21 | Kuda

10K 1K 99
                                    

Maaf lama menghilang🦋

SEPASANG mata hitam aku merenung ke arah padang kuda yang menjadi tatapan. Tangan dibawa ke dada, berdebar. Jantung aku berdegup pantas.

Sungguh lincah kaki kuda itu bergerak laju mengelilingi kawasan pagar seakan bulat. Mata aku jatuh pada memegang tali kuda, manusia yang menunggang dengan penuh karisma di situ. Wajahnya tegas, serius dan tiada senyuman seperti selalu. Dryan memakai baju biasa Polo, cap dan seluar berwarna putih. Semua serba putih.

Saat seekor kuda yang ditunggang menghampiri kawasan ini ketika mengelilingi, bibir nipis itu terukir senyuman manis di hadapan aku.

Heart attack! Ugh!

Aku tak menyangka dalam pekarangan ini mempunyai kandang dan beberapa ekor kuda dari baka mahal seperti Thoroughbred, Dutch Warmblood, Standardbred, Friesian, Arabian dan lain-lain yang aku sudah lupa ketika Dryan membebel tadi. Jujur aku cakap, kuda-kuda tu pun hensem sebenarnya, tambahan orang yang tunggang. Hatiku...

Inilah orang berada, membela haiwan seperti ini. Di Arab sana, banyak jugak golongan mereka yang membela harimau mahupun singa. Pernah aku lihat orang membela buaya dalam perkarangan rumah. Aku? Tak perlu nak susah mencari. Ex aku pun buaya liar yang disangka baik di hadapan. Sakit pula hati bila teringat.

Abaikan. Nafas kuhela. Mata masih setia memandang ke arah dia. Dryan Wyatt, seorang yang sangat aktif dalam pelbagai jenis sukan. Aku baru nak kenal dia. Aku cuba faham dia tapi entah kenapa ayat Bella buat hati aku ragu-ragu.

"Tak semua hm. Kau yakin sangat kan yang kau kenal Dryan? Aku lagi kenal dia dari kau."

"Reen, kau nak terima ke kalau Dryan ni pembunuh? Tak payah susah-susah nak berlakon kau terima dia seadanya kalau kau tak kenal siapa Dryan Wyatt yang sebenarnya."

Apa yang dia merepek? Dia sengaja bagi contoh ke? Tak ke melampau benar contoh yang diberi? Dryan disamakan dengan pembunuh? Ya, aku tahu mereka mafia... akan tetapi Dryan pernah memberitahu aku yang tak semua mafia membunuh. Ibu bapa Dryan nampak baik.

Dryan pula walaupun kasar, bertatu dan ego... Dia masih budak lelaki yang berusia 17 tahun. Untuk membunuh, itu sudah melebih. Lagipun, Dryan tak akan buat macam tu. Aku tak percaya. Langsung tak!

Dia tu hanya bad boy dalam sekolah dan dingin di luar. Aku tak kisah dia nak kekalkan nakal itu seperti habis sekolah sekali pun. Dia hanya jahat, nakal dan sunyi.

Lenganku diletak di atas pagar kayu, tapak tangan menongkat pada bawah dagu. Otak aku tidak senang. Aku tidak percaya apa yang Bella katakan tetapi peristiwa darah dan suara manusia dalam bilik itu bermain dalam fikiran.

Tak mungkin anak kuda dimasukkan dalam rumah. Kata Dryan, dia sakit tapi tidak mungkin sampai berdarah banyak seperti itu... Tambahan pula, sakit apa? Darah yang mengalir seolah ada tikaman. Kenapa diri aku jadi resah secara tiba-tiba?

"Reen? Isha! Sinilah. Tak payah takut. Aku ajar kau." Suara Dryan memecah suasana sunyi dalam fikiran aku. Kepala aku toleh, kaki melangkah dengan teragak-agak. Lupakan, Reen. Aku akan cuba tanya apabila mood Dryan nampak seperti manusia normal.

Aku memejam mata apabila sudah berjaya naik ke atas kuda. Hanya Tuhan yang tahu perasaan aku sekarang ini, lemah jantung. Sudahlah aku rasa tak seimbang dan pada bila-bila masa sahaja boleh jatuh tergolek.

"Dryan, aku takut." Dia ni sudah gila agaknya. Aku yang tidak ada apa-apa asas terus dipaksa tunggang seperti ini. Sebab itu aku hanya menolak tetapi tewas dengan pujukan anak tunggal Wyatt ini.

Dryan Wyatt✔️Where stories live. Discover now