28 | Garlic bread

8.3K 948 212
                                    

Pendek sangat chapter kali ni. Pembukaan sebelum KEJUTAN😂🫂 Pendek sangat dan hambar, sorryyyyh🥺💗

---

AKU perhati jari jemari runcing itu yang sibuk mengelap gitar lagi. Sudah dua minggu berlalu sejak kes Ariq menghilang.

Dryan yang simpan dia selama dua minggu dalam sebuah bilik di bangunan sana. Dia siap kawal akaun sosial media Ariq dan malukan Ariq lagi... Sekarang sudah dua minggu bahan bualan yang Ariq Gay jadi berita hangat.

Aku dengar kata Dryan dia nak paksa Ariq pergi sekolah juga nanti sambil diawasi pengawal dari jauh. Dia memang nak malukan Ariq sangat kan? Sudahlah dia culik manusia ini dengan selambanya. Kuasa Wyatt besar untuk masukkan Aunty Mia ke dalam penjara dan kini dia nak seksa Ariq sepuasnya dahulu sebelum buat keputusan lain.

Aku keluh.

Wajah dia masih kemerahan, puas ketawa agaknya sebab gambar gay Ariq yang baru. Dia memang hilang akal kan? Tapi aku pun dah cukup gila sebab jatuh cinta dengan orang macam Dryan.

Dia terima aku seadanya. Aku nak cuba faham Dryan, aku tak akan putus asa.

"Dryan, kau suka apa?" Sekurangnya aku kena belajar masak kan? Tak mungkinlah aku tak cuba sampai bila-bila. Sekurangnya aku nak cuba kan?

"Kau."

Mata hijau itu terlalu fokus, menikam anak mata aku.

"Haish main-main je dia. Maksud aku dari segi makanan." Sudah habis bersungguh-sungguh aku cuba fokus juga tapi pandangan dia buat aku goyah. Hati sungguh tak kuat dengan cara Dryan Wyatt.

"Spaghetti atau Mac and Cheese." Erk... Haish. Mengeluh lah aku kali ini. Tabahkan diri, Nuryn. Aku tahu kau boleh buat! Aku kena minta mama ajarkan, mesti boleh punya. Jangan takut sangat dengan dapur tu. Berkali-kali aku bagi semangat dalam hati. Berharap tidak terbakar lagi...

"Kita nak saling kenal mengenal ke, princess? Boleh, boleh." Gitar diletakkan di tepi. Dia punya rajin kali ini sampaikan alat musik yang sudah lama aku tinggal pun dia bersihkan. Aku nak ubah topik sebab Dryan sudah sepenuhnya tumpukan perhatian kepada aku. Jantung ni kalau boleh nak keluar berjogging dekat taman hujung sana dah. Aku tak kuat, lagikan bibir dia memang suka senyum bila hanya ada aku.

"Boleh aku tahu Bella aku suka makan apa?" Aku mengigit bibir sendiri. Bella dia? Dupdap dupdap manakala lidah jadi kelu. Belum sempat aku stabilkan diri untuk jawab soalan, dia memotong bersuara lagi.

"Ah, aku tahu. Roti kan?"

Hah? Anak mata aku jatuh pada tempat tak sepatutnya, muka rasa panas. Entah muka aku sudah merah pun tidak pasti. Rasa macam dah lama pula aku tak nampak.

"Garlic bread Grilled Cheese, kan? Reen, kau tengok apa?" Hah? Aku pula yang gelabah cicak apabila jari panjang itu memetik beberapa kali. Pandangan dilarikan ke arah taman di sana. Dah kenapa dengan otak aku ni, masuk air balik ke?

"Haah... Garlic..." Air liur sendiri aku telan. Tapi memang tu kegemaran aku. Maksud aku, roti yang Dryan sebut tadi. Tiba-tiba tangan aku ditarik Dryan, mendarat pada arah mata aku tadi walaupun berlapik. Uih, menggigil satu badan.

"Ap... Apa ni, Dryan?" Terketar dan gagap sahaja suara aku menyoal. Bibir dia sudah tidak terukir lagi tapi wajah nampak sangat selamba seperti biasa. Ini kalau tak berlapik, aku rasa roh aku dah keluar dari badan.

"Perempuan memang suka ke?" Tak, semua Dryan. Tapi aku suka. Eh tak, aku pun tak suka. Hakikatnya hanya kata hati yang lancar bersuara di sini.

"Tak... Semua. Aku tak... Tak pun." Dryan hanya mengerut, tasfir kata-kata aku sambil tanganku yang tak rela itu dibawa ke bahu kanan dan kirinya. MasyaAllah, perfect. Eh apa ni, aku tak rela lah!

"Reen, kau nak peluk aku tak?" Hah? Rezeki keikanan apakah ini? Aku pantas mengeleng, hidup ni kena jual mahal. Dryan berdecit sebelum tubuh aku ditarik. Dah rapat begini aku memang tak boleh kawal diri yang bagai miang keladi. Maksud aku, budak perempuan dalam sekolah ni siapa je yang tak nak Dryan Wyatt? Argh, boleh gila.

Dryan hanya diam dan biarkan, sekali sekala tangan dia gosok perlahan badan aku. Ya, aku tahu. Otak kami berdua masih fikirkan apa yang terjadi hari ini dan Dryan tahu aku peluk ni sebab tenangkan diri dan rasa bersyukur sangat dia ada.

"Kau tahu kenapa aku panggil kau princess?" Aku hanya balas dengan menidakkan dia. Kadang tertanya juga padahal aku dan dia dah berkahwin kan? Hmm tak nak panggil queen ke? Aaa pipi aku dah makin terbakar. Selesa betul rangkulan Dryan Wyatt.

"Sebab hari tu kita kahwin pun akad nikah je. Tak best lah, Reen. Aku nak cadang lama nak buat majlis dengan kau. Besarrr punya. Baru best." Aku leraikan pelukan, terkejut. Cuak lah, dia nak buat majlis? Berdebar aku.

"Besar? Ramai orang? Tak payahlah, Dryan. Membazirlah." Macam aku tak tahu pula keluarga Wyatt ni macam mana, aduh. Tiba-tiba rasa gementar. Namun dia makin nampak tidak kisah, tangan aku ditarik malah digenggam erat. Hangatnya pegangan ini, ya Allah. Selesa sangat.

"Seorang je isteri ni, tak kan nak biasa je. Baru rasa kahwin betul-betul. Aku pun nak tengok kau pakai gaun pengantin. Berhias cantik untuk hari bahagia macam perempuan lain. Ada gambar majlis, kenduri dan semua. Salah ego aku, Reen. Buat kita kahwin muda macam ni sampai buat kau terlepas banyak benda. Apa salahnya aku cuba sehabis baik untuk buat kau ada juga macam perempuan lain?" Panjang lebar bebelan dia bersama genggaman semakin erat pada tangan aku.

Nada Dryan kedengaran ikhlas dan

Betul maksudkan.
"Kau rancang?" Dia tarik badan aku agar baring dan letakkan kepala di paha dia. Tangan itu mengalih kepala aku sedikit naik ke perutnya dengan berhati-hati, lagi dekat dan rapat!

"Yea, sayang. Aku dari kecil lagi memang nak kahwin dengan kau." Hidung aku dipicit Dryan. Kenapa di ani comel sangat? Awal pula ya pasang niat tu walaupun kata dia dulunya aku dan Dryan hanyalah kawan rapat.
"Pertama kali aku jumpa kau... Waktu tu aku sedih sangat. Birthday aku selalu disambut dengan pekerja. Aku merajuk agaknya jadi aku lari dari pengawal. Aku pergi taman rumah lama kau. Kita jumpa dan mula bermain di sana." Dia sibuk bercerita sampai mata hijau itu ralit memerhati ke arah kolam ikan yang tidak jauh dari pondok ini.

Pipi aku mula rasa panas kembali apabila jari panjang dia usap dan belai rambut aku tanpa sedar.

"Kita berkawan rapat dan kau selalu ada jadi satu-satunya kawan aku. Bila aku terpaksa berpindah dan cuba lupakan kau, aku gagal. Sedar tak sedar... Ambil masa juga untuk aku sedar yang tu sebenarnya cinta. Aku jatuh cinta dengan kau sebelum aku sedar. Sudah semestinya first love aku." Dia... Tengah confess ke? Aku tengah bermimpi ke sebenarnya ni? Sebelum aku kenal dia, tak pernah pula aku berangan mamat Itali bermata hijau datang jatuh sayang kepada aku.

Tak pernah aku bayang tangan ini belai rambut hadapan aku dengan coretan kecil di bibir. Sungguh indah ciptanMu, ya Allah. Rupa paras dia sempurna kerana ciptaanMu. Perangai je yang minta penyapu.

"Bila aku fikirkan balik, aku memang akan sentiasa tertarik dengan kau." Dryan ketawa kecil. Perangai dia bila berdua begini terlalu comel dan tidak baik untuk jantung aku sesungguhnya.

"Sayangnya bella aku lupa tapi tak apa. Ada dia dalam pelukan aku sekarang pun buat aku sangat bersyukur." Sebelah tangan Dryan yang lain mecucuk pipi aku. Tuhan, aku sayang dia. Sangat.

Pendek bersebab🥺🥲 akan disambung dalam masa terdekat, jangan risau. Disebabkan pendek, ada sedutan okay.

29 | Sugar

"Biarlah aku nak manjakan wife aku sendiri."

"Tapi aku tak nak yang macam ni, Dryan." Rasa bersalah semakin menebal.

"I'm so sorry, Dryan. Aku tipu kau..."

Dryan Wyatt✔️Where stories live. Discover now