The Different Stella

660 40 0
                                    


Gary berjalan dengan lagak yang tenang padahal dalam kepalanya bagai nak pecah memikirkan masalah yang baru muncul kini. Dia masih lagi berjalan tanpa arah tuju dengan membawa surat khabar pagi ini ke ruangan makan Lux. Gary jadi takut pula mahu memberitahu perkara yang sebenar kepada Raja Armond. Kesihatan lelaki itu semakin membaik namun dia takut khabar ini akan mengganggu perkembangan baiknya.

Sedar tak sedar, kaki Gary sendiri yang membawa dirinya ke ruangan makan Lux. Nampaklah Raja Armond, Ray dan Stella yang sedang enak menjamu selera pagi di situ bersama-sama. Gary makin tambah bersalah apabila melihat Raja Armond dan Stella ketawa akan lawak yang dibuat oleh Ray.

Ray- Stella- mampukah pasangan yang mulai bahagia itu menerima kenyataan bahawa satu dunia sedang mengecam mereka berdua sekarang ini? Bukan mereka berdua, lebih kepada Ray sebenarnya. Tetapi ia juga melibatkan Stella sedikit demi sedikit. Gary menggigit bibirnya. Menyalahkan otaknya yang tidak dapat dijana dengan sempurna untuk mencari jalan penyelesaiannya.

"Abang," Storm muncul dan memaut bahu Gary. Hairan melihat abang kandungnya yang seakan takut untuk masuk ke ruangan itu. Sempat juga Storm menjengah ruangan makan itu. Manalah tahu abangnya ini terlihat hantu ke? "Kenapa tak masuk lagi?".

Gary diam. Dia tidak mampu berkata-kata pagi ini. Storm yang tidak menerima apa-apa respon daripada Gary terus mencapai surat khabar yang dibawa Gary dan terus berlalu ke meja makan. Dan Gary tidak sempat untuk menghalang adiknya. "Storm-".

Storm mengambil tempat disebelah Stella dan berhadapan dengan Raja Armond. Dia duduk dan menyisip cawan yang berisi teh panas yang baru sahaja dituang oleh Stella kepadanya. Diucapkan terima kasih kepada gadis itu kerana menuangkannya teh. Dia menyilangkan kaki dan menyelak helaian demi helaian surat akhbar itu.

Gary pasrah. Pasti Storm akan mengetahuinya. Lalu Gary bergerak ke kerusi kosong bersebelahan dengan Raja Armond. Dia berpura-pura menyapu jem coklat ke atas rotinya. Debaran di jantung semakin kuat apabila Storm berhenti menyelak dan terpaku kepada salah satu helaian akhbar itu. Adakah Storm sudah menjumpainya?

"Gary-". Storm memanggilnya. Gary mendongak.

Lelaki itu memberikan isyarat mata kepada Gary. Malangnya Gary tidak memahami.

Ray yang sedar perbuatan dua beradik itu bersuara. "Hey, quit it. Apa sebenarnya yang korang buat ni?".

Stella dan Raja Armond saling berpandangan. Mereka langsung tidak sedar yang Storm dan Gary ada membuat sesuatu yang tidak disenangi Ray. Mereka khusyuk menikmati sarapan pagi yang sangat enak sehingga leka dengan sekeliling.

"Ray- actually-".

Terangkat kening Ray sebelah. Pelik dengan Storm yang tiba-tiba menjadi gagap pula. "What's wrong?".

Gary menggeleng kepada Storm. Biar dia yang berbicara dengan warga diraja Lux sebagai ketua pengawal diraja Lux. Dia yang bertanggungjawab ke atas keselamatan Ray, Raja Armond dan Stella. Mereka bertiga adalah peneraju Lux yang seterusnya. Gary harus melindungi mereka! "Those people wrote something about us on the paper. Something very very bad." Gary mengisyaratkan adiknya memberikan surat khabar itu.

Ray menyambut dengan rasa yang berdebar. Something bad, huh? Ray meneliti akhbar itu dengan penuh rasa di dalam dada. Stella yang berada di sebelah kanan Ray, sempat menjengah dan membaca sama dengan Ray. Jelas wajahnya yang seakan terkejut dengan tajuk artikel itu.

'Putera Ray Penyebab Puteri Clara Mati.'

Terus Stella berdiri dan menghempas gelas di tangannya. Entah apa yang merasuk dirinya, Stella hilang kawalan diri. Dia tahu angkara siapa semua ini. Jelas artikel itu menceritakan segalanya. Bermula daripada Stella hadir. Pertunangan mereka berdua sehingga Ray dan Clara bertindak menetap di Jinia untuk beberapa tahun. Namun, ada cerita yang tidak menyenangkan di hatinya. Ray bukanlah penyebab Clara mati!

A Removed StarWhere stories live. Discover now