17 | Itali

10.8K 1.1K 60
                                    

Sorry pendek :(

MAJLIS berjalan dengan lancar pada petang ini. Pertama kali, aku melihat Dryan Wyatt yang terkejut dan kehilangan kata-katanya tatkala melihat hiasan yang aku buat tempahan dan ada juga yang hias sendiri. Untunglah dia sibuk keluar rumah pagi tadi. Entah ke mana, aku tak pasti memandangkan Dryan memang suka menghilang. Kalau tak ke sekolah, dia memang akan hilang bak kata mummy.

"Ke mana hilangnya Dryan, Reen?" Mama sudah bersuara memandangkan dah lewat petang sesudah majlis selesai. Sebenarnya tak ramai yang dijemput sebab aku faham perangai Dryan tak suka keramaian dan suka menyendiri. Dia asyik mendiamkan diri dari tadi. Aku ada salah buat ke? Makin risau pula hati aku.

"Reen pun tak pasti. Tadi rasa macam keluar tapi kereta dia ada pula dalam garaj. Semua kerja dekat sini dah selesai kan, mummy? Reen nak naik atas." Pipi aku sudah berbahang panas. Berdebar ke? Tapi lebih kepada tak sabar. Kenapa? Dryan cakap nak bawa aku ke Itali.

Dengar macam gurauan sebab tiba-tiba sangat dia beritahu pagi tadi tapi dia nampak tak main-main. Katanya naik jet peribadi Wyatt jadi tiada masalah dengan tiket penerbangan. Manakan aku tak gementar kalau sebelum ini ibu bapa aku tak pernah membenarkan aku melancong jauh dan tiba-tiba bila Dryan ada di sebelah aku dibenarkan pula? Pelik tapi ada lah sedikit rasa tak menyesal kahwin muda dengan dia!

"Seronok sangatlah tu dia. Ingat, Reen sayang. Jaga adab dan tingkah laku di tempat orang. Jangan berenggang sedikit pun dengan Dryan. Kalau mama tahu Reen degil, tak boleh dah nak keluar jauh. Dalam negeri pun belum tentu Reen boleh keluar kalau tak dengar cakap." Bibir aku sudah memuncung itik, mama dah pandai ugut sekarang. Inilah jadinya kalau aku anak tunggal perempuan dalam rumah ini, aduhai. Pipi aku yang cukup inesen sedang ditarik oleh mama.

"Baik, mama. Reen dengar cakap. Mama janganlah risau. Reen dah besar." Senyumanku terukir mesra, tak sabar betul. Sekolah? Aduh, pura-pura tak nampak buat sementara ini. Aku dah janji dengan mama dan papa yang peperiksaan awal tahun nanti tak ada merosot. Jadi aku buat cuti sendiri berhad untuk seminggu. Pipi mama dikucup lembut sebelum sepasang kaki aku menyusun langkah ke arah tangga.

Perjalanan aku ke bilik memang riang gembira tapi benda itu berakhir setelah aku menutup pintu bilik. Dryan... Duduk di pemegang balkoni bilik aku? Woih, aku tak rela nak jadi janda muda! Tingkat tiga bilik aku ni, nyah!

"Dryan? Bahayalah. Turun." Sekilas mata hijau zamrud itu bertembung ke arah aku. Bulu mata dia, sedikit lebat. Warna hijau itu juga menarik perhatian aku. Bibir nipis dia, tak gelap manakala tak selalu cerah merah pudar. Hidung dia sedikit tinggi, jawline dan berkulit cerah, bersih dan licin. Indah betul ciptaan Tuhan, dalam diam aku memuji. Namun wajah Dryan hanya kosong, dingin betul mamat beku.

Ke sebab salah aku yang buat majlis kecil? Haish, takkan dia nak marah pula? "Kau dah siap kemas?" Sepasang kening perang itu terangkat ke arah aku. Alahai, kenapa dia ni menarik perhatian aku sebagai seorang perempuan yang begitu inesen? Aku tak bersalah tapi cair banyak kali dengan hanya cara pandangan dan suara dia.

"Belum... Nak tunggu Maghrib... Mandi, baru kemas..." Gugup. Mana kan tak gugup kalau dia tak berbaju! Haish, Dryan Wyatt. Belakang di bahu dia... Aku nampak ukiran tulisan itu. Life goes on, huh? Itu apa yang Dryan katakan maksudnya. "Baguslah. Nanti tak ada kau nak gelabah buaya sangat." Dia terus turun dari pemegang balkoni itu dengan tiba-tiba. Aku mengurut dada perlahan, Dryan... Makin rapat.

"Aku mandi dulu lah, Reen." Eh eh, aku cakap nak mandi dulu! Dia ni dah kenapa? Tadi dah elok dalam bilik awal lagi tak nak mandi. "Ha berkerut. Tak puas hati ke, pendek?" Baru aku nak menafikan kata-kata dia sampailah mamat kacukan Italian ini berdiri rapat di hadapan aku. Dia memang tinggi! "Ke kau degil juga nak mandi? Kita kongsi, nak?" Terkebil tak kesudah mata aku sebelum tangan spontan menutup tubuh. Dryan ni dah kenapa?

"Gurau. Tunggulah aku mandi, Bella." Dahi aku terus dijentik dengan jari jemari panjang dan runcing milik dia. Cebik. Bella, bella, bella dan bella. Sampai tak ke sudah sampai aku bella. Nama aku Reen lah. Apa dia teringat ex dia ni aku ke? Sakit betul hati kita ni.

Lebih baik aku tengok apa yang patut dibawa dari menunggu dia mandi macam tak ada tujuan kemahiran hidup.






HELLO, ITALI! Setelah hampir 13 jam ke sini, akhirnya aku dan mereka yang lain tiba dengan selamat. Apa yang begitu tidak kena, aku tiba di waktu malam. Otak aku yang sedang tepu dan masih pening kerana perjalanan lama tadi tidak begitu ingat pada jam berapa mula bertolak tadi.

"Jalan cepat, Reen. Lambat aku tinggal." Dengan selamba, cukup selamba badak dia berjalan melepasi aku. Dia, lelaki berkemeja putih dan seluar jeans hitam yang fit. Dryan juga mengenakan cermin mata hitam yang berbentuk bulat, hujung jari panjangnya mula menolak naik ke arah semula setelah menunduk ke arah aku.

Mengada habisan nak bersiap mamat yang seorang ni, aku cukup dengna berhoodie hitam yang dicuri dari Dryan dan yea jeans hitam yang fit juga. Dryan tak marah pun aku ambil jadi aku pura-pura tak bersalah. Bukan tak mahu pakai hoodie sendiri tapi Dryan punya lebih menarik. Dengan saiz sedikit besar kerana dia lelaki dan bau cologne pun masih menemani hoodie ini. Kenapa tiba-tiba aku rasa tengah couple dengan dia? Aduhai, tapi tak salah lah kan memandangkan kitorang dah jadi versi halal.

"Sejuk ke?" Dia sempat menyoal apabila ternampak keadaan tubuh badan aku. Geleng, niat nak cepat sampai ke rumah. Aku dah penat, dah mula rindu katil. Aduhai...

Dryan berhenti di suatu kawasan yang mempunyai tiga buah kereta mewah. Aku sempat memerhati ke arah abang bodyguards di belakang yang sedang mengawal dan ada juga yang memegang beg pakaian. Nampak garang tapi agak rawr di situ.

"Mata tu jaga. Aku depan kau ni, Reen." Sempat lagi dia menegur sebelum menarik aku masuk ke dalam kereta yang berada di tengah. Tarik ya, anak-anak. Tarik tanpa amaran pula. Aku dah cukup sangat bersabar dengan anak Tuan Wyatt. Kalau bukan suami, dah lama aku letak racun dalam makanan dia. Nasib hensem.

Sejuk. Sekarang musim salji ke? Ke aku yang tak dapat biasakan diri lagi? Aku memerhati tangan sendiri. Menggigil. Tiba-tiba tangan aku ditarik dari tepi, dia... Genggam erat tangan aku. Hangat, pegangan ini menghilangkan rasa dingin tadi. "Tangan kau nampak berat jadi aku angkatkan." Alasan Dryan... Sudahlah dia panggil ke arah luar tingkap sana.

Aku nak menarik balik pun terlalu selesa. Jantung aku malah berdegup laju. Aku jatuh cinta dengan dia ke? Berdebar bukan gurauan ini. "Reen, kau mengantuk lagi kan? Sini, tidur. Nanti dah sampai, aku kejut." Dryan malah merendahkan bahu dan lengannya untuk aku. Lelaki ini...

"Cepatlah." Bahuku ditarik dia seolah-olah memaksa bersandar juga. Dia tetap Dryan Wyatt. Kasar tetapi ambil tahu dalam diam.

"Aku suka kau, Reen." Kata-kata dirinya sebelum ini bermain dalam fikiran aku. Ayat itu buatkan aku makin rapat pada lengannya. Dryan... Salahkah kalau aku buka hati untuk kau? Seorang bad boy, huh? Aku gementar, apa yang aku fikirkan ini?

Bukakan hati untuk seorang bad boy untuk dia? Dia nakal malah gangster. Bad boy... Tapi hakikatnya, aku salah seorang perempuan yang memerlukan seseorang... Maksud aku... Siapa yang tak mahu bad boy yang dingin dan nakal dengan orang lain tapi baik dengan aku?

Mata aku mula mengantuk semula. Benar-benar selesa dengan tangan kanan aku erat digenggam. Hangat.

"Reen," panggil Dryan? Entah aku terlalu mengantuk untuk buka semula mata dengan luar. Aku terasa tepi dahiku melekat dengan objek lembut dengan lama. Dia kiss dahi aku ke?

"Aku takkan lepaskan kau lagi. Tak, takkan tinggalkan kau lagi."

- TO BE CONTINUED -

Huwaa sorry pendek. Dah nak masuk jam 6 pagi tapi degil nak update jugak walaupun pendek🥺 Thank you korang yang vote dan komen chapters lepassss❤❤

Chapter 18 | A day with him

akan diupdate secepat yang boleh nanti. Stay tuned🥺❤

Dryan Wyatt✔️Where stories live. Discover now