22 | Takut

9.2K 930 87
                                    

PAGI. Aku tahu benda ini tak elok dan baik tetapi aku buat keputusan untuk sambung tidur kembali. Mengantuk walaupun aku sudah mandi. Jarum jam sudah berganjak ke angka lapan. Lewat bangun tapi selesa. Makin erat tangan aku memeluk Dryan Wyatt.

Dia pun tak nak bangun, mungkin selesa begini. Entah apa jadi malam tadi, aku tak berapa nak ingat. Aku dan dia menonton movie dari Netflix dan mungkin aku tertidur. Bangun awal pagi tadi pun masih blur apatah lagi sekarang.

"Kau dah bangun ke, Reen?" Suara serak itu membuatkan bibirku terukir satu garis. Are you lost, my colt?

Haih, suara pun dah... Sebelah tangan dia masih erat memeluk sekeliling belakang dan lengan aku dipegang. Bilik sejuk tapi pelukan hangat. Mananya aku nak bangun kalau macam ni, Dryan.

Muka aku tekup rapat. Tak mahu bangun. Seperti tidak percaya pula esok ialah hari sepatutnya aku dan Dryan pulang ke Malaysia semula. Ya, tidak boleh berlama-lamaan di sini kerana aku masih sedar diri. Aku tidak mahu mama bising sebab abaikan sekolah.

Berat betul dugaan aku. Kaki tak mahu ke sekolah tetapi aku tak boleh terus berada di sini. Aku rindu kawan-kawan di sana. Mungkin dah habis SPM nanti, baru aku dan Dryan untuk datang ke sini pula. Sedih betul bila terpaksa pulang.

"Isha, aku tahu kau dah bangun." Tangan itu terasa berganjak tempat ke arah kepala aku. Rambutku digosok lembut.

"Bangun, princess. Aku nak bawa kau jalan-jalan." Auto segar-bugar mata aku bila dengar ayat itu. Dryan nak bawa aku keluar dari kediaman Wyatt kan?

"Kita nak pergi mana, Dryan?" Mata aku membulat saat jauhkan sedikit badan dari dia. Wajah mengantuk dia dipandang dengan minat. Mata dia masih tertutup jadi batu emerald itu tidak pula aku nampak.

Bibir nipis berwarna pudar itu hanya mengukirkan senyuman manakala sebelah tangannya lagi menutup hidung dan matanya. Dia pakai hoodie warna kelabu. Comel.

"Hmm satu tempat je aku nak bawa kau sebab... Bahaya. Kes beberapa hari lepas tak selesai lagi. Sebenarnya daddy tak benarkan aku bawa kau keluar dengan keadaan sekarang tapi kesian pula princess aku ni. Esok dah nak balik. Nak datang balik tu mesti tunggu cuti panjang."

Nak tahu kenapa aku suka bad boy? Mereka akan buat apa-apa pun untuk seseorang itu walaupun dengan melanggar peraturan mahupun larangan. Tak kisah asalkan orang yang mereka suka akan dapat apa yang dia nak. Itu sisi lain selain melindungi.

Akan tetapi aku suka bad boy yang nakal dan dingin macam Dryan. Bukan bad boy yang di luar sana. Maksud aku... Panas baran dan kaki pukul. Hm mungkin cederakan orang? Kenapa aku rasa ganjil bila katakan benda ni? Dryan pun cederakan orang bila bergaduh tapi... Uhm mungkin Dryan hanya bergaduh biasa... Budak sekolah kan? Ah, biarlah. Aku merelakan diri untuk bangun.

AKU memerhati ke arah banyak bangunan seperti di atas bukit dan berhadapan laut membiru. Sungguh cantik pemandangan di sini. Bayu segar masuk ke dalam rongga hidung, nyaman. Sudah hampir satu jam melepak di lereng bukit ini tetapi aku tidak bosan untuk bergambar ciptaan Tuhan. Sungguh menarik perhatian apatah lagi pada laut jauh di sana. Membiru dengan setenang lautan hati.

Tenang. Aku ulang lagi kata ini. Kenapa hanya aku yang rasa perasaan ini? Aku toleh ke manusia sebelah. Dia memang akan selalu jadi serius di luar ke? Muka tu dari tadi lagi asyik ketat. Ini nak bawa aku jalan-jalan atau nak tanam mayat? Lirikan mata hijau dia yang kadang-kadang perhati sekeliling tajam.

"Ada masalah ke, Dryan?" Dia mengeleng perlahan tetapi masih memandang ke belakang seperti ada sesuatu. Bahaya... Tapi dia bawa aku keluar juga. Aku tertanya bahaya dari apa.

Bang!

Terangkat bahu aku sekilas. Tiba-tiba bunyi seolah tembakan dilepaskan. Saat aku ingin berpusing ke belakang, tubuh aku ditarik kuat dengan tangan Dryan. Dia segera pusingkan badan seolah bertukar kedudukan dengan aku. Benda yang berlaku terlalu pantas sampai otak aku tak sempat proses!

Dryan Wyatt✔️Where stories live. Discover now