26 | Kotor

8.3K 911 274
                                    

sorry pendek je :(

READERS POV

SUNYI. Pandangan ini sering sahaja menghias sejak kecil. Tiada siapa yang dia harapkan dari rumah ini lagi. Cuma ada pekerja dan pembantu rumah yang lain.

Sepasang mata hijau emerald itu memerhati sesekeling rumah mewah itu lagi. Pesanan ringkas dari Reen mengatakan dia pulang ke rumah ini tetapi kenapa koridor ini kelihatan sangat senyap seolah tiada penghuni. Sekurang-kurangnya pasti gadis ini membuka lampu kerana sudah berganjak malam hari.

"Reen?" Dia cuma memanggil lagi namun tiada siapa menjawab. Hairan kenapa tiba-tiba Reen pulang ke sini berseorangan. Padahal dia yakin gadis itu takut dengan kenyataan keluarganya yang sebenar. Reen takut dan trauma akan apa yang dilihatnya sebelum ini.

Sepatutnya jam 6 petang sudah pulang ke rumah tetapi hari ini menghilang sampai ke Maghrib. Dia sudah mencari di mana-mana tetapi tidak dijumpai. Sampailah dapat pesanan .

Pintu bilik tidur sendiri dibuka. Dikira suasana masih sama dan sunyi namun tangisan seseorang dari pintu bilik pakaian menarik perhatian. Pantas kaki mula melangkah ke arah itu.

Gelap. Jari terus menekan suis lampu. Berkerut dahi Dryan Wyatt melihat kerusi dan tali berkain yang digantung di atas siling seolah-olah mahu mengantung diri. Hujung almari ada seseorang tersendu dan menangis dalam keadaan cuba diam.

"Reen?"

"Reen! Kau nak buat apa dengan kain dan kerusi dalam bilik ni?" Dia cuba melangkah untuk mendekati lagi namun jeritan gadis itu mengejutkan dia.

"Jangan dekat! Aku tak teragak-agak nak tikam diri sendiri!" Nuryn Delisha mengalihkan badan ke belakang. Pisau dihalakan ke arah dirinya. Badan semakin kuat menggigil. Air mata laju turun membasahi pipi.

"Reen! Kau sedar tak apa kau buat ni? Bawa bertenang lah!" Dia mula cemas, kenapa secara tiba-tiba?

"Dryan..."

"Aku benci diri aku, Dryan. Aku benci..." Makin erat dia memeluk tubuh sendiri.

"Aku jijik dengan diri aku. Aku kotor. Aku dah tak nak hidup, Dryan." Makin kuat dia menggigil. Dahi Dryan semakin mengerut hairan, apa yang dia sedang... Keningnya jatuh apabila terpandang ke arah lengan dan leher gadis yang dia sayang.

"Reen? Kau buat apa, Reen? Kenapa dengan leher tu?" Nada dia turut terketar. Cuba menahan perasaan baran dalam diri. Tidak mungkin.

Gadis itu tidak membalas. Lidah sendiri kelu untuk berkata apa-apa. Beberapa mesej pesanan dari WhatsApp tadi dipandang dari skrin telefon yang sudah pecah. Bagaimana dia harus jelaskan kepada Dryan?

"Buang pisau tu, Reen. Buang sebelum aku rampas." Keras nada dia setelah tiada jawapan yang disambut. Gadis itu makin diam, wajah sudah tidak memandang ke arah padangan emerald itu lagi.

"Tengku Nuryn Delisha! Aku suruh kau buang pisau tu!"
"Jangan kacau aku lah, Dryan!"

Masing-masing bertekak dengan suara lantang. Reen mengigit bibir sendiri, marah dalam diri buat dia tak sengaja. Pisau dilempar kasar ke tepi. Kepala sendiri diketuk pada dinding berkali-kali. Bodoh. Bodoh. Bodoh. Berkali-kali dia membuat sambil menarik rambut sendiri.

Tangannya menghalang perbuatan Nuryn Delisha. Perlahan-lahan dia turut duduk di sebelah.

"Reen, look. Aku tak sengaja marah kau. Tenangkan diri kau dulu." Dia mahu memegang bahu gadis itu tetapi malah ditolak kasar. Wajah ditekup rapat.

"Dryan... Tinggalkan aku... Tolong. Aku nak berseorangan. Aku beritahu kau lokasi sebab aku tak nak kau cari." Suara dia menggigil. Dryan tidak fokus, matanya memerhati apa yang menarik perhatian dari tadi.

Dryan Wyatt✔️Where stories live. Discover now