16 | Happy Birthday

11.7K 1.2K 136
                                    

SORRYYYYY HAMBAR, agak awkward nak tulis kalau dah lama tinggal >_<♥️

TADI bukan cakap nak ke bilik sakit ke? Kenapa dia culik aku sampai ke luar sekolah ni? Aku yang mengikut pun tak berkata apa-apa memandangkan tengah sakit bukan main-main.

"Aku dah hantar surat kebenaran untuk pulang. Jangan paksa diri kau, aku tak suka." Dengan gangster betul cara dia galas beg aku setelah keluar dari kereta. Aku ajak balik rumah mama dan papa petang ni tapi dia terus balik pula... Aduhai, pakaian dia entah bagaimana mana?

Papa masih bekerja waktu ini manakala mama pula dari pagi lagi keluar katanya kerana ada hal dengan kawan. Jadi aku dan Dryan aje lah yang berada dalam rumah ni. Penat, jadi aku duduk sekejap di atas sofa tapi Dryan perhati aku dari tadi lagi. Lambat laun, dia mencekak pinggang pula. Aduh.

"Yelah yelah nak rehatlah ni tapi tak larat naik bilik." Aku sempat merungut. Kepala disandarkan ke arah sofa, penat. Dryan tak tunggu lama, seperti yang aku agak... Dia akan angkat. Tak, aku tak mahu gelabah tapi bergetar juga hati ni sekarang.

"Sengaja." Dia mencebik. Tak puas hati tapi buat juga! Bibirku masih memuncung apabila dia berkata begitu. Aaa kenapa aku rasa dah jatuh cinta dengan dia pula ni? Haish, jangan merepek Reen! Tadi sakit macam ni boleh bermanja tu heaven...

"Kau rehat sini. Kalau kaki kau jejak lantai atau turun dari katil ni... Tahulah nasib kau," kata si dia, dingin tapi hati aku panas. Lebur teruk. Birai katil jadi tempat dia duduk, comforter ditarik sedikit ke atas untuk diri aku. Apa dah jadi dengan Nuryn Delisha ni... Aku dah rasa diri aku tak betul depan mamat Itali ni...

"Dryan... Thank... You..." Diam. Suasana menjadi diam sebentar, bukan dia tak dengar malah sepasang mata hijau zamrud itu ralit memerhati gerak geri mata aku. Gugup. Kenapa tiba-tiba boleh jadi macam ni, aduhai... "Perempuan memang macam ni ke setiap bulan?" Wajah aku sudah kemerahan, bantal peluk dijadikan tempat tekup muka. Malu pula tapi dia... Bukan sesiapa dah...

"Tak semua tapi kebanyakan... Kenapa? Kau penat nak layan?" Aku intai, Dryan... Hanya senyum kecil. Dia geleng. Comel lah pula, aduh. "Tak, aku suka. Bayangkan kalau pregnant, lagi lama nak melayan, lagi banyak ragam kan?" Soalan Dryan buat hidung aku kembang kempis. Nampaknya... Dia memang serius tentang aku dan dia.

Memandangkan... Aku memang Isha dia.

"Urm... Hmm..." Speechless aku dibuatnya. Aku keluh, walaupun perangai dia tak serupa bikin tapi dari fizikal dia sempurna. Ya, aku tahu setiap manusia tak ada yang sempurna, ada kekurangan dan kelebihan sendiri. Mungkin Dryan dari perangai dia tapi kadang-kadang perangai ini yang buat aku. Fall kegebuk ke tanah. Maksud aku... Pasti ada juga perempuan yang nak seseorang bad boy yang hanya baik untuk diri dia kan?

"Reen."

Aku toleh sekilas, cuba terima realiti yang aku rasa mimpi sekarang ni.

"Aku harap dalam hati kau dah takde sampah tu lagi." Kenapa... Tiba-tiba? Aku mengangguk dengan yakin. Sakit jugalah tiga tahun tapi tak mengapa. Lagipun aku dah berkahwin...

"Okay, good. Kau rehat. Kalau nak apa-apa, call aku." Aku angguk lagi. Tengok Dryan begini... Buat aku nak tahu apa yang terjadi tapi... Aku takut nak bertanya. Dryan nampak sensetif dengan hal tu.

Aku memerhati dia yang berjalan keluar dari bilik. Entah ke mana dia nak pergi tu, tak apalah. Peratus keyakinan aku tentang Dryan nak curang tu 0%. Lelaki macam dia, sukar tertarik dengan mana-mana perempuan. Hati keras macam tu, aduhai tapi sekali dia sayang... Dia sayang betul-betul. Aku bukan nak puji mangkuk tu tapi tengoklah... Dia cari aku lagi walaupun dah bertahun berlalu.

Dryan Wyatt✔️حيث تعيش القصص. اكتشف الآن