27 | Bilik Stor

9.3K 1K 480
                                    

Maaf bab ni agak tergesa >_< and hambar...

JAM 3 pagi. Aku menutup mata kembali setelah puas merenung ke arah jam digital di kabinet kecil. Aku dah cuba untuk tidur dengan nyenyak tapi gagal. Setiap jam mahupun minit pasti terjaga.

Tanganku jatuh pada lingkaran kemas di pinggang aku. Dryan Wyatt memang sangat suka tidur sambil peluk aku dari belakang. Kadang dia rehatkan bawah dagunya di atas bahu aku dan kadang belakang aku ditekup rapat dengan wajah dia. Gaya tidur dah macam manja tapi di luar tu mengalahkan beruang kutub.

Mata yang sebam ditekup dengan sebelah tangan aku lagi. Aku dah puas menangis dengan semua yang terjadi petang tadi. Orang yang aku fikir akan marah dan sakitkan aku bila tiba saat genting tapi rupanya dia juga yang tenangkan aku. Sungguh aku salah faham dan berdosa dengan Dryan. Naifnya aku, Tengku Nuryn Delisha.

Pegangan pada pinggang aku sangat erat, seolah dia tidak mahu lepas. Dia... memang tak akan lepaskan aku kan? Bibir aku tersenyum sendiri. Sanggup datang ke sini semula dan cari aku. Kahwin dan jaga aku sebaik yang dia boleh. Dia rendahkan ego dengan minta maaf tak jaga aku sebaik mungkin.

Keras dan dinginnya Dryan Wyatt di hadapan orang lain tapi hangatnya pelukan dia hanya beberapa orang boleh rasa. Dia kuat memberontak dan suka buat hal tapi hakikatnya aku nampak yang dia cuba cari perhatian keluarga dan orang lain. Dia cuba isi kesunyian yang dia dengan membuat bising. Dia... Dia cuba yang terbaik untuk keluarganya pandang walaupun mereka semua sibuk dan tiada masa. Air mata aku jatuh. Aku minta maaf, Dryan. Aku sepatutnya faham kau. Aku jahat, Dryan.

Semua ini jadi sebab aku degil dan takut. Aku akan cuba biasakan diri dalam dunia kau, aku janji. Aku minta maaf, Dryan. Nafasku bagai teresak, sudah jadi begini baru nak menyesal. Memang padan dengan muka aku.

"Are you crying, Bella?" Suara garau tapi lembut itu berbisik di tepi telinga. Aku tak boleh tahan diri dari menangis sampai terjagakan dia pula, aduhai. Bella... Dah lama aku tak dengar panggilan tu.

Ah, diam Reen. Pura-pura tidur. Aku pejam mata kembali sampai tak rasa ada pergerakan dari dia. Tunggu Dryan tidur balik baru aku nak sendu.

Aduh, tiba-tiba aku terpegang perut sendiri. Lapar! Kenapa tiba-tiba dia nak buat konsert tiga pagi ni? Boleh tanya lagi kan, Reen? Aku hanya bersarapan pagi ni.

"Lapar, huh?"

Eh, tak tidur lagi?

Pelukan Dryan dilonggarkan seolah bagi peluang untuk aku mengiring menghadap dia.

"Tak, tak lapar. Ala nanti hilanglah tu dengan mengantuk." Bibir aku tersenyum walaupun nampak dalam samar-samar kerana lampu malap itu jauh. Wanginya cologne Dryan. Makin rapat aku tekup wajah pada dia, hangat dan selasa.

"Manjanya budak ni." Aku cebik. Excuse me, sir. Kita ni sama umur, okay? Walaupun beza bulan tu banyak tapi sama! Aku mula nak memberontak dengan gaya aku tapi hidung sudah dipicit dengan jari runcing Dryan.

"Mesti lah! Mrs Wyatt!" Aku angkat kepala, terasa ada mata yang memerhati dengan lama walaupun samar. Pipi aku rasa dielus lembut.

"Mrs Wyatt..." Mungkin Dryan tergamam sebab aku sendiri yang keluarkan. Aku dah terima kenyataan dan tak boleh dari takdir lagi. Sebenarnya aku sendiri yang tak mahu. Aku nak stay dengan Dryan. Dia jaga aku dan aku pastikan dia tak sunyi lagi.

Dryan Wyatt✔️Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu