12 | Luka

12.3K 1.2K 302
                                    

VOTE & COMMENT
THANK YOU SO MUCH😔♥️
Sorry hilangkan story ni atas sesuatu sebab😌

NAFAS berat dihela kasar. Pejam celik, pejam celik aku dah berkahwin selepas dua minggu diberitahu hal ini. Aku tak pasti apa yang keluarga aku buat ataupun keluarga Dryan buat sampai proses tu berlaku dengan cepat. Mereka berpengaruh, mungkin itu salah satu punca prosesnya.

Baru aku tahu Dryan bukan warganegara sini, dia cuma ada darah dari sini tetapi daddynya memang orang Itali. Wyatt... Aku kenal gelaran nama ini sebagai syarikat antarabangsa terkenal dan organisasi mafia yang terkenal. Kini, aku turut dari tangga sebuah pejabat agama dengan berbaju kurung moden. Apalah nasib kau, Reen.

Sudahlah dipaksa kahwin, buat di sana. Akad nikah di pejabat agama. Tiada majlis besaran, aku tak kisah pun sebenarnya. Lagipula semua ni dibuat dalam diam, tak mahu pihak media tahu tetapi aku agak murung ya. Lainlah kalau aku kahwin lain nanti. Kalau Ariq... Nak terima aku lagi, aku akan rancang betul-betul pada masa akan datang.

Aku... Cakap tentang Ariq... Entahlah, aku tak pasti apa nak jadi. Sejujurnya aku sayangkan hubungan tiga tahun kitorang... Aku tak tahu nak terangkan Ariq macam mana tapi aku agak perkahwinan ni biasa je. Dryan takkan serius jadi aku boleh terangkan... Aku harap Ariq faham.

Setibanya aku di bawah, seorang lelaki berkot dan cermin mata hitam memandang ke arah aku dengan lama. Seram, apatah lagi apabila pistol sedang dimasukkan ke poket belakang. Baru aku ingat menoleh ke arah lain, dia sudah sedikit menunduk ke arah aku? Hairan, dahi aku sudah berkerut pelik.

"Mrs Wyatt," katanya sebelum mengangkat badan kembali. Pintu dibuka... Sambil aku yang terkedu. Sampai ke situ ke mereka ni dihormati? Mrs? Ugh, aku baruuuuu 17! Aku hanya mengucapkan terima kasih seusai sahaja masuk ke dalam kereta. Baru aku sedar, Dryan dah lama masuk.

Mata aku mencuri lihat ke arah dia yang kemas memakai baju melayu berwarna putih. Kebiasaan orang lelaki lain mesti nampak sopan, kan? Tapi dia ni... Vibes Dryan ni lain bila tengok dia pakai. Berdosa tak kalau aku cakap seksi. Haish pipi ni pun tiba-tiba nak rasa panas.

"Kau dah kenapa?"

Eh...

Aku memusing kepala ke arah luar tingkap. Terkantoi usha, hm.

"Reen..." Uh that low sexy voice again! Ditambah dia guna bila panggil nama aku. Macam mana aku nak hidup dengan dia ni kalau diri ni asyik tahan tak nak cair tapi aku ni perempuan sejenis macam ni.

"Kenapa?" Sumpah awkward, lagi-lagi tadi aku kena bersalam dengan dia. The heck, sebelum ni kalah anjing dengan kucing. Tiba-tiba aku jadi kena hormat dia, hm. Makin teruk lah aku bakal dibuli ni?

Kereta mula bergerak untuk pulang ke kediaman Wyatt di sini. Aku sempat peluk mama dan papa tadi, ugh... Kenapa tak boleh balik sana lagipun sama aje lah keadaannya. Perkahwinan kitorang kan tak serius mana, tak boleh ke aku jalani hidup macam biasa?

"Putus dengan Ariq."

Aku terdiam.

Kenapa? Hati aku jadi tak tenang.

"Putus kalau kau tak nak sakit hati lagi, Reen." Apa maksud Dryan ni? Dia tak nak tengok aku diabaikan lagi ke? Aku tak kisah sebab aku tahu Ariq sibuk dengan mama dia yang kemalangan.

"Tapi Dryan... Takkan sebab kita dah kahwin? Kau tahu perkahwinan ni tak serius mana..." Reaksi Dryan berubah semakin dingin, aku takut. Takut dengan dia macam ni. Ada beza antara nakal dengan yang betul-betul gangster ni... Reaksi Dryan nampak seram tapi muka dia terlalu seksi walaupun tengah serius. Haish, sudahlah tu Reen pervert!

Dryan Wyatt✔️Where stories live. Discover now