29 | Sugar

9.7K 960 282
                                    

AKU memerhati sekujur tubuh yang terdapat luka dan lebam pada lengan, wajah dan kaki. Hampir aku tak kenal seorang Ariq Farhan tadi.

Aku benci dia, sangat. Tergamak dia buat benda terkutuk itu semata-mata nak cabar Dryan dan dapatkan aku semula. Tangan mengosok lengan sendiri, kiri dan kanan. Aku rasa seram sejuk apabila teringat peristiwa hitam itu. Trauma.

Kenapa Dryan masih nak simpan dia? Aku masih ingat lagi sewaktu di sekolah Ariq dipaksa pergi dan masih dikawal dari jauh. Semua orang pandang serong dan ada yang ketawakan dia. Aku? Kasihan? Hati aku terlalu sakit dengan apa yang dia buat. Maruah aku dipijak dengan begitu.

Untung Dryan Wyatt faham dan percaya aku. Sudah cukup beruntung aku dengan kehadiran dia, ya Allah.

"Kau nak buat apa dengan dia lepas ni, Dryan?" Melihat manusia itu yang sudah tidak sedarkan diri selepas dipukul dan diseksa Dryan lagi membuatkan aku tertanya. Aku tak selesa setiap kali dekat dengan Ariq. Badan aku jadi menggigil.

"Aku... Tak akan bunuh dia tapi aku dah muak dia menumpang di sini. Dah tiga minggu pun, bosanlah main permainan sama. Kita hantar pergi penjara je lah? Lagipun ibu dia pun dah meringkuk dalam. Anak dengan ibu sama." Dryan memicit dahi aku yang masih berdiri tetapi bersandar pada dia. Kesihatan aku tak berapa nak baik sejak dua menjak ni. Tambahan dengan tadi aku cuba masak makanan kegemaran Dryan, argh perut aku tak boleh terima.

Tapi Dryan makan elok je, syukur tak terbakar dapur. Aku benci macaroni! Kenapa lah Dryan boleh suka haish, nak menangis aku dengan cuba makannya.

"Sakit kepala lagi ke, Reen?" Aku tak membalas dengan bunyi tapi terus berpusing ke arah dia. Tangan ini terlalu spontan untuk memeluk Dryan dengan erat. Manja, argh aku tak tahu kenapa tapi ini diri aku sejak dua menjak. Sebab hubungan aku dan dia semakin baik agaknya.

"Alahai manja lagi budak ni. Sini aku angkatkan. Kita pergi bersiap untuk uruskan hal dekat balai. Lepas tu kita pergi shopping, nak?" Dryan hanya melayan manakala aku tak membantah dengan kata-kata. Bau dan pelukan dia buat aku tertarik sampai tersengih. Gatal kau pun, Reen. Mana ada, biasalah dengan suami. Bukan dengan sesiapa pun. Aku cebik dengan kata otak sendiri.

.

Aku menarik bajunya dari belakang. Rasa tak selesa semakin menebal dalam diri.

"Tak payahlah, Dryan. Membazir je lah kau ni." Aku sempat berbisik apabila permintaan aku tak dilayan. Selepas selesai urusan Ariq, dia heret aku ke sebuah pusat membeli belah. Sudahlah dia heret aku masuk ke dalam private room shopping dalam butik mewah ini. Memang diri ni terasa VVIP sejak melangkah masuk seiring dia dan pengawal lain dari jauh.

Aku memang sumpah tak selesa. Sejujurnya aku bukan sejenis yang berbelanja sangat walaupun papa selalu memberi duit belanja. Aku mengeluh, hujung bajunya ditarik lagi.

Dryan buat tak layan sebab aku menolak semua yang dia nak belikan. Dia degil dan terus memilih yang mana rasa cantik dengan aku.

"Dryan, sudah lah." Dia berpaling ke arah aku, tubuh makin merapat. Hampir sahaja tangan aku terjatuh dari menggenggam baju putihnya. Rambut aku digosok dengan tangan dia, bibir hanya mengukir segaris.

"Biarlah aku nak manjakan wife aku sendiri." Dari atas rambut, tangan dia mengelus rambut panjangku lalu turun ke pipi. Ibu jari itu menekan lembut pada pipi seolah memicit. Mata hijau dia setiap pada arah mata aku. Berdebar...

Dryan Wyatt✔️Where stories live. Discover now