24 | Or... Death

8.1K 1K 169
                                    

"Tolong ceraikan aku."

Prang!

Aku meneguk liur. Mata aku terpandang ke atas kaca yang jatuh teraburan. Setitis demi setitis darah mengalir pada tangan ke lengan dia. Badan aku bungkam, tidak berkutik ke mana.

"Berani kau sebut perkataan tu depan aku, Reen?" Ya Allah, dia dah hilang akal ke apa? Makin aku rasa seram dengan seorang Dryan Wyatt. Seseorang Dryan sebenarnya yang dia mahukan di hadapan aku.

"Dryan... Tangan kau berdarah... Banyak."

Tik.
Tik.
Tik.

Darah mengalir makin buat aku gerun. Tiba-tiba dia mengatur langkah ke atas katil. Aku yang baru nak bangun, terus terkedu bila bingkai cermin tadi dia hempas ke lantai.

Ya Allah...
Air mata aku sudah bertakung. Aku takut...

"Kau duduk situ, Tengku Nuryn Delisha." Dia makin maju, badan aku makin keras.

Dryan...

"Berdarah?" Dagu aku ditarik dengan tangannya. Basah dengan cecair pekat berwarna merah. Dia nak mati ke? Makin lama dibiar, boleh kehilangan banyak darah. Akan tetapi, cengkaman halus ini makin buat aku kaku.

"Kenapa? Kau fikir sakit, Reen? Hati aku lagi sakit bila semua orang nak tinggalkan aku. Semua orang tak kisah tentang aku. Kalau aku mati pun, tak ada orang peduli. Semua orang sibuk dengan hidup masing-masing," luah Dryan dengan sesuatu nada. Nada yang aku tak dapat kesan dengan jelas kerana reaksi dia begitu dingin dan ketat.

Nada itu... Jauh beza.
Sunyi dan sepi.

"Sekarang kau pun nak abaikan aku? Kau pun nak jauh dari aku? Kau pernah rasa bila semua orang yang kau sayang, tak pedulikan kau? Benda tu lagi sakit dari yang kau tengah tengok sekarang ni." Adakah... Dryan maksudkan... Ibu bapanya? Aku... Makin terdiam.

"Sebab tu bila aku dengan kau, aku cuba bagi semua perhatian sepenuhnya. Sebab aku tahu, Reen. Aku tahu sakit yang aku benci. Grandparents, mummy dan daddy. Semua orang yang aku jumpa harapkan yang terbaik dari aku. Tekanan demi tekanan aku hadap sejak aku kecil lagi."

"Bila aku nak rasa bebas macam orang lain, aku tahu semua tu mimpi. Aku lahir dari keluarga macam ni, Reen. Kau rasa aku ada pilihan sebagai anak tunggal?" Dagu aku ditolak oleh dia lagi, badan Dryan semakin rapat. Nafas aku hampir hilang bagai sesak di dada saat ada pisau kecil rapat pada pipi. Sebelah tangan dia mengacu pisau tanpa teragak-agak.

"Sayang."

Perlahan suara di memanggil, ibu jari dia menekan pada bibir aku. Bergerak ke kanan dan kiri, basah dengan darah.

"Dryan..." Suara aku seperti tidak keluar.

"I don't mind losing everyone but..."

Renungan sepasang mata hijau emerald ini begitu tajam, menusuk pada pandangan mata aku.

"You. I can't lose you. Oh God, not you, princess."

Garisan nipis dari senyuman maut dia, setitis air mata aku mula mengalir.

"You know too much, sayang. So it's either lover or... death."

Mata pisau seolah menekan pada pipi aku yang mengalirkan mutiara jernih. Apa yang aku patut buat? Aku takut dengan Dryan yang seperti ini...

"Pilih."

Dryan Wyatt✔️Where stories live. Discover now