20 | Darah

10.8K 1K 127
                                    

SORRY PENDEK + HAMBAR ')

Kunci? Cecair merah dan bau seperti darah ini buat aku tidak tenang. Dryan ada lukakan diri ke? Tapi darah sebanyak ini sampai mengalir ke luar...

"Dryan?" Aku cuba memanggil malah menunggu untuk beberapa minit, diam. Kerana kedengaran seperti tiada orang pula? "Mrs Wyatt? Bahan sudah tersedia." Suara Mike memanggil aku lagi. Argh, aku tertanya tapi... Aku pasrah. Kaki mula melangkah ke arah lelaki tinggi berkot hitam tadi.

"Mike, kenapa ada darah bawah pintu tu? Tak mungkin Dryan terluka sampai macam tu kan?" Agak mengambil masa juga ya untuk Mike hadam satu per satu perkataan dari mulut aku. Haish, kenapalah aku tak guna English je? Tapi aku suka betul dengat mereka berbahasa dengan aku. Nada dan suara itu agak seksi hm. Ditambah dengan para pangawal Wyatt memang bergaya dan kemas. Fuh, handsome weih. Dia dah mula dah miang, haih.

"Hm kucing mati agaknya..." Nada Mike kedengaran tidak selesa. Misteri betul orang dalam rumah ni. Aku malas nak kisah. Mungkin fikiran aku agaknya, entahlah. Tak logik pula kalau ada orang mati dalam rumah. Darah begitu? Aku tersenyum sendiri. Kalau apa-apa jadi, mesti polis dah ada. Tak mungkinlah.




.





END REEN'S POV

CEBIKAN Bella mengalihkan perhatian satu-satunya anak Tuan Wyatt yang sejak dari tadi tidak berhenti tersenyum. Jarang untuk melihat bibir itu terukir, akan tetapi sejak berjumpa kembali dengan Tengku Nuryn Delisha semula.

"Patutlah kau pilih dia. Cantik rupanya." Sepasang mata hijau emerald itu hanya memandang dengan reaksi malas layan. Sifat asli Dryan Wyatt. "Sepatutnya kita dijodohkan berdua. I tak percaya you pilih perempuan lain. Patutlah, cantik dari atas sampai bawah. You fikir benda macam tu boleh berkekalan ke?" Dia terus menyerang Tuan Muda Wyatt lagi. Memang benar, kalau ikutkan perancangan antara dua pihak keluarga sememangnya ingin mengahwini anak mereka bersama apabila sudah besar nanti.

Hal ini kerana keluarga Bella ada masuk campur dalam hal cubaan penculikan Dryan dan Reen dahulu. Mereka yang menjumpai lokasi tepat itu dan menghulurkan bantuan terlebih dahulu. Sejak dari itu, keluarga Wyatt menjalani hubungan kerjasama dengan keluarga Bella dan menolong mereka naik dalam industri perniagaan.

"Aku terhutang budi dengan keluarga kau tapi tak ada lah sampai setuju dengan cadangan. Apatah lagi, aku terikat pun sebab aku sayang Reen dari dulu lagi. Kalau keluarga kau tak jumpa, Reen mungkin dah tak ada sekarang." Dia masih menunggu dengan sabar. Kata Reen, gadis itu sedang buatkan kek untuk dirinya. Mahu dimasuk campur, Reen sudah melarang dia masuk ke dalam dapur. Sepinggan spaghetti Carbonara yang dimasak oleh Bella hanya dibiarkan di atas meja.

"Aku cuma kesiankan Reen. Dia tak tahu apa-apa tentang Wyatt kan? Di sebalik keberadaan dan pangkat kehormatan masih terselit sisi dunia gelap." Dia bereaksk seolah-olah tidak mendengar lagi.

"Sebelum I terserempak dengan you yang penuh dengan darah sewaktu keluar bilik tu tadi, I nampak Reen depan tu. You patut bersyukur waktu you buka tu nampak I, bukannya Reen. Tunjukkan sekitar Itali? You balik pun sebab ada urusan di sini lagi kan," ujar Bella lagi sebelum tersenyum sinis. Tidak, dia tidak ada kaitan untuk campur dalam dunia gelap Wyatt cumanya dia kenal dan menerima.

"Kenapa? Kau pun nak kena bunuh juga?"

Serentak dengan kata-kata dia, Tengku Nuryn Delisha masuk ke dalam ruang makan dengan membawa dua potong kek. "Kau diam, Bella." Suara Dryan Wyatt memberi arahan dingin.

"Hm? Kenapa?"

-

AKU memandang ke arah mereka berdua dengan hairan. Suasana di dalam ruang makan ini seperti dalam kutub selatan. Dryan hanya mengeleng perlahan apabila aku duduk di sebelah dia. Nak dikatakan bagi betis, nak paha jugalah bila aku tarik kerusi agar jadi sangat rapat dengan kerusinya.

Dryan Wyatt✔️Where stories live. Discover now