3 | I.F.L.Y

13.2K 1.1K 157
                                    

SORRY LEWAT!😭

BEBOLA mata seolah olah dinaikkan ke atas. Aku tak kisah. Aku ulang sekali lagi. Aku taknak kisah. Siapa mangkuk hayun ni nak mengarah aku?

Sudu dan garpu dicapai dan aku bersedia untuk makan. Tidak lupa doa, aku mula menghisap air dari penyedut minuman setelah selesai. Tersedar sepinggan nasi ayam aku yang cukup menyelerakan itu direnung oleh sepasang mata hijau di hadapan aku.

Pantas, aku mula makan sebelum pinggan aku dirampas pula. Tak mungkin nasi yang aku dah makan pun dia nak rebut kan? Tangannya tiba tiba menghala ke arah air milo ais aku dengan laju. Cawan air milo ais aku ditolak...

Masuk ke dalam pinggan aku...

"Oops, aku sengaja."

Terus jadi bubur nasi milo.

Muka aku sudah merasakan panas. Sabar, Reen! Sabar! Argh! Aku tak tak boleh sabar! Kerusi ditolak ke belakang sebelum kedua kedua tapak tangan ditepuk ke atas meja.

"Kau ni memang takde kerja lain ke? Kenapa dalam banyak manusia dekat sini, aku juga yang kau kacau?" Pak! Pak! Meja diketuk lagi dengan nada marah.

"Aku kan budak baru sini, kau je yang aku pergi jumpa ada dekat sini. Mestilah aku nak kacau kau. Salah?" Tangan digempal geram, nasi aku yang sudah menjadi bubur air milo itu dipandang sekilas. Membazir!

"Kau nak makan sangat kan? Makanlah!" Aku menolak kasar pinggan itu ke arah dia. Air milo di dalam pinggan itu sampaikan terpercik sedikit ke arah baju putih, uniform sekolah mamat gila ini.

"Kau!" Dia terus bangun dengan kasar dari kerusi.

"Asal? Kau tak puas hati dengan aku?!" Nadaku juga tidak mahu kalah dengan si dia. Rengusan kasar dilepaskan Dryan, sangat dingin reaksi itu. Sungguh, drama aku dan dia menjadi tumpuan ramai apatah lagi bagi pelajar perempuan di kantin ini.

"Mestilah, kau tak belikan aku makan."

"Sejak bila aku ni kuli batak kau?!"

Tiba tiba lengan baju aku seperti ditarik dari belakang hingga badanku juga terdorong. Ariq... Dia berjalan ke hadapan dan menukar tempat dari kedudukan aku.

"Kenapa kau kacau Reen?" Dingin, nada Ariq menyoal dengan reaksi serius. Dryan mula memandang Ariq dari atas sehingga bawah sebelum dia mencebik.

"Hero dah datang? Girlfriend kau ke minah senget ni?" Terangkat dua belah kening aku serentak. Minah senget? Kaki aku ingin melangkah ke hadapan semula, serang!

Serang dia, Reen!

Namun Ariq segera menahan aku dengan isyarat tangan. Ariq langsung tidak menjawab soalan mamat gila di hadapan kitorang malah menarik lengan baju aku agar beredar dari kantin.

"Hey, monyet! Kau baik baik sikit. Siapa senget hah? Kau ke aku? Monyet rambut coklat!" Aku meluahkan apa yang terbuku dalam hati sambil Ariq menarik lengan baju aku agar kaki berjalan lebih pantas. Entah apa salah monyet, aku pun tak tahu.

Setahu aku, monyet pun ada adab lagi dari si Dryan tu.

Langkah terhenti apabila tiba ni sesuatu bangku berdekatan dengan taman sains sekolah.

"Awak ni, jangan dilayan sangat kalau orang kasar macam tu. Macam mana kalau dia apa-apakan awak?" Lembut suara Ariq menegur sebelum menghulurkan sebungkus roti ke arah aku. Tepat dengan perut aku yang sedang meragam sekarang ini kerana ayam nasi aku sudah menjadi bubur milo.

"Sorry, Ariq tapi Dryan tu memang sakit jiwalah. Macam takde orang pula dia nak cari pasal. Aduhai, menyesal saya ikut awak ponteng tempoh hari. Tak pasal pasal je jumpa orang gila tu dekat Starbucks." Punggung dilabuhkan dengan kasar di atas bangku. Geram! Punyalah kuat duduk tu, boleh jatuh peranakan aku. Aduhai, apa aku merepek pula kali ni?

Dryan Wyatt✔️Where stories live. Discover now