32 | Reen

10.7K 1K 367
                                    


If it means something for you, fight for it.

someone

...

DIA pandang ke arah aku, fokus. Aku cemas dan sudah tak tahu nak buat apa tapi kalau ini jalan yang ada walaupun gila.

"Jom lari dari rumah." Bersungguh-sungguh ayat aku dikeuarkan tapi malah ketawa Dryan yang didengar dahulu. Pinggang aku ditarik, lebih rapat. Suasana terlalu diam sampai aku seolah dengar degupan jantung yang nak pecah.

Gugup dan cemas.

"Hmm, sekurangnya idea kau lagi cepat dan mudah." Dia tarik badan aku. Wajah ditekup rapat pada badan dia. Selesa... "Jangan risau lah, princess. Bella aku tak akan dimadukan. Dia je yang ada dalam hati dari aku kecil sampai besar." Aku membalas pelukan dia dengan lebih erat. Sebab sayangkan dia, aku mudah percaya dan kembali tenang.

Ini cinta, mungkin. Bila kau sanggup buat apa-apa pun untuk dia. Termasuk beri sesuatu berharga dalam diri kau. Kepercayaan. Dengan satu harapan, dia tak musnahkan sesuka hati.

"Reen, aku sayang kau. Yeah, I know right. Kata-kata je tak cukup. Jadi selagi aku bernafas, aku akan sentiasa buktikan sayang aku untuk kau." Jari jemari dia... bermain dengan rambut aku. Dia sayang aku, sangat. Sampaikan risau dalam diri aku pun dia nak buang. Aku tahu kenapa Dryan buat macam ni sekarang. Sejujurnya aku dah lama tenang, sejak renung sepasang mata hijau dia yang menawan hati. Cara pandangan dia buat aku selamat.

"So don't ever forget me again, please. Aku janji dengan Bella aku. Aku tak akan tinggalkan kau lagi." Suasana dihanyut dalam kebisuan. Aku hilang kata-kata dengan situasi sekarang. Tak cukup dengan apa yang ada, otak aku tiba-tiba risaukan sesuatu. Kalau sebelum ini aku risau tentang diri aku yang mungkin terluka dek bersama Dryan tapi sekarang...

Aku risau kalau dia yang sakit. Macam mana kalau dunia gelap yang bahaya itu keruhkan lagi keadaan Dryan? Macam mana kalau ada benda buruk jadi dengan dia? Ya, aku tahu aku terlalu terpengaruh dengan drama tapi kalau dah setiap kali dia pulang pasti ada luka, mana kan aku yang tak risau.

"Kau selalu sangat pesan jangan lupakan kau, Dryan. Aku tahu kau takut benda yang sama terjadi kan?" Aku terima hakikat yang aku memang tak boleh kembalikan memori waktu kecil dulu tapi aku akan berjanji dengan diri sendiri yang aku memang tak akan lupakan dia lagi. Sengaja atau tak, aku akan pastikan memori yang ada akan disimpan selamanya.

"Semestinya tapi apa yang aku tahu... Aku akan tetap sayang kau, walau apa pun jadi." Selesa, terlampau sampai buat mata aku perlahan-lahan menutup. Mengantuk. Sedar tak sedar, aku tertidur dengan senyuman sendiri. Bukan dalam risau, bukan dalam cemas lagi.

Hanya kerna dia, yang selalu ada.
Dryan Wyatt.

.

"GOOD MORNING." Dahi dia berkerut. Mungkin kerana tidur yang diganggu. Aku makin tersengih. Selalunya si Reen ni yang bangun lewat dari Dryan tapi pagi ni dengan cukup bangga aku nak kejutkan dia. Ya, aku tahu kenapa Dryan tak bangun lagi.

Dahi dia disentuh, kurang panas dari malam tadi tapi masih dalam keadaan demam. Risau tapi kerutan di wajah dia menarik perhatian aku. Dia baru bangun tidur, wajah kemerahan bersama kerutan.

"Dryan, tak nak bangun ke? Dah azan tadi." Entah lah, Reen. Aku pun tak faham dengan Dryan ni. Dia jahat dan buat benda yang luar jangkaan dari umurnya tapi aku tahu dia tak pernah tinggal solat. Mungkin dia perlukan masa? Aku tak tahu lagipun aku tak sempurna juga. Siapa aku nak judge manusia lain? Sambil berangan, aku sempat duduk di birai katil.

Dryan Wyatt✔️Where stories live. Discover now