33 | Sayang

17.3K 1.2K 437
                                    

BANYAK SKIPPP🥲 MAAFKAN SAYA.
BTW JANGAN TERKEJUT. THANK YOU BUAT YANG KOMEN DAN VOTE CHAPTERS SEBELUM INI❤🌻

Ruth B- Dandelions (Slow Version)
Minat dengar lagu ni kalau tulis story ni🤣 boleh dengar sambil baca kalau nak reread nanti. Thank you✨

...

"DRYAN!" Satu per satu langkah dari sepasang kaki terus dihayun laju ke arah Dryan yang ralit bersandar pada dinding. Aku tahu aku tak sepatutnya berlari sekitar koridor hospital. Langkah aku semakin perlahan, bukan kerana perkara yang baru aku sedar.

Akan tetapi kerana aku terpandang ke wajah kosong Dryan. Dia nampak sudah terjatuh dalam lautan fikiran sendiri sampaikan panggilan aku tadi tidak didengar.

Wajah langsung tidak panggung. Aku semakin mendekati Dryan yang langsung tidak sedar kehadiran aku. Sampaikan berdiri di hadapan dia pun, dia tidak memandang ke arah sini.

"Dryan..." Tangannya aku goncang perlahan. Sekilas mata kami berdua bertembung sebelum dia mengalih ke sebelah. Wajah Dryan sudah kemerahan. Dia tahan dari menangis? Atau terlalu marah? Aku tahu dia terlalu risaukan mummy yang berada di dalam. Sungguh aku tak sangka Bella sanggup buat tindakan spontan seperti itu malah membawa objek tajam sampai sakitkan otak sekeliling.

"Kau buat apa dekat sini, Reen?" Perlahan suara dia menyoal. Ya, aku tahu Dryan meminta aku untuk duduk di bawah bersama ahli keluarga yang lain tapi degil. Aku terlalu risaukan dia.

Tangan Dryan yang masih berbalut disentuh disekilas. "Sakit lagi tak?" Sebenarnya aku dah kelu nak menyoal apa. Mummy yang kena paling teruk sebab duduk berdekatan Bella. Lengan Dryan ini pula terkena kerana dia cuba menghentikan Bella tadi. Hakikatnya, fikiran aku masih terbayang suasana darah bertumpah di merata-rata tadi. Luka yang mummy hadapi bukan biasa dan kehilangan darah yang sangat banyak.

Dryan hanya geleng, bereaksi ketat seperti biasa. Aku pandang sekeliling di koridor. Tiada sesiapa. Tangan Dryan ditarik perlahan. Bibir tersenyum tawar ke arah dia yang berpura-pura berlakon yang dia tak apa-apa. Alasan? Otak aku teringat alasan yang pernah Dryan gunakan ketika dahulu. Nak cover dari nak pegang tangan aku jadi dia buat alasan tak logik akal.

Dryan hanya memandang kosong tetapi semakin lama semakin merenung ke arah tangan aku.

"Tangan kau berat. Aku angkatkan." Aku menggenggam erat tangan Dryan. Alasan yang sama tapi buatkan bibir dia sedikit tersenyum. Suka sangat nak lindung perasaan dia kan? Depan mummy dan daddy memang dia kuat memberontak. Dia bereaksi yang dia tak kisah langsung dan bencikan mereka berdua termasuklah ahli keluarganya yang lain. Aku pun faham kenapa, Dryan tertekan dengan mereka yang hanya mahukan terbaik. Perasaan dan perihal dia langsung tidak dijaga.

Disebabkan itu juga Dryan jadi degil dan hati batu macam ini. Aku fikir dia memang dah bencikan semua orang. Namun melihat reaksi begini, dia memang tak boleh nak menipu.

Dia risaukan mummy.

Ibu sendiri kan? Jauh macam mana pun dia berkelakuan, mesti ada rasa bersalah dan risau juga. "Dryan, it's okay. Tak ada orang pun dekat sini. Aku je." Aku tarik tangan dia untuk perhatian. Dia asyik mengalih wajah ke tepi, tak mahu aku melihat wajahnya.

Nafas berat dihela oleh dia. Aku terkedu apabila tangan aku ditarik Dryan pula untuk berjalan ke suatu arah. Tangga? Pintu berat itu ditutup oleh Dryan. Tidaklah terlalu gelap sebab ada lampu pada perhentian anak tangga di atas. Apa yang aku nampak bangku bersaiz sederhana berdekatan pintu. Dryan memandang sekeliling sebelum menarik aku untuk duduk bersama.

Tiada suara. Suasana dihanyutkan dengan kebisuan. Sepi tak bertepi, akan tetapi tubuh aku ditarik rapat sebelum dia memeluk aku. Erk... Bukan aku yang masuk ke dalam pelukan tapi dia yang memeluk badan aku. Dryan...

Dryan Wyatt✔️Место, где живут истории. Откройте их для себя