15 | Husbaby

13.7K 1.2K 232
                                    

DIAM seribu bahasa. Aku Isha dia? Dryan ni buat hal lagi ke? Tapi kenapa? Aku pun baru jumpa dia...

"Dryan, explain-aauch..." Aku mengerut sendiri, boleh pula dia menyerang waktu macam ni. Aduhai, pedih. Keluhan Dryan aku dengar tapi aku tak boleh tahan. Dah sampai aku baring sambil badan dipeluk. Sakit... Badan tak boleh bergerak.

"Aduh, aku lelaki. Nak buat apa pun aku tak tahu. Reen, kau tunggu sini kejap. Aku nak masakkan sesuatu, boleh kau makan ubat. Sebelum tu," Aku makin mengerut, dia menarik comforter itu dengan kasar. Gaya Dryan seperti selalu, sekali dengan baju aku pun diselak ke atas. Takkan aku nak diam, terkejut punya pasal buat aku menjerit.

"Dryan! Kau buat apa ni?" Okay, tak lawak. Dia tengok perut aku. Hidung dah kembang kempis, dah gila ke... Tiba-tiba terasa belakang aku ditampal sesuatu. Selesa. Heater pad? "Dah, duduk diam. Aku nak turun masak." Jari jemari sendiri menarik comforter itu kembali, mata aku tidak berhenti melirik ke arah dia. Sakit tapi aku tertanya-tanya maksud Dryan.

Kalau aku Isha dia, dia suka aku lah kan? Eh, tiba-tiba tengah blushing. Tak macam orang putus cinta dah ni. Mungkin sebab aku... dah tawar hati dengan perangai Ariq. Sakitlah juga bila masa terbuang tapi benda dah nak jadi. Hmm kenapa Dryan macam tu eh? Dia kenal aku sejak bila lagi? Takkan dah kisah pasal aku sejak di Starbucks?

Ha mulalah nak berangan macam-macam aku ni. Hensem macam tu, aku tak kisah. Gatal kau, Reen. Ehem, ya aku mengaku. Hm tapi kenapa waktu aku beritahu dia yang Raisha tu aku sangka dia Isha... Dryan senyum? Lepas tu pergi larang aku lagi jangan kacau Raisha tu. Ke dia sengaja nak bagi aku tak syak sebenarnya? Lepas Ariq kantoi baru dia nak jujur?

Comel husbaby yang seorang ni...

Aku menarik bantal berdekatan. Tahan sakit tetapi heater pad ni buat aku selesa sampai tak sedar... Tertidur.




"ISHA tak nak yang ni, mama. Tak cantik."

"Habis Isha nak warna apa?"

"Isha nak warna hitam. Sama macam Dryan."

"Tapi yang tinggal warna putih atau merah aje, sayang."

Tangisan seorang budak perempuan kedengaran. Aku terus membuka mata sendiri, terkejut. Tangan cuba menyentuh pipi sendiri, aku menangis dalam tidur? Kenapa suara mama dengan budak kecil tu dalam mimpi aku? Dulu aku ada adik ke apa?

"Kenapa tu? Mimpi benda pelik?" Suara dia menegur, aku alih ke tepi. Cukup selamba Dryan yang hanya memakai sweatpants berwarna kelabu dan tidak berbaju. Seksi.

Are youuu lost, husbaby?

Soalan dia. Aku hanya geleng perlahan, lemah. Kenapa kepala aku rasa pening selepas cuba ingat semula mimpi itu?

"Pergi mandi tu. Bersihkan diri. Kau demam, Reen. Aku tengok tadi dahi kau panas." Dahi disentuh, memang betul panas. Kenapa dengan aku ni? Badan pun rasa lemah. Kesan terbang ke bulan agaknya, pinggang pun sakit ni.
Comforter ditolak ke tepi, kepala aku sakit. Jalan pun dah tak betul, nasib aku berjaya juga sampai ke pintu bilik pakaian. Dryan pula sejak tadi lagi, dia berdiri di hadapan pintu ini.

Mata sempat lagi menjeling ke arah si dia atau lebih kepada roti. Bukan aku pervert okay, aku cuma tertanya... Betul ke? Ke Dryan pakai yang fake tu? Aku mula cuba fokus, ehem. Sebenarnya benda ni terjenak dalam fikiran sebab tadi aku ada tengok video di TikTok. Memang ada silicone berbentuk roti yang nampak real. Kan silicone.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dryan Wyatt✔️Where stories live. Discover now