19 | A day with him Part II

11.5K 942 219
                                    

PENAT. Tidak perlu keluar kawasan di sebalik tembok yang tinggi dan besar ini. Cukup berlari-lari di sekeliling taman pun sudah melelahkan diri aku. Taman di sini pun sudah cukup besar dan luas. Masalah kedua, dia terlalu aktif. Entah sudah tiga kali rasanya, aku biarkan Dryan pusing dahulu.

Tidak cukup dengan larian, dia mengheret aku ke Gym yang terdapat di sebelah taman ini. Luas, besar dan cantik. Terdapat banyak peralatan di sini tetapi aku tidak rasa mahu gunakan walaupun satu pun. Kenapa? Kaki dan tangan aku sudah rasa nak tercabut.

"Kau tak nak cuba yang ini ke? Best, Reen! Sumpah, best." Aku merenung si dia yang sedang bergayut di situ bagai monyet. Sudahlah rambut berwarna coklat keperangan.

"Penat." Sepatah sahaja perkataan yang mulut aku rajin keluarkan. Dryan Wyatt merenung aku dari atas sehingga bawah. Seram. "Badan kau punyalah cantik tapi kau malas nak bersenam?" Dia tengah merepek ke? Atau mabuk sebab pusing banyak kali tadi?

"Aku... Bersenam ikut mood. Sekarang tak rasa nak bersenam pun." Tahu kenapa? Mata aku. Hati aku. Jantung aku. Segalanya, bergetar tentang makhluk ciptaan Tuhan. Cara dia menghela nafas keletihan pun buat jantung aku bertambah laju mengepam darah apatah lagi bila tengok dia berlari. Kalau boleh, kaki aku tak nak bergerak sedikit pun. Aku mahu melihat di tepi padang ataupun duduk di atas rumput segar tadi.

Cara dia angkat baju t shirt berwarna putih sebab nak mengelap wajah di pertengahan jalan tadi, buat aku hampir duduk. Saya harap saya tak jatuh namun melihat beberapa roti di situ buat hati saya tersungkur tanpa diminta.

"Begitu. Eh, Reen. Kau dah lapar? Ke kita nak mandi dulu?" Apa? Apa mandi? Apa kita? Dryan tidak menunggu aku untuk menjawab, dia malah melepaskan alat senaman itu dan berjalan keluar dari sini. Aku pula hanya mengikut dari belakang memandangkan aku takut sesat. Memang benar, a day with him! Jadi setiap pagi, Dryan akan bersenam? Patutlah roti, eh patutlah dia nampak sihat. Kau kena ingat benda ni, Reen. Kau kan nak kenal dia. Fuh, semangat.

Dryan berjalan melepasi suatu laluan yang menuju ke arah... Kolam? Kolam renang yang begitu besar dan terdapat beberapa bahagian lain. Terdapat juga hiasan beberapa pondok, barisan pokok dan barisan kerusi rehat. Besarnya... Perkataan besar dan luas memang tak akan hilang dari fikiran aku sebaik sahaja melihat beberapa kawasan di sini. Gila. Kata Dryan, hanya mereka sekeluarga yang tinggal di sini secara rasmi selain pembantu dan pekerja yang lain.Maksud aku, tiga orang? Itu pun mummy dan daddy tidak begitu selalu pulang ke sini. Orang yang sangat berada seperti mereka memang suka membazir duit kah?

Ralit termenung jauh, aku tidak sempat melarikan tangan dari ditarik laju oleh Dryan yang dari tadi lagi tersenyum jahat di sebelah. Badan seolah terbang seketika. Sedar dari dunia realiti, aku sudah terkapai-kapai di atas laut kolam ini. Sudah semestinya jeritan aku bergema tanpa aku sedar.

"Dryan! Kau nak bunuh aku ke?" Dia malah ketawa dengan sepuas hati. Sepasang mata aku hanya merenung, comelnya... Dia ketawa... Jarang betul nak tengok dia terhibur dari tunjuk muka ketat 24 jam. Andai kata dengan membuli aku boleh buat dia begini... Aku, Tengku Nuryn Delisha sanggup.

"Sorry, Reen! Aku suka betul tengok kau terkejut." Dia mula berenang ke arah aku. Mengeluh, suka tengok aku terkejut? Haih, monyet ni. Nasib aku dan dia buat keputusan untuk memakai baju t shirt berwarna putih biasa. Tak ada lah terasa berat kalau sudah basah begini.

"Kenapa kau pergi hujung pula tu? Sinilah, tengah lagi. Aku tahu kau reti berenang, Reen." Jantung aku sudah makin parah di sini. Terketar-ketat tangan aku cuba pegang pemegang besi dari tangga di sini. Aku malu, sudahlah setiap kawasan di sini dijaga oleh beberapa orang lelaki berkot dan cermin mata hitam.

Dryan Wyatt✔️Where stories live. Discover now