2 | Dryan Wyatt

16.5K 1.3K 322
                                    



K E E S O K A N N Y A

NURYN DELISHA's POV

AKU mengerakkan kaki di atas buaian agar boleh bergerak ke hadapan dan belakang. Agak sukar sebenarnya dengan kain sekolah lagi. Jam tangan dilihat sekilas, pukul 7 pagi. Lambatlah pula Ariq ni. Takkan kitorang nak ponteng sekolah lagi hari ni?

"Betul ke taknak papa hantar?" Suara mama menegur aku yang sibuk memandang ke arah luar persiaran. Kepala digeleng lembut ke arah mama.

"Reen tunggu Ariq." Aku menjawab lembut sebelum senyuman manis dioleskan di bibir. Aku sedar wajah mama kelihatan risau setiap kali aku sebut nama orang yang aku sayang.

Ariq. Aku dengan Ariq sejak tingkatan tiga lagi tapi keluarga aku masih kurang menerima. Mungkin kerana umur aku. Entahlah. Mataku beralih ke arah kereta yang dibawa Ariq di luar pagar sana. Cepat cepat aku terus bangun dari buaian.

"Jaga diri baik baik. Fokus belajar tu. Tahun ni dah nak ambil SPM." Aku mengangguk perlahan selepas bersalam dengan mama. "Sayang mama." Pipi mama dikucupku dengan mesra sebelum berpelukan ringkas. "Mama sayang Reen juga." Langkah disusun dengan bersemangat ke arah luar pagar.

"NANTI waktu rehat saya datang kelas awak eh." Aku mengangguk ke arah Ariq sebelum kitorang berpisah. Boleh buat drama awal pagi pula tepi kelas. Aduhai. Aku dan Ariq bukan sekelas, dia dari kelas kemanusian yang bermaksud kelas sastera. Aku pula sains jadi kitorang tidak sekelas.

"Saya tunggu awak datang." Ariq mengangguk pula sebelum berjalan menuju ke arah kelasnya di bangunan lain. Sanggup hantar aku sampai ke depan pintu setiap hari. Itu pun kalau Ariq tak sibuk. Saat aku berpusing badan ke hadapan untuk berjalan masuk, badanku terlanggar kuat dengan sesuatu objek bergerak.

Agak kuat sampai aku sedikit terdorong ke belakang. Rengusan kasar kedengaran dari seseorang.

"Mata kau dekat mana?!" Sergah si dia buat aku terkedu sejenak. Aku baru pusing je.. Belum jalan lagi. Dia yang menuju ke arah pintu kelas ni tapi tak tengok orang dekat depan!

"Sini." Aku menunjuk ke arah sepasang mata hitam yang aku ada. Dahi sedikit berkerut apabila melihat wajah di hadapan aku. Lelaki ini.. Dia bukan orang sini ke? Rambut light brown... Mata warna emerald hijau! Mama! Ada katak! Eh bukan, ni menarik lain macam. Tersedar jantung aku berdegup laju apabila melihat manusia ini.

"Aku ingatkan dekat lutut. Main langgar orang suka hati." Mata hijau emerald itu menjeling ke arah aku sebelum pemiliknya berjalan masuk ke dalam kelas. Siapa langgar siapa?! Paling teruk, dia jeling?!

Eh eh eh mamat ni! Kurang asam tak cukup gula terlebih cuka betul! Kurang ajar tak bertempat. Aku berdecit tidak puas hati. Kaki melangkah masuk dari arah yang sama namun semakin perlahan kerana teringat sesuatu.

Asal aku rasa macam pernah nampak mat saleh sesat ni eh? Tapi dekat mana? Nak cakap waktu aku pergi bercuti pun, aku rasa macam baru lagi je aku jumpa dia.

Mata aku tidak berkedip apabila melihat meja dan kerusi aku jadi tempat dia! Selamba anak cucu badaknya dia letak kaki atas meja! Murid murid perempuan mula mendekati dan melihat wajah si dia dengan lebih dekat. Aku tak nafikan rupa paras yang dia ada menarik perhatian.

"Woihhh!!!" Dengan tak sengaja suara jantan terkeluar lantang dek terkejut. Terus semua orang memandang ke arah aku. Aduh, malu! Argh, teruskan jelah! Langkah laju ke arah meja aku disusun dengan tidak teratur.

Dryan Wyatt✔️Where stories live. Discover now