14 | Curang

12K 1.2K 222
                                    

VOTE & COMMENT ☹️♥️
THANK YOU♥️

MATA hijau zamrud itu tidak lepas dari melihat ke arah aku sejak tadi. Gugup tetapi tidak melebihi perasaan kekok dalam diri aku. Gelas diletakkan ke atas meja kecil di sebelah katil. Sesuai sahaja mandi, aku terus berikan minuman segar kepada Dryan. Uh bukan aku buatkan tetapi jus oren dari kotak aje. Masalah sekarang ni, dia tak berhenti tengok aku pelik.

"Kenapa kau nampak baik sekarang ni?" Lah, aku nak buat benda baik depan dia pun tak boleh kan mamat Itali ni, haish. "Kau nak apa, Reen?" Tapak tangannya Dryan menekup pada balutan perutnya yang baru ditukar tadi. Entah apa yang dia buat sampai luka macam tu, sejujurnya aku tak suka.

"Nak minta izin kau... Keluar rumah... Mana boleh keluar sesuka hati kan? Walaupun kita tak serius. Aku jujur ni, nak melawat Ariq di hospital." Dryan... Diam. Dia tenung lama lagi mata aku. Jari panjang itu tiba-tiba mengusap pipi sebelum menyelit rambut aku di tepi telinga. Aku kaget dibuatnya! Kaku terus badan.

"Isteri huh," balas si dia sebelum... Smirk. The heck Dryan ni... "Dryan, jangan main-main lah. Kalau kau tak kasi, aku tak keluar. Betullll." Tangan diangkat sumpah, aku tak mahu mood dia melayang lagi. Sudahlah cepat marah lepas tu tengah sakit pula.

Senyuman dia mati.

"Kalau aku tak kasi, kau sedih tak?" Aku terdiam. Aku nak jumpa Ariq... Dia selalu sibuk, kalau bukan sebab sakit... Bila lagi aku boleh jumpa dia? Di sekolah pun dia dah macam kurang berjumpa. Masing-masing sudah makin sibuk. Sedar tak sedar, aku sudah tertunduk.

"Baik, aku izinkan tapi aku yang hantar. Pergi siap. Pakai tak cantik, bagi buruk." Tercegang aku sebentar. Otak tengah loading saat Dryan bangun dari katil. Balkoni dituju, dia terus duduk di atas besi penghalang itu.

"Untuk kau, aku buat. Walaupun akan sakitkan hati aku." Aku mendengar dia bernada rendah. "Aku tak nak beritahu kau benda yang sebenar... Kalau benda tu buat kau sedih." Apa maksud Dryan? Benda sedih? Eh kejap, dia caring lah. Nak cair kejap. "Cepatlah siap. Kang aku tak kasi, kau pula yang meroyan nak tengok sampah kesayangan kau tu." Cebik. Macam tak ikhlas tapi tak apalah... Asalkan benarkan aku pergi.


ENAM kali aku cuba hubungi tapi aku nampak dia biarkan macam tu aje aku punya panggilan. Mata dah bertakung air empangan. Dah kenapa aku mengintip sampai belakang batu, ingat main PUBG ke, haish.

Jangan tanya, aku tak tahu apa-apa pun tapi kadang-kadang mengintai Dryan main atas katil tadi. Kenapa aku sempat fikir mamat Itali sengal tu pula, haish.

Ariq, aku nampak dia membiarkan panggilan aku. Sakit hati jadi aku hanya diam di sini. Sampailah ada susuk tubuh seorang perempuan tiba-tiba datang duduk di atas bangku yang sama. Bertudung dan berpakaian sopan, aku diam. Kenapa aku nampak macam pernah kenal gadis tu?

Mereka... Berbual mesra? Ariq curang dengan aku ke? Aku dah cuba berfikiran positif tetapi sakit hati ni dah tak tertahan. Tempat awam jadi aku melangkah sayu ketika empangan sudah pecah perlahan. Cinta buat kau bodoh, bukan? Yea, aku sedar diri aku ni siapa. Makin dekat, makin aku sedar... Manusia itu Raisha. Uhm, kasut tinggi terus ditanggalkan. Aku pegang sebelah, jangan tanya untuk apa...

"Ar-"
BUKKK!

Dryan tiba-tiba muncul dari belakang sana, tangannya laju maju ke arah pipi lebam Ariq. Sampai terjatuh Ariq.

"Dryan!" Serentak nama dia dipanggil aku dan Raisha. "Kau ni memang tak berguna!" Baju Ariq dicengkam sampai terangkat susuk tubuh berbaju pesakit hospital itu. Dryan... Aku segera berlari ke arah mereka.

"Reen?" Muka Ariq yang berlebam ungu merah kelihatan terkejut tatkala tersedar kehadiran aku di taman hospital ini. Aku hiraukan dia, fokus pada Dryan yang sudah bagai naga api.

Dryan Wyatt✔️Where stories live. Discover now