, Stella. I'm gonna protect you. So, don't cry, my dear," senyum Raja Armond. Mungkin membantu Stella menghentikan juraian jernih itu. Sungguh dia sayang kepada Stella. Cerita yang Stella memberitahunya membuatkan Raja Armond bengang dengan pemimpin Estrela dan putera raja Mensis. Rasa bagai mahu membunuh mereka kerana telah membuatkan gadis kesayangannya menangis begitu teruk. Namun Stella menghalangnya daripada hilang kawalan diri.

Stella memeluk tubuh lelaki tua itu. "I can't thank you enough!".

"Then call me father. You'll become my daughter in-law one day," Raja Armond mengenyit mata. Dia pasti pertunangan Ray dan Stella akan bertukar kepada perkahwinan yang suci. Dia mahukan gadis itu menjadi sebahagian daripada keluarganya.

Terkebil Stella dengan pipinya yang mula memerah. "O- okay father. But please, don't tell anyone that I'm a princess of Estrela. Ray, Gary and your people, daddy."

A Removed StarWhere stories live. Discover now